Seronoknya, bila apa yang dipinta, hadir sekelip mata. Bling! Tipu. Mana ada sebegitu. Kecuali keajaiban, itupun memang Dia dah tentu. Dan, si merak kayangan takkan pernah mengerti rengekan si gagak jalanan.
Jiwa gagak jalanan, Teratai Biru. 2251pm, 19 Sya'ban 1432.
Kurang 3 jam dari saat post ini ditulis. Bakal bertemu di medan perang peperiksaan. Usaha merengek minta dioptima. Tawakal meresah minta diaplikasi. Doa memberontak minta diasah. Buat kamu yang terbaca post ini, mohon doanya ya!
Sayang kamu! (eh?)
Terima kasih.
Oh mengantuk! Demi membantu diri menghilangkan kantuk yang kian menggila, blog menjadi mangsa. Aisehla...
Bumi mana Cinta itu menjulang rela Mengatasi Cinta segala benua Melangkaui Cinta segala petala Dalam seru ratiban doa Mohon rahmah mengiringi Cinta Moga setia terus bernyawa Memeluk Cinta segala Cinta
Teratai Biru, 2051pm, 17 Sya'ban 1432H, Bumi Pemburuan Cinta.
Cintanya menjulang ke langit, tapi tapaknya masih mendasar di bumi.[sumberfoto]
Setiap manusia, benda kesayangannya berbeza.Tahapnya juga takkan sama.
Benda-benda yang kita sayang sememangnya akan menyukarkan kita melakukan perkara lain yang di mata kita tiada menambahkan keuntungan terhadap apa yang kita sayang.
Benda-benda yang kita sayang juga selalunya akan menjadi kayu pengukur kita dalam membuat sesuatu keputusan.
Benda kesayangan kita jugalah yang sering mengatur langkahan kaki kita itu selaju mana, ke arah mana.
Hakikatnya... Benda yang paling kita sayangbukanlah suatu benda yang paling mahal pada nilaian wang juga harta.
Benda yang paling kita sayang adalah benda yangcantik dan selesa di mata kita, walau tak sebegitu rupa di mata manusia selainnya.
Apa kesayangan kita? Tak tahu? Keliru?
Jangan bingung lah.
Selagi kita berupa manusia normal, benda kesayangan kita pasti ada dalam senarai pilihan jawapan berikut :
1)ءَابَآؤُكُمۡ (bapak-bapakmu) 2) وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ (anak-anakmu) 3) وَإِخۡوَٲنُكُمۡ (saudara-saudaramu) 4) وَأَزۡوَٲجُكُمۡ (istri-istrimu) 5) وَعَشِيرَتُكُمۡ (keluargamu) 6) وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا (harta kekayaan yang kamu usahakan) 7) وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا (perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya) 8) وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ (rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai)
Jumpa tak benda kesayangan kita?
Pasti ada salah satu daripadanya, boleh jadi jawapannya lebih daripada satu, bergantung kepada nilaian kalbu.
Percaya atau tidak, benda yang paling kita sayang itulah yang selalunya menjadi batu penghalang terbesar dalam melangkahkan kaki kita untuk menginjak ke syurga.
Syaratnya mudah.
Selagi mana kesayangan kita itu adalah lebih kita cintai daripada Allah, Rasul, serta berjihad di jalanNya, selagi itulah kesayangan kita itu akan menjadi penyukar langkahan kaki kita menuju syurga. Silap-silap, ianya menjadi sebab utama yang melempar kita ke lubang neraka.
Untuk melayakkan diri berada di syurga bersama Dia yang kita mengaku Cinta, obsesi kita sepatutnya hanya syurga.
Segala apa yang kita lakukan sepatutnya hanya dalam ertikata menyampaikan kebenaran yang kita saksikan.
Setiap desah nafas kita juga sepatutnya dalam keadaan kita redha bahawa Dia itu Pengatur segala urusan dunia. Takdir ketentuanNya diterima tanpa banyak bicara, penuh rela dengan hati terbuka.
Susah.
Kesayangan-kesayangan kita itu semuanya perlu ditolak ke tepi, membiarkan hanya tiga frasa hebat sahaja yang berada dalam hati kita. Itulah Allah, RasulNya, dan Berjihad di jalanNya.
"Aku dah cari incik hidayah sejak dari semalam. Mana dia? Takde pun."
Kicau seorang teman saya di laman kicauan(baca: twitter) miliknya. Saya diam menelan air liur.
***
"Aku nak je pergi program-program agama yang ada kat Jepun ni, tapi aku takut lah..."
Luah seorang teman.
"Apa yang ditakutkannya? Ada hantu ke?" Tanya saya bersahaja.
"Takdelah, kalau aku pergi program, lepas dengar pengisian, mesti aku rasa berat. Aku tak sangguplah." Balas dia. Matanya tepat memandang saya.
"Apa yang tak sanggupnya?"
"Tak sanggup nak rasa berat. Rasa tak mampu nak terima apa yang disampaikan."
"Ha eloklah tu. Itu tanda hati kita masih lembut, mudah cair dek kebenaran yang datang." Jawab saya, memandang tepat ke arah matanya pula.
"Kebenaran? Bukan sepatutnya kita akan rasa lebih tenang ke? Kenapa makin rasa sesak dada? Kenapa makin rasa tak tentu arah?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan.
"Mungkin kau tersilap tafsir. Bukan rasa sesak dada, apatah lagi tak tentu arah. Itu sebenarnya adalah interaksi antara diri(baca: jiwa) kita dengan ilmu yang kita terima." Cair sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut saya.
"Tapi aku tak boleh nak terima benda-benda macam itu. Aku bukan budak baik."
"Ok. Apa yang kau faham dengan frasa 'budak baik'?"
***
[Penjelasan lanjut tentang entri ini tidak saya tulis dengan panjang lebar di sini. Saya menganggap kesemua pembaca blog ini adalah terdiri daripada golongan manusia yang suka berfikir dan menghadam. Walaubagaimanapun, sebarang soalan sekiranya ada, adalah dialu-alukan]
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [At-Taubah 9:41]