Sunday 17 July 2011

Sayang sangat


Cintanya menjulang ke langit, tapi tapaknya masih mendasar di bumi. [sumberfoto]


Setiap manusia, benda kesayangannya berbeza. Tahapnya juga takkan sama.


Benda-benda yang kita sayang sememangnya akan menyukarkan kita melakukan perkara lain yang di mata kita  tiada menambahkan keuntungan terhadap apa yang kita sayang.


Benda-benda yang kita sayang juga selalunya akan menjadi kayu pengukur kita dalam membuat sesuatu keputusan.


Benda kesayangan kita jugalah yang sering mengatur langkahan kaki kita itu selaju mana, ke arah mana.


Hakikatnya...
Benda yang paling kita sayang bukanlah suatu benda yang paling mahal pada nilaian wang juga harta.



Benda yang paling kita sayang adalah benda yang cantik dan selesa di mata kita, walau tak sebegitu rupa di mata manusia selainnya.


Apa kesayangan kita? Tak tahu? Keliru?

Jangan bingung lah.

Selagi kita berupa manusia normal, benda kesayangan kita pasti ada dalam senarai pilihan jawapan berikut :

1) ءَابَآؤُكُمۡ (bapak-bapakmu)
2) وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ   (anak-anakmu)
3)  وَإِخۡوَٲنُكُمۡ   (saudara-saudaramu)
4) وَأَزۡوَٲجُكُمۡ   (istri-istrimu)
5) وَعَشِيرَتُكُمۡ  (keluargamu)
6) وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا (harta kekayaan yang kamu usahakan)
7) وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا  (perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya)
8) وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ  (rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai)


Jumpa tak benda kesayangan kita?

Pasti ada salah satu daripadanya, boleh jadi jawapannya lebih daripada satu, bergantung kepada nilaian kalbu.

Percaya atau tidak, benda yang paling kita sayang itulah yang selalunya menjadi batu penghalang terbesar dalam melangkahkan kaki kita untuk menginjak ke syurga.

Syaratnya mudah.

Selagi mana kesayangan kita itu adalah lebih kita cintai daripada Allah, Rasul, serta berjihad di jalanNya, selagi itulah kesayangan kita itu akan menjadi penyukar langkahan kaki kita menuju syurga. Silap-silap, ianya menjadi sebab utama yang melempar kita ke lubang neraka.

Untuk melayakkan diri berada di syurga bersama Dia yang kita mengaku Cinta, obsesi kita sepatutnya hanya syurga.

Segala apa yang kita lakukan sepatutnya hanya dalam ertikata menyampaikan kebenaran yang kita saksikan.

Setiap desah nafas kita juga sepatutnya dalam keadaan kita redha bahawa Dia itu Pengatur segala urusan dunia. Takdir ketentuanNya diterima tanpa banyak bicara, penuh rela dengan hati terbuka.

Susah.

Kesayangan-kesayangan kita itu semuanya perlu ditolak ke tepi, membiarkan hanya tiga frasa hebat sahaja yang berada dalam hati kita. Itulah Allah, RasulNya, dan Berjihad di jalanNya.

Ianya tak pernah mudah.

Kerana di situ nilainya mujahadah.


Sumber sentap akal : At-Taubah [9:24]



Okeh okeh.

Meh dengar lagu ni.

No comments: