kirimkan doa menerjah petala,
moga aku tenang di alam Sana.
Andai aku pergi dulu,
ampunkan segala salah dan silap,
moga di Sana aku tak tersekat.
Aku manusia biasa.
Alpa lagi penuh dosa.
Banyak memberi susah.
Kerap berkeluh-kesah.
Maaf.
Mohon doa.
-gja-
30/06/2012
***
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."[Al-A'raf 7:34]
Saya disentak oleh ayat itu.
Ajal.
Maut.
Tak siapa pun tahu bila ajalnya. Tapi tak ramai yang benar-benar bersedia menghadapinya.
*macamkenasepak*
Amal kita, tak akan membawa kita menjejak Syurga.
Kita beroleh Syurga, hanya lah kerana RAHMAT-Nya semata.
Ada orang, beramal sakan dengan segala kerja abid dan tugas dakwah tarbiyah nya, tapi ketentuan
Allah mendahului, hingga akhir hidupnya dia berbuat dosa. Maka dia dilempar ke dalam neraka menggila.
Ada juga orang, yang enak hidup seolah tak akan mati, seumpama lazat berbuat dosa, tapi ketentuan
Allah mendahului, hingga di akhir nyawa, dia berbuat kebajikan berpahala. Maka dia dihantar ke
dalam Syurga mulia.
Pssstt... rujuk hadis 4 (daripada Hadis Arba'in). Ada disentuh tentang ini, di barisan-barisan ayat terakhir.
Semuanya kerana RAHMAT Allah.
Sampai satu tahap, di saat nyawa di hujung kerongkong, hanya RAHMAT Allah sahaja lah yang
menyelamatkan kita.
Pengakhiran kita di dunia ini akan menentukan nasib kita di alam Sana, sama ada mencium haruman
Syurga, atau tersembam hina ke neraka.
Bila mengenangkan amal sendiri yang tak setara mana.
Saya tak pernah merasai mati.
Saya tak boleh pun nak bercerita sakan tentang azabnya sakaratulmaut, mahupun nikmatnya melangkah
setapak menghala ke Syurga.
Tapi saya pernah merasai suatu fasa yang saya rasa seolah my-time-has-come.
**********************
Tarikh : Hari-hari awal bermesra di hospital.
Huk.
Waktu saya dimasukkan ke hospital dahulu, saya dah rasa tak larat sangat.
Nak solat pun kena niat berkali-kali (saya konfius yang saya tengah solat zohor ke, asar ke, maghrib ke...),
baca fatihah pun tergagap, satu ayat duk ulang 3 atau 4 kali ambil nafas. Semput.
Nak baca quran? Nak angkat quran pun tak larat.
Allah...
Hinggakan saya menghantar mesej kepada seorang murabbi, memberitahu padanya, bahawa antara
nikmat besar yang Allah bagi ialah bila kita mampu baca quran.
Bila saya duk hospital tu, antara yang saya belajar ialah,
apabila kita mampu untuk mengingat Allah apabila kita dalam keadaan tak larat, sakit, susah,
tu semua RAHMAT Allah je.
Allah yang gerakkan hati kita untuk ingat kat Dia.
Kalau kita duk bajet bagus yang kita ni beriman sangat sebab mampu nak sebut nama Allah pada waktu
kita sakit atau susah, itu tanda kita zalim.
Waktu saya sakit hari tu, ada satu waktu tu, saya tak mampu nak angkat kepala langsung.
Nak gerakkan lidah pun tak larat.
Waktu tu, nak ngaji, dah tak larat.
Nak baca ayat hafazan? Nak baca fatihah yang duk ulang paling kurang 17 kali sehari pun gagap.
Maka, saya cuba lah untuk beristighfar. Moga-moga terampun dosa, mana tahu si Izrail sudah bersedia beraksi.
Tapi lidah saya keras.
T______________T
Saya naaaaaaaaaaaak sangat sebut-sebut nama Allah, moga-moga dapat kekuatan ke...
Saya nangis je sebab tak tahu nak buat apa.
Last-last, saya sebut 'Allah' ,'Allah' , Allah' je... Tu pun dalam hati.
Hanya mengharap RAHMAT Allah untuk meletakkan saya dalam golongan yang diredhai.
Hmmm... sebak nak tulis mende ni... Rasa aib pun ada, sebab saya tak mampu nak sebut nama Allah,
waktu saya tengah tak larat.
Petanda iman yang rabak?
Tapi saya gagahkan diri untuk tulis juga sikit-sikit, mungkin boleh bermanfaat kepada orang lain.
Mana tahu kan... boleh juga menopup saham ke Sana...insyaAllah...
Saya sertakan juga, status mukabuku yang saya tulis, 3 hari selepas keluar daripada hospital.
Waktu saya tulis status tu, air mata turun mencurah-curah. Terkesan sangat dengan apa yang ditulis.
Saya benar-benar memaknakan apa yang saya tulis tu.
Jemput baca bagi yang teruja.
[Status Mukabuku, 27 April 2012]
Salam wbt...
jazakumullah khairan kathira atas segala perhatian, kesabaran juga doa yang dihantar ke langit oleh kesemua kamu di luar sana... (tak tersenarai panjang nya kalau sy nk tulis nama setiap orang...)
moga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan kepada kalian semua, moga dipermudahkan urusan kalian, dunia hingga akhirat.
alhamdulillah wa astaghfirullah...banyaaaak sangat yg Allah ajar saya sepanjang saya tak berapa nak sehat ni...banyak sangat. seriously serius, saya tak tipu...
cuma... cuma... sempena hari kegemaran saya, jumaat yg penuh baraqah ini, saya nak share something kat u all yg duk baca status sy ni...
u all nak tau tak.... yg Allah ni suwiiiiiiiiiiiiiiiiiiit banget.u all nak tau tak.... yg kita duk sebut nama Allah waktu kita sedar atau tak sedar (tym melatah, waktu tidur, dll), tu sebenarnya nikmat dan rahmat yang Allah bagi kat kita...
u all mesti tau kan...
kalau Allah tak gerakkan lidah dan HATI kita untuk menyebut dan mengingati Dia ketika kita amat memerlukan Dia, maka hinanya kita...
kalau Allah tak pilih kita untuk tetap mengingatiNya dalam apa jua keadaan, maka malangnya kita...
kalau Allah turunkan kesusahan dan kepayahan pada kita itu adalah hanya sebagai bala, bukannya sebagai suatu sesi penghapusan dosa apatah lagi penapisan keimanan, maka celakanya kita...
susah.
payahnya untuk saya gambarkan dengan kata2 tentang kebesaran nikmat Allah yang maha Kaya ini. tapi saya nak gtau jugak. sebab sy taknak rasa sorang2. saya nak kamu semua rasa juga.
percayalah. yg Allah ini suwit banget.
mari semua.kita sentiasa bersangka baik pada Allah yuk...
Allah hebat. Allah baik.
Allah ada.Dekat sangat.
Dan... saya amat mengakui tentang ini...'Manusia itu kerap kali melampaui batas....'
***
Antara yang larat saya conteng semasa berada di katil wad. Ingat lagi, waktu tulis mende ni, saya dah tak larat kaw-kaw punya. Tulisan buruk la tapinya. Sila abaikan. Heh. |
Andai saja kematian diri bisa menggugah jiwa-jiwa yang enak menikmati dunia,
lagi menjamin aku ke Syurga...
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qaf : 19]
***
1) Minta maaf buat mereka yang ternanti-nanti sambungan kisah hospital 1# dan kisah hospital 2#.
Lebih terpanggil untuk terus bercerita tentang yang di atas ini.
2) Terima kasih kepada yang bertanya. Saya pula yang teruja. Eheh.
3) Kurang lebih dua puluh hari lagi menghampiri ramadan. Enjin macam belum cukup panas je
untuk merempit laju di bulan ramadan. =.='
最後まで頑張ろう lah woii !!
最後まで頑張ろう lah woii !!