Wednesday 13 June 2012

Benar-benar faham

Yang mana satu? Moga kami memilih kerana faham.  [kredit]


Moga kami benar-benar faham.

Benar-benar faham.
Bukan mengikut rentak dunia yang menyaksikan semakin ramai orang yang dikategorikan faham.

Dunia yang makin menggila.
Dunia yang menyaksikan kebangkitan sebilangan manusia.

Benar-benar faham.
Moga kami benar-benar faham dengan apa yang kami perkatakan.
Bukan sekadar menyebut semula butir bicara murabbi kesayangan.
Bukan pula cuma mengakui kata muwajih di hadapan.

Benar-benar faham.
Moga kami benar-benar faham dengan apa yang kami perjuangkan.
Bukan sekadar melompat masuk ke dalam gerabak kebenaran.
Bukan hanya kerana tak mahu ketinggalan.

Benar-benar faham.
Bukan sekadar mengikuti silibus sedia ada.
Bukan sekadar mengangguk segala.
Benar kami perlu prinsip sami'na wa'ato'na.
Moga bukan hanya menadah telinga.
Kerana mereka dan kami juga manusia.

Bukan sekadar mengaku ghulam.
Bukan sekadar lantang memperihalkan ummatan wasatan.
Bukan sekadar bijak mengkategorikan bahagian peta ISK.
Bukan sekadar bernada dalam mengelaskan marhalah.
Bukan sekadar pentakwinan.

Benar-benar faham.
Bukan sekadar berlelah usrah-mengusrahkan.
Bukan sekadar berhempas-pulas daurah-mendaurahkan. 


Nota : Islam takkan menang dengan daie seakan robot. Dakwah jangka panjang itu perlukan faham yang sebenar-benar faham. 

Nota juga : Robot dakwah itu suatu pembaziran.

Nota lagi : Saya sedang berusaha untuk faham dengan benar-benar faham. Mohon doakan.




Iya.
Tiada hamparan karpet merah lagi mewah.
Tak berjumpa pelangi juga taburan bebunga indah.
Duri berceracakan sesekali beraksi gila.
Tajam menikam.

No comments: