Satu persatu.Cukup membuatkan aku terkebil-kebil.
Entah bagaimana,ada kekuatan yang membuatkan aku tak mudah goyah,tak melatah.
Entah dari mana,ada rasa tenang yang mendamaikan jiwa,mendekatkan aku pada Sang Pencipta.
Tipu.
Tipulah andai aku langsung tak terganggu,dek dugaan bertalu-talu,satu persatu.
Cuma,cumalah aku rasa kebersamaan Tuhan.
Itu sahaja.
---
Sebagaimana 313 ahli Badar itu,dicukupkan keperluannya di medan perang.1000 kuffar dikalahkan. Satu nisbah tiga.
Walau ia tak logik dek akal,bagi Tuhan ia cukup mudah. Seakan Tuhan berbicara,"Serahkan urusan kamu kepadaku. Biar aku yang menguruskan. Cukuplah andai kamu berserah diri."
---Maka segala yang sedikit di mata kita,serahkanlah kepada Allah.Dia akan mencukupkan.
Aku,
masih lagi belajar,
erti berjiwa besar.
1 comment:
sama2 belajar untuk berjiwa besar.
tadi ada sorang ukhti share : andai kita mahu al-fateh wujud pada masa kini pasti mampu.
kerana kita semua adalah al-fateh! inshaAllah.
#sajanakshare.
Post a Comment