Tuesday, 28 September 2010

Raynaud's Phenomenon - bukan bencana alam.

erk... apakah?

Sila tepuk tangan bagi sesiapa yang pernah mendengar 2 perkataan di atas. Bagi yang berkebolehan untuk menghuraikan 2 perkataan di atas, i salute u ok.

Saya tidak pernah mendengar apatah lagi mengambil tahu tentang 2 perkataan itu sehinggalah saya menyedari fenomena itu berlaku pada diri saya. Jujur tu.

[sumber foto]



Serba sedikit tentang Raynaud's Phenomenon :


-Proses perubahan warna


1) Suatu fenomena yang agak menarik. Hujung jari-jemari tangan dan adakalanya kaki akan menjadi warna putih atau senang kata, jadi pucatlah. Incik doktor kata sebab pembuluh darah menyempit dan menyebabkan bekalan darah yang dihantar ke hujung jari itu berkurang.


[sumber foto]

2) Kemudian, akibat kekurangan oksigen di dalam darah, hujung jari yang putih tadi akan berubah warna menjadi warna biru dan adakalanya kehitaman.


[sumber foto]


3) Dalam beberapa ketika, hujung jari tadi akan bertukar warna menjadi merah menyala. Agak menyakitkan sebelum ia kembali ke warna asal iaitu healthy colour.


[sumber foto]



Selepas proses perubahan warna tadi, pesakit akan rasa sedikit kebas gitu. Boleh pulak main ubah-ubah kaler. Macam kelakar pun ada. Haha.

Jangan ambil mudah kalau tak mahu jadi begini.

[sumber foto]


- Punca fenomena


1) Suhu sekitar yang rendah. Sejuk.

Tak perlu sejuk main salji. Sejuk aircond kereta pun dah cukup untuk jari bertukar kaler.


2)  Stress.

Tekanan perasaan jangan ceritalah. Tengah elok-elok duk studi pun boleh menyebabkan jari berubah kaler. Mungkin sebab duk perah otak teramat sangat waktu studi hingga menyebabkan otak terjemahkan ia sebagai stress.


[sumber foto]


senang cerita, begini...



[sumber foto]



[sumber foto]



Menyempitkan salur darah adalah jalan pintas yang diambil oleh tubuh badan untuk protect diri daripada sebarang pressure. Pressure yang dimaksudkan termasuklah stress studi, kuat berangan berfikir, sedih melampau, cuaca sejuk, bunyi yang kuat, cahaya yang menyilaukan dan lain-lain yang boleh menyebabkan otak pesakit bekerja secara serius.


Agak ngada-ngada di situ. Padahal orang lain pun studi juga, ada je sedih-sedih semua. Tapi untuk si pesakit, kalau otak bekerja lebih sikit, otak terus anggap ia sebagai pressure lalu memberi arahan kepada salur-salur darah supaya segera menyempit sebagai jalan pintas untuk protect the body.



-Langkah mengatasi fenomena.


1) Tiada. Hanya berikan haba kepada jari-jari yang memutih dan menyejuk itu. Kalau ada air panas lagi bagus. Eh, bukan. Air suam. Kalau air panas, jari mungkin terkejut sebab perubahan suhu yang amat kontra dan mendadak. Sila percaya. Jari saya pernah melecur kerananya. Urut tapak tangan perlahan-lahan dalam air suam tadi sehingga warna kulit kembali ke asal.


2) Kalau tiada air suam,letaklah jari di mana-mana tubuh badan yang agak warm gitu. Malas nak tulis apa dia, semua dah besar, boleh fikir sendiri.

3) Pakai glove. Setel.


[sumber foto]


Secara peribadi, saya lebih suka langkah nombor 2 ini. Malaslah nak cari air suam bagai.

Selalunya saya akan mengada-ngada minta kawan-kawan menggenggam tangan saya. Minta haba sikit. Dan setakat ini tiada yang menolak, Alhamdulillah. Entahlah. Saya rasa amat best . Rasa macam kawan-kawan sayangkan saya. wallllllaaaa..... Waktu di rumah tempoh hari lagi seronok sebab yang akan menggenggam tangan saya ialah emak saya. Dan alangkah bahagianya kalau nanti suami saya yang akan menggenggam tangan saya yang memutih dan menyejuk itu sambil berkata, "don't worry sayang, i'm here to keep you warm..." hehe.


Itu sahaja serba sedikit tentang Raynaud's Phenomenon. Saja rasa macam nak share dengan sesiapa yang terjenguk ke blog ini.


Menyedari diri ini adalah salah seorang yang mengidapnya, saya rasa bersyukur dan menganggapnya sebagai satu rahmat dari Dia. Iyalah, waktu-waktu beginilah kita nak sedar yang ada lagi insan-insan yang concern dengan diri kita. Bila sakit, baru kita sedar nikmatnya sihat. Sakit tau bila cuaca sejuk.

Setakat ini, jari-jemari percuma kurniaan Dia ini hanya akan menyejuk lalu memutih dan adakalanya kebiru-biruan. Alhamdulillah, belum sampai tahap bengkak sangat-sangat. Kalau dah bengkak, mungkin akan menyukarkan untuk pakai cincin sebab nanti akan rasa sakit pada jari. Tak boleh pakai cincin? Oh, no...~~~ Kiranya bukan tahap yang kronik lah. Boleh pakai cincin lagi tau.

Dulu saya fikir semua orang akan rasa sejuk seperti yang saya rasa, tapi rupa-rupanya saya je yang sejuk lebih daripada orang.


Tubuh badan saya seolah-olah tak dapat menerima sebarang pressure secara biasa. Dia anggap luar biasa gitu. Memang mengada-ngada.



Mungkin sebab ini jugalah saya selalu sakit kepala a.k.a. migrain. Dari artikel yang saya baca, kafein akan memburukkan keadaan si pengidap Raynaud's Phenomenon. Tapi saya suka kopi sangat-sangat. Hampir setiap hari saya minum kopi. Minum kopi sunah nabi tau.



[sumber foto]


Lagi satu, merokok juga akan memburukkan keadaaan si pengidap fenomena ini. Jadi, bakal suami saya mestilah bukan dari kalangan perokok. Tiada kompromi.



[sumber foto]

.
.
.

Sekian dari saya melaporkan tentang Raynaud's Phenomenon. Tak pasal-pasal femes pakcik Raynaud nih.

Kepada yang mahu tahu lebih lanjut tentang fenomena ini, sila manfaatkan incik wiki dan incik google. Terima kasih.

Thursday, 12 August 2010

...corat-coret ramadan...

Hari ini 2 ramadan. Sudah seminggu lebih aku di tanah air. Bahang ramadan kian memuncak. Di sana sini, ada sahaja mereka-mereka yang mengingatkan tentang kelebihan bulan ramadan. salam ramadan, eid mubarak, ramadan kareem... antara ungkapan-ungkapan yang mudah dijumpai dalam masa lebih kurang 4 minggu lamanya. Sila percaya.

***

latar masa : sehari sebelum 1 ramadan
latar tempat : pasar pagi

Lukisan alam menterjemah peribadi

Menemani abangku yang sulung pergi ke pasar pagi. Mencari keperluan-keperluan dapur di rumah. Agak ramai bilangan manusia di situ. Barangkali mereka juga mahu mencari keperluan untuk menyambut ramadan---> fenomena biasa di tanah air. Segalanya mahu diselesaikan sebelum ramadan. Awatnya? bulan puasa, tak larat dah nak pi mana-mana. alahai... alasan klise kebanyakan orang kita.

di pasar pagi...

Langit gelap. Angin bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa. Kata sesetengah orang, angin sepoi-sepoi kurang ajar. Waaah... siapa yang kurang ajar tu? Buat awak yang mungkin terlebih belajar, angin tu bertiup atas arahan dan aturan Dia. Jadi, siapa yang kurang ajar dalam kes ini?

Langit makin gelap. Angin yang bertiup membawa awan-awan mendung yang berat dari arah Alor Setar menghampiri daerah Pendang ini. Ada tanda-tanda hujan akan turun. Sekilas lalu, dapat dilihat orang ramai yang berada di situ mula tergesa-gesa menyelesaikan urusan berjual-beli. Mahu cepat pulang sebelum hujan menyimbah bumi, mungkin.

Dan... hujan yang diramal turun mencurah-curah. Menyirami bumi Tuhan. Orang ramai sudah mula berlari-lari di pasar pagi. Urusan yang ada perlu diselesaikan cepat. Angin makin kuat menghembus. Di gerai sayuran, sekaki payung jatuh menyembah bumi.
" Haa... macam itulah kawan, saling tolong-menolong, " kata si pemilik gerai itu apabila melihat rakannya dari gerai sebelah mampir menghulurkan bantuan mengangkat payung yang jatuh tadi. Aku yang berada di situ senyum seorang diri sambil berlalu pergi. Mengekori abangku yang turut berlari-lari di dalam hujan menuju ke gerai lain. Aku? tetap berjalan seperti biasa. Malas mahu berlari Macho gitu.

Hamparan kotak-kotak yang dibentang menutupi lopak-lopak air telah basah dek air hujan. Orang ramai masih lagi berlari-lari di pasar pagi sambil mengelakkan kaki dari terpijak lopak-lopak air lecak itu. Penunggang-penunggang motosikal pula ramai yang tumpang berteduh di bawah payung si penjual pakaian.

Aku di gerai si penjual ayam mentah. Sambil menunggu abangku yang sedang berlari-lari ke arah gerai daging untuk mengambil daging yang telah dipesan tadi, mataku tertancap pada payung di gerai sebelah yang terbuai dek angin kuat dan terus tersungkur sujud ke bumi. Seketika, terdengar jeritan dari seorang kakak yang aku kira sebagai pemilik gerai itu. Sejurus, seorang anak muda dari gerai yang sama bertindak mengangkat payung yang jatuh tadi sambil mulutnya lantang melaungkan ungkapan yang cukup menarik perhatian aku. "buboh bagi lebih lagi hujan oooiiii..." katanya sambil tersengih-sengih memandang langit. Aku di sebelah mengetap bibir menahan rasa. Geram sebenarnya.

***

latar masa : 1 ramadan
latar tempat : bazar ramadan

Bazar ramadan kurang tumpuan

Petang 1 ramadan. Orang ramai yang mengunjungi bazar ini tidak seramai tahun-tahun lepas. Mengikut kata abangku yg baru sahaja pulang dari beberapa bazar ramadan di sekitar Alor Setar memberitahu bahawa hanya di bazar ramadan kawasan tumpuan di Alor Setar sahaja mendapat kunjungan orang ramai.

Sedikit hairan, tapi tidak pelik. Selalunya, pada 1 ramadan, bazar2 ramadan akan sesak dipenuhi pengunjung. Tetapi, 1 ramadan kali ini, sebaliknya yang terjadi. Mungkinkah ramai yang mahu berjimat berbelanja pada ramadan tahun ini? Mungkinkah ramai yang lebih menghayati ramadan tahun ini dengan tidak berbelanja berlebihan pada ramadan kali ini? Atau, ramai yang ketiadaan wang? Haha. Itu yang sebenarnya.

Keluhan demi keluhan oleh rakyat bisa didengari di mana-mana sahaja. Harga barang semakin meningkat. Dan kerajaan enak berbahasa. Katanya, subsidi yang perlu diturunkan [elak meneladani Greece]. Waaah... betapa berpandangan jauhnya. Gud2. I no comment okeh. Bagi yang bergaji bulanan, boleh lagi lah mahu hidup. Bagi yang hanya mengharapkan belanja hasil jualan padi sahaja misalnya, amatlah sukar sekali menghadapi fenomena 'harga barang naik, subsidi turun' ini. Iya. Sebagai orang yang tinggal di negeri jelapang padi, keluhan-keluhan si pesawah bagai sentiasa berlagu tanpa irama di telinga. Oh Malaysia ...~~~

***

latar masa : 2 ramadan
latar tempat : cyber cafe depan rumah

Aku menatap desktop di hadapan mata. Jari-jemariku laju menterjemah arahan akal yang lahir dari lintasan hati. Memuntahkan sedikit isi hati yang bermain-main minta dikemudi. Seminggu lebih aku di tanah air, pelbagai perkara yang terjadi. Oh manusia...~~~

***

terima kasih kepada yang membaca.
sila tepuk tangan bagi yang membaca sampai habis, sebab saya tulis dari mula.


notakaki : ...tika dikejar hambatan dunia, berlarilah hanya menuju Dia...




salam ramadan...

Sunday, 25 July 2010

perang

sekarang musim exam
banyak paper nak kena cover
selalu orang anggap exam ini sama dengan peperangan
iya kah?
mungkin ya, mungkin tidak
bergantung lah kepada diri sendiri mahu tafsir maksud sebenar peperangan
perang dengan diri sendiri
lagi hebat
paling hebat
melawan karat-karat jahiliyyah yang ada pada diri sendiri
menanam kepercayaan teguh kepada Allah terAgung...
di musim exam ini
banyak sekali ujian-ujian yang mendatang
banyak sekali dugaan yang datang menjengah
mengusik kedamaian hati, mungkin
menguis keteguhan hati, mungkin
aku?
aku manusia biasa
masih diuji
sentiasa
bahkan selalu
merangkak-rangkak menuruti cahaya Dia
mengemis-ngemis cinta Dia
menagih-nagih rahmat Dia
Dia?
tak pernah lupakan aku
pasti
cuma aku yang kabur, mungkin
dek silau fatamorgana dunia
...
perang
aku berperang lagi
jauh di dalam hati
menanam kekuatan iman
agar ia mampu mengalahkan bisikan bodoh si iblis
exam
piawaiannya di tangan sensei
exam
takdirnya di tangan Dia
exam
banyak yang perlu diulangkaji
banyak lagi perhatian yang dituntut iman
iman perlu diperteguh
agar segala pengharapan hanya pada Dia
tidak pada yang lain
ujian?
iya
kali ini dengan serangan migrain bertubi-tubi
ditambah dengan cuaca yang panas berbahang
32, 35 degree sudah menjadi kebiasaan
dan bagi seorang yang mengidap migrain,
suhu sebegitu sudah cukup hebat
aku kalah lagi, mungkin
dengan kesakitan yang menyucuk-nyucuk
segala kerja pasti tertunda
dan pengharapan hanya pada Dia
mohon kemudahan menghadapi kesakitan
kifarah dosa?
iya
mungkin
dan
aku terpana
kelu tanpa kata
zikir di dalam dada
sabar mujahadah jiwa
***
benci
aku benci bisikan itu
bisikan bodoh dia
iblis durjana
aku mahu mengharap
hanya pada Dia
aku mahu mencinta
hanya pada Dia
aku mahu meminta
hanya pada Dia
exam
itu sistem mereka
si barat yang dijulang, kononnya
exam itu ibadah
jika mengikut syariat
dilakukan kerana Dia
***
sudah
perang lah lagi
dengan diri sendiri
musuhnya ada dalam hati
itu si iblis keji
Dia?
ada
jika engkau percaya
.
.
.
monolog aku,
terataibiru