Sunday, 19 July 2009

...fenomena nur kasih...





Bismillah...

salam alaik...



oh, kali ini hati aku terpanggil utk bercerita, juge mempromot cerita Nur Kasih...
ye. betui2...cerita yg sdg dilayarkan di TV3 setiap hari Jumaat, pukul 9 malam...

tapi, kpd yg x berpeluang utk menontonnye di tv3, jgn sedih, jgn kecewa...
boleh je tgk cite ni kt tenet, tgk kat laman web tv3(kena jd ahli dulu ye,)ataupun, paling mudah, tgk je kat youtube, meh klik sini...


cerita yg mengisahkan 2 beradik, abg nama Aidil, adik nama Adam.
yg menariknya, masing2 mempunyai karakter yg berbeza...

Aidil--->mengambil jurusan undang2 di Universiti Al-Azhar, taat kpd ibubapa, penyabar(terutama ketika berhadapan dgn adiknya, Adam), tenang, x suka memburukkan keadaan, bla...bla...

Adam--->mengambil jurusan seni bina di salah sebuah universiti di Australia, suka memberontak, suka bertindak terburu-buru, lembut hati sbnrnya cuma ego yg tinggi melangit(hoho...~), suka cakap lepas , x pk perasaan org sekeliling, bla...bla...

dlm cerita ini, dikisahkan Adam yg mengahwini Nur Amina tanpa rela yg sebenar-benar rela, juga Nur Amina yg bersetuju dgn pernikahan tersebut walaupun berdukacita krn terpaksa mengorbankan cita2nya. Kisah ini semakin berkembang dan konflik2 yg timbul mula menghangatkan lagi perjalanan Nur Kasih. Dan ternyata telah memberi kesan kpd aku yg menontonnya...

---> jujur aku nyatakan, ada satu part dlm cerita ini yg menyentuh hati aku sehingga mendorong aku untuk teruuuuus shut down komputer sambil mulut mengomel-ngomel x puas ati dgn adegan yg dilayarkan dlm cerita itu. (Adegan apa? hmmm...maaf ye, x bule ckp. kena tonton sindri dan rasakan penangannya sendiri) Hohoho...~mmg tahpape, emo la pulak aku ni. cerita je pun. ye. memang. mmg cite je pun, tp, bkn cerita biasa. aku sendiri sudah muak sebenarnya dgn filem2 mahupun drama2 ringan yg terhasil tanpa pengajaran yg benar2 boleh diambil , difikir dan diaplikasikan dlm kehidupan seharian. sudah2 la dgn filem2 mahupun drama2 ringan yg meletihkan aku menunggu mana satu scene yg boleh aku ambil pengajaran, jauh skali ilmu yg memungkinkan aku gunapakai dlm hidup yg penuh pancaroba ini. Hohoho...~gelak lagi skali. bukan tiada langsung pengajaran yg boleh diambil, tetapi amat sedikit scene yg bagus(bermanfaat mksd aku), selebihnye, lagha...~

~kembali kpd topik perbincangan, cerita Nur Kasih. satu usaha yg TIPTOP kira aku. thumbs up la pendek kata. penuh dan sarat dgn pengajaran, memaparkan sketsa kehidupan sebenar masyarakat Malaysia, olahan skrip berunsurkan islam, ditambah pula dgn berlatarkan kehijauan alam semulajadi tanah airku, Malaysia, cukup membuatkan cerita ini 'hidup'. Dan yg paling penting, mesej yg dibawa dan cuba disampaikan kpd para penonton amat jelas--->bg yg MAHU berFIKIR...





~cerita ini telah mengingatkan aku kpd sebuah filem Indonesia. 'Ayat2 Cinta' bukan, 'Ketika Cinta Bertasbih' pun bukan. Perempuan Berkalung Sorban. Ya. Satu lagi hasil karya yg baik drpd karyawan negara yg sdg bergolak itu selain filem Laskar Pelangi. Mesej yg dibawa cukup berat kira aku. Kebebasan wanita dlm Islam. Filem ini amat wajar ditonton oleh mereka2 yg beranggapan bhw Islam adlh agama yg berat sebelah terhadap wanita. satu pesananku kpd sesiapa yg mahu menonton filem ini---> sila tonton filem ini sehingga tamat, baru bersuara bg mengelakkan salah faham dan kenaikan tahap emosional yg pastinya mengurangkan kewarasan dlm berfikir...~



~ingin menonton 'Perempuan Berkalung Sorban' di youtube, klik sini.
~ingin download 'Perempuan Berkalung Sorban', klik sini.



~Nur Kasih...

~mari kita menonton sambil berfikir...

~lupakan seketika kpd filem2 mahupun drama2 ringan yg melambak-lambak di pasaran(aku tak mahu sebut judul2nya)... bukan tidak boleh menontonnye, sbg hiburan, apa salahnya. Cuma selarikan ia dgn filem2 dan drama2 yg mampu mengajak kita berfikir kerana hidup kita di dunia ini ada tujuannya, bukan untuk berhibur semata-mata...~

~sekali lagi, mari kita menonton sambil berfikir...

--->“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A'raaf 7: 179]



~sejenak bersama coretan Abu Saif...

--->
Teringat saya kepada dialog bersama sekumpulan pelawat Irish yang datang ke Belfast Islamic Centre semasa saya bertugas di sana dulu.

“Apa yang membawa anda datang ke masjid ini?” saya bertanya.

“Saban hari media memburukkan Islam dan Muslim hingga intelektualiti kami rasa terhina. Seolah-olah kami manusia yang bodoh. Kami ada pendidikan. Ada fikiran. Kami boleh membuat keputusan sendiri. Setelah bertemu dengan alamat masjid di dalam direktori, kami datang ke tempat tuan!” jawab jurucakap kepada rombongan itu.

Ya, tidak keterlaluan saya katakan bahawa FIKIR itulah yang membawa Barat datang kepada Islam. Dua orang sebulan yang memeluk Islam di masjid saya, mereka bertemu dengan Islam kerana berfikir. Manakala orang Timur pula berbondong-bondong meninggalkan Islam kerana mereka tidak berfikir. Lumrah hidup pada makan, minum, kerja, rehat dan kahwin… hingga sedikit cuitan pada minda, sudah cukup untuk memurtadkan bangsa yang Muslim ini.

Sebab itulah orang yang memeluk Islam di Barat adalah orang yang berpendidikan, belajar, mengkaji dan seterusnya mereka menjadi mutiara untuk Islam dan masa depan ummah. Manakala orang kita yang murtad, mereka murtad kerana lumpuh upaya berfikir dan merasionalkan kepercayaan.





~mari menonton dgn mata hati...

~skali lagi, mari menonton sambil berfikir...

~bagi diriku, cerita ini baguuus banget...

~bagi yg belum berkesempatan menontonnya, pastinya tiada kata untuk bersuara...

~bagi anda yg telah menonton (sedang mengikuti) perjalanan drama Nur Kasih, apa kata anda pula?

~hohoho...
~terima kasih...
~sekian...

6 comments:

fareast said...

Betul ke best, kene tengok jugak drama ini.

...teratai biru... said...

to fareast ~ betul, bez... cubala tgk drama ni. kotoba de ienai hodo beznye... :)

SiNaR cAHaYa pErtAma said...

salam~
amboi gja.. pRomo habis2san nie..
hehe
tgk la jgk inspirasi bonda tv9
ad mesej yg dalam...
layan~

...teratai biru... said...

to sinar cahaya pertama~

~wassalam...
~hoho..promot la jugak sket2...

~inspirasi bonda ye? insyaAllah, on da way...masehla habaq...

~layan jugak...~ :)

MuNsYi^SaMa said...

Salam. Bgus. stuju sgt. Filem ringan yg blambak trutamanya filem komedi kt pasaran buat masyarakat kurang berfikir. Tu yg melayu byk penyakit malas, dengki & sbgnya. Ilmu xbkembang.

Nur kasih penah tgk skali kt TV. pastu xde TV xtgk dh. :)

...teratai biru... said...

to munsyi sama~ wassalam... betul2.setuju. byk sgt filem2 gitu kt Malaysia. ramai org kite yg suka cerita2 ringan gitu kot... hmm...tengokla drama ni kt tenet. rugi la kalau x tengok.. hoho..promot ni...