Thursday, 14 January 2010

...pabila aku menjadi aku...





pabila aku menjadi aku
baru aku tahu
rayu itu rindu
rindu itu memujuk pilu
pilu itu memimpin sayu
sayu mula menggamit sendu...


dan
pabila sendu berbicara...

aku menjadi aku
tak mampu lagi hanya terkedu
tersipu di situ
sedang dunia semakin maju
segalanya hendak diburu
walau bumi sering menjerit sayu
dunia semakin haru-biru






pabila aku menjadi aku
baru aku tahu
rayu itu rindu
rindu itu memujuk pilu
pilu itu memimpin sayu
sayu mula menggamit sendu...


dan
pabila sendu berbicara...

yang bersekolah umpama tiada ilmu
yang berilmu umpama debu
bilangannya beribu-ribu
tapi umpama tiada perlu





pabila aku menjadi aku
baru aku tahu
rayu itu rindu
rindu itu memujuk pilu
pilu itu memimpin sayu
sayu mula menggamit sendu...

dan
pabila sendu berbicara...

yang terperosok mula merangkak
perlahan-lahan mengatur tapak
walau dicuba menghilangkan jejak
memori semalam suka menyesak







pabila aku menjadi aku
baru aku tahu
rayu itu rindu
rindu itu memujuk pilu
pilu itu memimpin sayu
sayu mula menggamit sendu...

dan
pabila sendu berbicara...

aku menjadi aku...


*
*
*


notakaki: teringat kata2 Aristotle--->
"...we will not get to where we are going if we have forgotten where we have come from..."

Friday, 8 January 2010

...aku mahu diam...




aku mahu diam,
sebelum kau bersuara

aku mahu diam,
ketika kau bersuara

aku mahu diam,
setelah kau bersuara

aku mahu diam,
tak bermakna aku takut

aku mahu diam,
tak bermakna aku bersalah

aku mahu diam,
tak bermakna aku mengalah

aku mahu diam,
kerna aku mahu kuat

aku mahu diam,
kerna aku mengumpul berani

aku mahu diam,
kerna aku masih mencari diri

dan
kau yang tak mengerti,
sila ke tepi...

dan
kau yang tak tahu,
biarkan aku dengan duniaku...

dan
kau yang tak mahu faham,
tolonglah diam!

*
*
*

notakaki 1 : ...pabila sendu dan senyum bersatu, aku menjadi aku...