Sunday 25 July 2010

perang

sekarang musim exam
banyak paper nak kena cover
selalu orang anggap exam ini sama dengan peperangan
iya kah?
mungkin ya, mungkin tidak
bergantung lah kepada diri sendiri mahu tafsir maksud sebenar peperangan
perang dengan diri sendiri
lagi hebat
paling hebat
melawan karat-karat jahiliyyah yang ada pada diri sendiri
menanam kepercayaan teguh kepada Allah terAgung...
di musim exam ini
banyak sekali ujian-ujian yang mendatang
banyak sekali dugaan yang datang menjengah
mengusik kedamaian hati, mungkin
menguis keteguhan hati, mungkin
aku?
aku manusia biasa
masih diuji
sentiasa
bahkan selalu
merangkak-rangkak menuruti cahaya Dia
mengemis-ngemis cinta Dia
menagih-nagih rahmat Dia
Dia?
tak pernah lupakan aku
pasti
cuma aku yang kabur, mungkin
dek silau fatamorgana dunia
...
perang
aku berperang lagi
jauh di dalam hati
menanam kekuatan iman
agar ia mampu mengalahkan bisikan bodoh si iblis
exam
piawaiannya di tangan sensei
exam
takdirnya di tangan Dia
exam
banyak yang perlu diulangkaji
banyak lagi perhatian yang dituntut iman
iman perlu diperteguh
agar segala pengharapan hanya pada Dia
tidak pada yang lain
ujian?
iya
kali ini dengan serangan migrain bertubi-tubi
ditambah dengan cuaca yang panas berbahang
32, 35 degree sudah menjadi kebiasaan
dan bagi seorang yang mengidap migrain,
suhu sebegitu sudah cukup hebat
aku kalah lagi, mungkin
dengan kesakitan yang menyucuk-nyucuk
segala kerja pasti tertunda
dan pengharapan hanya pada Dia
mohon kemudahan menghadapi kesakitan
kifarah dosa?
iya
mungkin
dan
aku terpana
kelu tanpa kata
zikir di dalam dada
sabar mujahadah jiwa
***
benci
aku benci bisikan itu
bisikan bodoh dia
iblis durjana
aku mahu mengharap
hanya pada Dia
aku mahu mencinta
hanya pada Dia
aku mahu meminta
hanya pada Dia
exam
itu sistem mereka
si barat yang dijulang, kononnya
exam itu ibadah
jika mengikut syariat
dilakukan kerana Dia
***
sudah
perang lah lagi
dengan diri sendiri
musuhnya ada dalam hati
itu si iblis keji
Dia?
ada
jika engkau percaya
.
.
.
monolog aku,
terataibiru

2 comments:

syauqahwardah1209 said...

Migrain?

I'm suffering from that 'disease' too. :) Macam nak pecah kepala kan..

benar, dalam kehidupan ini, banyak benar peperangan yang kita hadapi. paling besar, peperangan dengan nafsu sendiri.

bisikan syaitan yang kadang2 disangka naluri hati yang bersih & suci. sangat2 bahaya..

Atau pun kita terlalu berburuk sangka kepada syaitan hingga mahu menyalahkan mereka pada semua kejahatan yang kita lakukan? walhal sebenarnya diri kita lebih jahat dari mereka.

Mudah2an Allah melindungi kita dari segala mara bahaya yang boleh menggugat keimanan & ketakwaan kita kepadaNya.

Selamat menempuhi semua 'peperangan'... selalulah bermohon kepada Allah utk menguatkan diri. Ingatlah, kita ini bukannya apa2 tanpa Dia..

uhibbukifillah.. :)

salam kerinduan dri bumi minden, penang. :)

p/s: malaysia sekarang sedang musim hujan.. hehe. :)

Teratai Biru said...

yes la akak...
i ade migrain...
mmg mcm nak pecah kepala, tapi insyaAllah, itulah yang terbaik untuk saya.~ pilihan Dia tak pernah silap.

jzkk atas doanya... =)

moga setiap peperangan kita disertai Dia~~~

moga Allah menyayangi kamu sebagaimana kamu menyayangi diri ini...~~~

salam rindoooooo juga dari bumi sakura berbahang~~~

ooo... musim ujan ye... xpe, saya sedang menghitung hari je mahu pulang ke tanah air...