[Soalan ada di bahagian bawah sekali, pada entri ini]
.
.
.
Di celah kesibukan dunia.
Aku semakin mahu memaknakan kehidupan.
.
.
.
Dunia ini melelahkan.
.
.
.
Pada setiap panggilan penuh cinta.
Aku semakin rindu mahu bersemuka.
.
.
.
Panggilan kedamaian disusuli kekeliruan.
.
.
.
Tika seruan itu kian menderu.
Aku terdiam menyaksikan sketsa.
.
.
.
Dunia indah menipu, ianya semu.
.
.
.
Dan sungguh.
Dia itu ada.
Lagi nyata.
.
.
.
[Soalan ala-ala cepumas.]
Pabila pentas lakonan dunia dimainkan oleh mereka-mereka yang bodoh lagi menggila, adakah para penontonnya terdiri daripada golongan yang serupa?
2 comments:
Assalam,
Biarkan pentas menjadi gila. Penonton ada yg juri ada yg pemerhati.
Dan yg gila terus-terusan menggila.
Dan sungguh, Juri itu Sangat Teliti.
Post a Comment