Thursday 12 April 2012

ceritera

Pertualangan mencari kasih Tuhan,
perjuangan menyebar cinta dari langit.

Masih ada seribu ceritera, yang belum bisa dirungkai masa.
Masih ada sejuta rasa, yang tak terluah oleh sebarang bahasa.
Masih ada impian-impian gila, yang tak tercapai tangan melara.

Moga detik itu akan tiba, dalam ketika aku masih dipinjamkan nyawa.
Agar kewujudan aku di dunia ini, 

diakui sekalian penghuni bumi, 
disaksikan seluruh penduduk langit, 
dibenarkan oleh segala indera.

Iya aku manusia.
Hina lagi penuh noda.
Dosa menggunung tinggi, sedang taubat seolah melupakan mati.

Seringkali bicara terlanjur kata.
Sedang diam ku memendam rasa gila.
Acap juga bertingkah sumbang,
malah kaki melangkah tempang.
Hati rosak semakin menyesak,
moga sempat menagih rahmat.

Kisah ini mengandungkan kasih.
Ceritera ini memendam cinta.



-gja-
-4 April 2012-

***



Allahumma...
di saat rencana Kau yang maha hebat bakal menggugah jiwa,
hanya satu permintaan diri.
Siapkan kami untuk menerima segala.
Sediakan kami untuk mengangguk redha.

Wala takkilna ila anfusina torfata ain, wala aqolla min zalika ya nikmal mujib...


***


Hari Sabtu yang lalu (7april), saya berasa amat teruja kerana bisa melihat Pak Samad jelas di hadapan mata. Hiksss...
Kebetulan kami sama-sama masuk ke tempat boarding di airport negeri Jelapang Padi sebelum saya transit flight di KL, sebelum saya menerjah masuk ke pesawat untuk terbang ke Jepun. 

Err... ini adalah kali kedua saya bertembung dengan beliau, kali pertama adalah di hadapan surau RnR Gurun (kot... kalau tak silap lah)...

Tapi agak terkilan sebab tak sempat nak menyapa beliau... Yang di hadapan surau RnR tu, tak sempat sebab tengah tergamam tak bersuara. Yang ketika di airport tu pun tak tersapa sebab waktu tu saya sedang meluangkan detik-detik berharga bersama keluarga terchenta. Takpelah kan... at least dapat breakfast di restoran yang sama, walaupun tak duduk semeja dengan beliau... eheh...

Amat mengagumi sesetengah spirits milik beliau... (jangan tanya mengapa 'sesetengah' , instead of 'kesemua' )

Beliau tetap dengan kesederhanaan nya...
Rambut yang penuh memutih di kepala,
Janggut yang turut memutih menggambarkan usia,
Beserta pakaian lusuh seperti rakyat biasa,
Capal di kaki membayangkan diri beliau seadanya.
Sederhana...

Teringat kata-kata saudari kembarku ketika itu ,
" Diri beliau yang seadanya, cukup membuatkan manusia untuk menghormatinya."


Lebih mengecewakan : tak sempat nak snap foto beliau, walau dari jauh! Alaaaaa.... =.='









No comments: