Lewat malam ini, melewati bacaan novel yang sudah dibeli sejak bulan Mac yang lalu, pada mukasurat tiga puluh lima, saya menemui ayat sebegini,
"...siapa saja yang mewakilkan urusannya kepada Tuhan, maka Dia akan 'mencukupkan' semua kebutuhan kita. 'Cukup' kawanku. Itu yang seharusnya kita cari..." [Ranah 3 Warna, karya A. Fuadi]
Ayat ini terlalu mudah untuk difahami oleh mana-mana manusia yang tahu membaca.
Wahwah semangatnya saya ambil gambar, dalam instagram, siap upload dua kali, satu yang tanpa garis merah, satu lagi sudah bergaris merah. Penegasan gitu. Kehkeh. |
Dia yang As-Sami' , sedang cuba menjawab kepada hambaNya yang selalu tak pernah cukup.
Membina qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), tidak pernah mudah.
Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda :"Seandainya anak Adam diberikan satu lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi dua lembah. Seandainya anak Adam memperolehi dua lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi tiga lembah. Perut anak Adam tidak akan penuh melainkan diisi dengan tanah."[HR Bukhari]
T___T
Allahu Allah.
Sehingga kita mati, barulah kita akan berasa cukup.
Zezaaaasss di tengah malam.
Kahkah.
Novel ini adalah novel trilogi, karya A.Fuadi . Terima kasih, pakcik. Saya sudah membeli yang pertama berjudul 'Negeri 5 Menara'. Really inspiring! Menyesal juga tak baca awal-awal. Yang kedua adalah 'Ranah 3 Warna' , yang ketiga, saya pun tak tahu tajuk apa, tapi ada nombor 1 pada tajuk novel nya.
Seperti buku-buku lain (termasuk novel dan majalah) yang lain yang memberatkan beg kargo saya tiap kali mahu berangkat ke Jepun setelah pulang ke tanah air, novel 'Ranah 3 Warna' ini menerima nasib yang sama, apabila saya beli-bukan-main-lama-tapi-lambat-benor-nak-perabih-baca nya.
Okey mari berfikiran positif. Errr husnuzhon?
Tuhan mahu saya baca ayat pada muka surat tiga puluh lima novel ini, pada saat ini, kerana Dia tahu yang saya benar-benar perlukannya pada saat ini.
Bagi sesiapa yang pernah membaca post sebelum ini, yang bertajuk 'Duit ke?' , kamu pasti tahu mengapa saya menulis sebegini. Kamu pasti tahu mengapa saya berasa sangat zezas gitu. Oh yaaa... saya sudah delete post tersebut, maka tahniah bagi yang berpeluang membacanya. Kehkeh... Dah kata siap-siap, jangan hairan kalau post itu lenyap tiba-tiba.
Melatih diri untuk berasa cukup, tanpa mengurangkan sebarang usaha untuk mencari rezeki.
Melatih hati untuk sentiasa membalikkan segala urusan kepada Pengatur Segala Urusan.
Memasak keteguhan iman untuk sentiasa menyakini bahawa Rezeki itu milik Dia.
***
Gagak jalanan itu lebih memahami,
mengapa jalan itu penuh sampah di kaki.
Tuhan,
khabarkan saja,
dengan caraMu.
2 comments:
smg sentiasa dlm redha Allah...^^
Be strong gja.
Nak go thru this period mmg sgt tough.
Pray that u will make it, insyaAllah.
di hujung nanti pasti nampak manisnya :)
Post a Comment