Sunday 28 October 2012

Random 8#

Demi Allah, Tuhan yang Memegang Segala Nyawa,
aku merindui saat-saat terlantar tak mampu bergerak di atas katil hospital,
tak lama dahulu.

Aku merindui saat-saat yang mana,
pengharapan diri benar-benar dihantar menerjah ke petala.

Aku merindui saat ketika doa yang dipinta,
benar-benar menggugah jiwa.

Aku merindui tika masanya,
terasa kematian seolah di hadapan mata.

Allah...

Iya aku 'hebat-berlakon-gagah-segala' ,
kata mereka.

Tapi jiwa yang mudah goyah tak tentu masa,
tak terluah dek bahasa dunia.

Maafkan aku yang seakan sepi.

Blog ini disembunyi seketika sebelum ini.
Terima kasih buat yang bertanya dan peduli.

Sedang mencari ruang buat bernafas segirangnya,
semula.

Doakan ya.

Saat sebegini, aku mendambakan kopi. Anyone?





***

Aku masih mahu berbicara melalui pena,
sekurang-kurangnya buat tatapan sendiri di hari muka.



Aku,
banyak berkias segala,
bukan sedikit manusia yang tak memahami butir bicara aku.
Berkerut sekali dahi mereka.

Ketahuilah,
bahawa aku,
sedaya upaya,
cuba memperhalusi kata,
melapik alas segala kata,
kerana tak mahu ada yang terluka,
kerana keterlanjuran lidah yang sesedap rasa.

Kisah silam aku yang menjadi saksi,
ramai yang terasa hati,
hanya kerana,
kata-kata aku yang konon terus dari hati.

Laser.
Kata mereka.

Lalu aku,
kini memilih untuk kerap berkias sahaja.
Yang kebanyakannya diselindungkan atas nama puisi.

Senyum.

Sudah berubah,
kata mereka.
Dahulu lain,
sekarang sudah lain.

Senyum.

Berkias juga berpuisi.
Aku lebih rela mereka berteka-teki,
daripada terasa hati.

(';

No comments: