Friday, 2 November 2012

Berubah

"Saya mahu berubah, saya nak jadi baik, tapi tak tahu cara..."

Luah seorang teman saya.

Saya menatap wajahnya, cuba memandang matanya.

Terasa sayu.

"Dulu saya tak pernah rasa macam ni. Ada je kakak tu ajak saya untuk keluar pergi usrah segala, tapi saya direct je cakap yang saya taknak... "

Saya diam.

"Tapi entah kenapa, sekarang saya rasa yang saya mahukan sesuatu... daripada usrah..."

Belum sempat saya memberi respon, dia terlebih dahulu cakap straight to the point.
Dia mahukan sesuatu... Daripada usrah.

Saya tatap wajahnya lagi.

Telus.

"Kenapa?" Satu soalan pelik yang saya ajukan pada dia.

"Saya mahu berubah... tapi tak tahu cara..." Dia memberitahu.

Okeh saya lupa. Dia dah cakap tadi yang dia mahu berubah.

Berubah.

Nak jadi baik.

Bukan teman saya yang ini sahaja, saya dah berjumpa raaaaamai lagi manusia yang memberitahu perkara yang serupa.

 "Saya nak jadi baik..."

"Saya tak mahu lagi hidup macam ni. Macam kosong je hidup. Siang hari pergi kelas, malam tunggang terbalik study. Still solat, puasa... Tapi macam ada something yang tak cukup." 


"Saya mahu berbuat sesuatu, untuk islam..."





Berubah? Perlahan-lahan pun boleh je. Islam tak pernah paksa untuk kita berubah secara drastik. [Kredit]

Sebagai manusia normal, memang kita akan rasa naaaaaak sangat menjadi orang baik. Walaupun pelbagai pemikiran dan 'hasutan' jahat yang selalunya bermain-main di hati.

"Aku tak layak..."

"Aku tak mampu..."

"Logam? Hmm... aku tak ada apa-apa..."

"Orang lain bolehlah... aku ni, dah memang macam ni... memang dah tak boleh buat apa dah."

Ayat macam lain-lain jenis, tapi intipatinya sama.

Tak percaya diri.

Asyik fikir yang diri tak mampu lah, tak layak lah, tak boleh lah, belum sampai masa lah, apa lah...

Kalau asyik fikir gitu, sampai ke sudah lah tak boleh nak buat apa-apa.

Last sekali, bertepuk tangan lah sekalian syaitan iblis sebab berjaya melalaikan hamba manusia dengan asyik memikirkan kekurangan dan ketidakmampuan diri. Pendek kata, syaitan iblis tu tak perlu pun nak bekerja keras untuk menjatuhkan manusia, sebab manusia tu tak cuba pun nak naik.  



Dapat tangkap tak?

Kebanyakan daripada kita, mahu je untuk berubah menjadi baik, tapi disebabkan oleh perasaan aku-tak-layak , aku-tak-mampu and so on, menyebabkan kita masih di takuk yang sama.

Rasa takut sebab tak mampu?

Hmm... Rasulullah pun rasa takuuuuutttt sangat sewaktu mendapat wahyu pertama, yang menyuruhnya untuk membaca, iaitu suatu perkara yang laaaaaaangsung tak pernah diketahuinya.

Nabi Muhammad itu, seorang yang buta huruf. Tak pernah reti pun untuk membaca.
Tapi, Jibril turun ke bumi, membawa wahyu dari langit untuk menyuruhnya membaca.

Perasaan takutnya itu membuatkan baginda pulang ke rumah dengan menggigil, sehingga diselimutkan isteri tercinta, Khadijah. Tapi setelah ditenangkan oleh Khadijah, baginda beransur tenang sedikit dengan kata-kata pemujuk jiwa oleh Khadijah.

Baginda takut, tapi dipujuk Khadijah.

"Apakah gerangan yang berlaku ke atas ku, ku takutlah terhadap diriku ini." Kata baginda yang menggigil ketakutan.


"Tidak sama sekali, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan dikau, kerana dikau sentiasa menghubungkan pertalian silaturahim, dikau memikul beban kesusahan, menolong yang tidak berada, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang menghalang kebenaran." Jawab Khadijah memujuk.

[Rujukan : Raheeq Maqtum]

Bukan sekadar pujuk, Khadijah turut membawa baginda bertemu dengan Waraqah Bin Naufal, seorang pemeluk agama Nasrani di zaman Jahiliyah, untuk membantu baginda menghilangkan rasa takut, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya yang terjadi. Setelah berjumpa dengan Waraqah Bin Naufal, baginda dikhabarkan oleh Waraqah yang baginda akan dihalau keluar oleh kaumnya. Turut diberitahu juga, yang Waraqah bersedia untuk membela baginda ketika baginda dihalau, sekiranya Waraqah masih hidup di saat itu.

Okeh panjang sekali untuk diceritakan perihal itu.

Begini...

Rasa takut itu adalah normal... terutamanya untuk melakukan sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ni. Macam kena paksa gitu...

Dan kita, sebagai manusia, perlukan sesuatu kekuatan yang datang dari luar, untuk membantu kita melakukan sesuatu yang ditakuti. Bahasa mudahnya, kita perlukan support system.

Errr faham ke?

Baginda takut ---> dipujuk oleh Khadijah ---> ditawarkan pembelaan oleh Waraqah

Same goes to us.

Kita takut (untuk berubah) ---> dipujuk oleh _______  --> ditawarkan 'pembelaan' oleh _______

Sila isi tempat kosong di atas.


Kita takkan pernah mampu untuk berubah ke arah kebaikan itu secara seorang diri. [Kredit]


Kita perlukan 'pemujukan' dan 'pembelaan' untuk membantu kita mengurangkan rasa takut tentang sesuatu.

Di sinilah peranannya support system yang baik.

Waduh waduh... Panjang nya saya membebel di atas. Mari saya mudahkan.

Dalam kes-kes mahu  berubah tapi rasa takut, rasa tak layak segala, saya tak nampak jalan lain, selain daripada mendapatkan support system yang boleh membantu kita, untuk berubah. Antaranya ialah :

1) Merapati orang-orang soleh.
2) Melazimi majlis ilmu.


Merapati orang-orang soleh


Orang soleh takkan mendownkan kita yang baru mahu menapak untuk berubah, Malahan, akan dibantu dan disokong mana yang patut.


Bila kita tak reti tentang apa-apa, mereka akan tolong ajarkan. Paling tidak pun, jika mereka pun tak berapa reti tentang apa yang kita tanya, mereka akan bawa kita kepada orang yang lebih arif tentang apa yang kita tanya.

Daaaaan... paling-paling koman pun, bila kita berada bersama dengan mereka yang soleh, kita pun akan mendapat sedikit tempias kesolehan mereka.

“Permisalan teman duduk yang shalih dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Adapun penjual minyak wangi, bisa jadi ia akan memberimu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, bisa jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.” (HR. Bukhari No. 2101, Muslim No. 2628)

Errr... kalau ada orang yang nampak macam soleh, tapi mendownkan kita yang nak berubah, maka itu adalah orang soleh yang aneh. Sila percaya. Maka, abaikan mereka.

Tips untuk mengenal mana-mana teman kita yang soleh, carilah yang bila mana kita bersamanya, dia sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Bila melihat wajahnya, automatik kita pun teringat dekat Allah.


Melazimi majlis ilmu

Dalam kita memilih sesuatu produk, kita pastinya mahu tahu tentang kebagusan sesuatu produk, melalui testimonials ataupun maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber, baru kita mahu membelinya.

Same goes to 'berubah'.

Tidak dapat tidak, kalau kita tak tahu yang Syurga itu adalah tempat untuk orang yang menang dan bahagia, maka kita tak akan mahu menjejakkan kaki ke Sana.

Kalau kita tak tahu yang pengampunan Allah itu mengatasi kemurkaanNya, maka kita tak akan bersungguh-sungguh memohon ampunanNya.

See?

Kita perlu tahu, barulah kita akan mahu.

Di sinilah majlis-majlis ilmu memainkan peranannya.

Majlis ilmu akan membantu kita untuk stay istiqomah, once kita sudah berubah.

Majlis ilmu akan mengingatkan kita untuk sentiasa merasai kebersamaan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Bila saya sebut majlis ilmu, sila fahamkan nya sebagai USRAH.

Bukannya majlis ilmu biasa yang kita hanya pergi tadah telinga, kemudian balik rumah.

Usrah akan berjalan di setiap waktu, yang mana ada naqib/ah yang akan kontek-kontek kita, ambil tahu hal kita, akan bantu kita untuk berubah kepada yang lebih baik.

Juga, ahli usrah yang lain juga akan turut sama memberikan kata-kata semangat dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain, untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Paling best, bila ada yang menegur kita bila kita seakan jauh dari Allah.

Errr... tak cukup best ke, bila mana kita seperti sudaaaaah hampir ke jurang neraka, kemudian ada tangan yang cuba menarik kita untuk menapak ke arah Syurga.

Trust me, saya tak pernah jumpa lagi suasana yang mengingatkan saya untuk selalu berbuat baik, mengikuti perintah Allah, selain daripada berada dalam gerabak tarbiyah ini.

Usrah.

Kepada semua manusia yang bertanya kepada saya, macam mana mahu berubah ke arah yang baik, jawapan saya secara ringkas adalah mari-join-usrah.

Jawapan version panjang, adalah seperti yang tertera di atas.

(Krun, pinjam video ye...)


Baiklah.

Moga membantu.

Nak cerita tentang support system je sebenarnya... Teeerrr panjang pulak dah.

(';

Senyum.

Perlahan-lahan je okeh.



---------------

1) Wooowwwsss lama dah rasa tak menulis panjang di blog ini. Hisashiburi ni....
2) Sesiapa yang rasa macam tak jumpa support system yang baik, do pm me, okey.

----------------


Perihal dan kerenah tentang hal-hal dunia, seakan menekan jiwa saya.
Moga saya tak tenggelam dek segala yang sementara.
Mohon doa nya... 

No comments: