Salam dan hai semua?
Terima kasih kerana menjenguk ke blog ini lagi, bagi yang pernah menjejakkan kaki ke sini.
Tahniah bagi yang pertama kali menjengah ke mari.
---
Dunia ini luas.
Luas sangat.
Manusia yang pelbagai karenah dan ragam, membuatkan kehidupan ini menjadi kompleks dan pelik.
---
Minta maaf kerana lama tidak menulis di sini.
Kehkeh, bajet macam ada orang yang menanti post baru.
Nak sangat menulis di sini, tapi... banyak je alasan.
Klise kan?
---
Saya sakit.
Eh bukan. Ada penyakit, tapi saya selalu anggap yang saya ni sihat lagi riang gumbira.
Di musim sejuk begini, jari jemari selalu benar menjadi pucat-pucat dan kebiruan.
Iya ianya menyakitkan.
Bila jadi macam tu, saya tak boleh nak memegang pensil untuk menulis, mahupun menaip.
Sebenarnya, saya tak suka nak cerita kat orang tentang sakit-sakit ni.
Macam duk minta simpati.
Tapi saya kena cerita juga, supaya orang tak terburuk sangka dengan saya yang lambat nak balas mesej mahupun emel.
Bila cuaca menyejuk, saya akan mengerekot dalam selimut untuk memerangkap haba supaya tak rasa sejuk sangat.
Bila sejuk sangat, selain tidak mampu berbuat apa-apa, saya tak akan bisa tidur.
Selalunya akan end-up dengan pengaliran air mata berjurai-jurai sebab rasa useless tak boleh berbuat apa-apa.
Oh yaaa... untuk anda-anda yang selalu mengatakan jari-jemari saya comel sebab bulat-bulat, ketahuilah bahawa ia adalah hasil daripada penyakit yang saya alami.
Jari jemari saya membengkak, jadi macam gemuk-gemuk dan kelihatan macam bengkak. Eh, memang bengkak pun. Comel ke? Kehkeh... bukan jari jemari je, satu badan saya jadi bengkak gitu. Kalau cuba pegang dan picit, boleh rasa macam tengah pegang dan picit belon. Err... over ke bagi contoh gitu?
---
Kebelakangan ini, selalu rasa macam nak rebah, dan rasa sangat badan panas. Tapi saya malas nak sukat suhu. Saya malas nak layan. Meneruskan hidup seperti biasa. Tak mahu masuk hospital lagi. Kalau saya masuk hospital lagi, yabaiiiissss.... Hari tu, doktor dah offer steroid dah. Waktu tu memang saya tak rasa apa, mungkin sebab dah buat kokoro junbi (persediaan emosi) untuk steroid tu. Tapi alhamdulillah, miracle happened, dan saya tak perlu ambil steroid, dan alhamdulillah dapat keluar hospital lebih awal daripada yang dijangka. Akak-akak nurse pakat terkejut bila melihatkan saya boleh keluar hospital awal.
Sekarang ini, saya berusaha untuk tidak jatuh sakit buat kesekian kalinya. Mungkin yang saya rasa nak rebah-rebah ni, sebab duk berbaito (buat part-time job) kot. Pagi-pagi, merempit pergi baito, beberapa jam sebelum pergi ke lab buat research. Dah lah sekarang ni cuaca makin menyejuk (musim luruh menghala ke musim sejuk), pagi-pagi pulak tu. Naik motor, bawak laju-laju, angin sejuk tu kot yang membuatkan saya macam demam-demam sikit. Baito pulak, tak boleh duduk. Kena berdiri sambil buat kerja, angkat barang berat-berat ke hulu ke hilir. Tak karat. Seriously saya rasa tak larat. Tengok makcik-makcik di tempat baito yang mungkin sebaya dengan nenek saya yang boleh lari-lari angkat barang, seriously membuatkan saya rasa makin down. Kehkeh....macam loser gitu.
Sekarang, saya dah berhenti baito.
---
Seronoknya merasai kasih sayang Tuhan dalam setiap kejadian yang mampir menjengah muka. |
Mari menikmati hidup ini dengan menyebarkan nikmat.
Ok bai.
No comments:
Post a Comment