Wednesday, 27 February 2013

Antara Figura-Muda-Ikhwah-DnT-Semasa dan Komen-Akhwat

Amaran : Ini post panas. Tak pernah-pernah saya letak amaran kat depan post di blog ini.

Jemput baca bagi yang teruja.

---

Kebelakangan ini, 
dunia dakwah dan tarbiyah sudah mula (baca : makin) mendapat tempat di hati muda-mudi harapan agama.

Mari ucap alhamdulillah.
Syukur dan teruslah bersyukur.

Alam maya.
Kewujudan figura muda yang berimejkan dakwah dan tarbiyah.
Bergaya kelihatannya.
'Hot stuff' semasa lah pendek kata.
Ada beberapa figura yang andai saja meng'update' sebarang status di alam mukabuku, mahupun menge'post' artikel di laman blog, ada sahaja manusia yang klik butang 'share' , koman-koman 'like' , tak kurang juga yang segar mengisi ruang komen.

Iya, itu suatu perkara yang bagus jika kita memandang ia sebagai suatu respon terhadap suatu 'luahan rasa' mahupun 'pendapat'.

*ehem*

Saya akhwat.

Apabila figura itu adalah seorang lelaki (baca : ikhwah), 
makanya saya yang berjantina perempuan (baca : akhwat), 
akan berasa pelik sekaligus mengecilkan saiz mata, sesekali berkerut dahi secara tiba-tiba apabila membaca sebarang komen daripada kaum sejenis saya (baca : akhwat) yang berbunyi seperti :

"Astaghfirullah al-azim... terkesannya baca apa yang akhi tulis. terkesan!"

atau

"Ooohhh... terasa diriku ditembak bertubi-tubi."

atau

"Wahwah terasa amat bersemangat apabila membaca post ini."

atau 

"Huuuu... kena usaha lagi ni. yosh~"

dan seangkatan dengannya.


Nak lagi hebat?


"Waduh waduh... beruntungnya saya baca artikel ni. Pandainya akhi menulis!"

atau

"Inilah dia bakal pemimpin zaman ini! Bertuahnya bakal zaujah nanti."

atau

"Tahniah kepada jejaka on demand masakini. Tulisan anda benar-benar menyentap jiwa hamba."

dan yang seangkatan dengannya.


*ehem*


Jangan salah sangka.
Saya tak jeles.
Tak pula rasa nak marah.


Cuma...
Hairan.

Bagaimana bisa seorang yang mengaku akhwat boleh memberi komen sebegitu rupa? 

Jemput baca sekali lagi contoh-contoh komen yang saya senaraikan di atas. 

Carilah persamaan yang ada. 

Jumpa?

Kesemua contoh yang saya beri tu, mempunyai unsur 'perasaan'. 

Err...
Faham ke?

Untuk yang suka direct-direct : 
Kesemua contoh komen tersebut nampak macam mengada-ngada (baca : gedik) la senang kata. 
(Nampak mengada di mata saya. Maaf pada yang tak nampak gitu)

Kita akhwat.
Tak perlu kot nak bagi komen gitu kat status/post ikhwah. 
'Terusik hati' si ikhwah bila baca komen kita yang sebegitu.
(Ni berdasarkan apa yang saya faham daripada status/post ikhwah juga. Mereka kata yang mereka susah nak jaga hati bila baca komen-komen akhwat.) 

Yes~
Memanglah iman depa, depa yang jaga.
Tapi kita kenalah jaga iman kita juga.
Atau mungkin lebih 'ringan', kita kena jaga akhlak kita (err... ikhtilat?).

Tak perlu letak komen yang ada unsur-unsur jiwa di situ.

Bahaya!

Letaklah yang berunsurkan 'akal' yakni yang boleh dijadikan perbincangan ataupun boleh difikirkan bersama, bukannya boleh membuatkan orang menelan air liur. 

Tergamam.

Contohnya, status tersebut bercerita tentang masalah futur yang berleluasa. Jadi, mungkin kita boleh beri komen seperti :

"Masalah futur bukanlah masalah peribadi. Seseorang akhwat perlu bantu akhwat lain yang sedang futur. Kena selalu tanya khabar. "

atau

"Futur itu normal. Tapi perlu dibasmi segera. Perlu mantapkan tarbiyah dzatiyah."

atau

"Apabila futur, akhwat perlu keluar mencari akhwat. Cuba meresapi kekuatan dari akhwat yang lain lah senang kata."

dan seangkatan dengannya.

Pendek kata...
Bila orang baca komen kita, orang akan angguk kepala (tanda setuju atau berfikir). 
Bukannya yang akan buat orang rasa hairan tak semena-mena.

Risaunya,
kalau orang naik menyampah.

Yes~
Saya akui, akhwat itu seorang perempuan, yakni makhluk kaya emosi.
Tapi tapi tapi...
Please akhwati fillah...
Jangan cepat dan mudah memberi respon gerak balas sebegitu rupa.
Malu.
Saya yang baca pun rasa malu.

Jom kita jaga 'nilai' yang kita ada.

Kalau setakat nak komen dengan menulis perkataan "Astaghfirullah" , "Subhanallah" , "Terkesan!" , dan sebagainya, rentikan je la. 

Tak perlu. 

Kalau nak komen dengan puji-puja seolah dialah suami kita yang sah, tolonglah jangan!


Satu, ianya bisa mengundang pandangan buruk kepada kita sebagai akhwat. 

Dua, ianya bisa mengundang penyakit hati kepada si ikhwah. 

Tiga, ianya bisa mengundang persepsi negatif (baca : fitnah) kepada dakwah yang kita bawa.

Empat, ianya membazir. Penat-penat si ikhwah menulis status/artikel, tiba-tiba ada manusia yang menjauhi dunia dakwah dan tarbiyah ini, hanya kerana komen yang kita tulis?


Allahu Allah.


Akhwati... Akhwati...!!


Mengah.




Khabarnya, bakal bidadari di Jannah. Takkanlah mudah melemah dan meluah? [kredit]



---



1) Saya kira, post kali ini agak tergantung. Sudah beberapa kali saya cuba baca semula untuk dibuat penutup yang kena gaya, tapi tak muncul juga idea. Saya rasa sesaknya dada. Maafkan saya.

2) Dah lama pendam. Moga bermanfaat.

3) Ataukah post ini takdelah panas mana? Bajet je lebih~

4) Minta maaf kepada yang tidak selesa. Memang sengaja.




Yes, I care.



5 comments:

syauqahwardah1209 said...

I care too.. :)

Kadangkala orang nampak remeh benda2 macam ni.

Kadangkala orang kata; apa perkara kecil nak besar2kan..? Macam tak ada benda lain nak fikir..

samalah macam hal ikhtilat thru SMS, chat, ramai org yg kata bawa DnT pandang remeh, perkara kecil.

Tapi, kita tak tahu.. kita ni da'ie, bawa imej Islam, mengaku bawa islam DnT bagai.. orang pandang kita.

Pernah ditebak oleh adik yg bertanya dlm usrah, "couple ni takpe kan kak... akak # pun couple juga dgn ustaz #, salu nampak dorg dating, kat FB pun mesra..."

hah.. kita yg nak respon pun serba salah...

Jaga diri baik2.. kadangkala kita je nampak benda tu kecil, tapi di mata Allah mungkin besar dosanya..

Allahu a'lam..

Anonymous said...

Terasa panas Kita ada nilai tapi kita lupa yg kita bernilai kan ? )= kita tahu ia salah tapi kita sengaja tak mahu mengaku salah Allah! Malu )= Psttt , kat sini nak komen buleh kan ? Hehe jazakillahu khairan jaza ' akak

Anonymous said...

rupa-rupanya...

kita lupa kita
mahal dan tinggi.
sibuk dan bizi.

okthnxbai to jahiliyyah akhwat.

jazakillah akak ><

Bayang Diri said...

Jazakillahu khairan kathira :)

ar1403 said...

ahu ia salah tapi kita sengaja tak mahu mengaku salah Allah! Malu )= Psttt , kat sini nak komen buleh kan ? Hehe jazakillahu khairan jaza ' akak