Saturday, 24 November 2012

Random 9#


Salam dan hai semua?

Terima kasih kerana menjenguk ke blog ini lagi, bagi yang pernah menjejakkan kaki ke sini.

Tahniah bagi yang pertama kali menjengah ke mari.

---

Dunia ini luas.
Luas sangat.
Manusia yang pelbagai karenah dan ragam, membuatkan kehidupan ini menjadi kompleks dan pelik.

---

Minta maaf kerana lama tidak menulis di sini.
Kehkeh, bajet macam ada orang yang menanti post baru.

Nak sangat menulis di sini, tapi... banyak je alasan.
Klise kan?

---

Saya sakit.
Eh bukan. Ada penyakit, tapi saya selalu anggap yang saya ni sihat lagi riang gumbira.

Di musim sejuk begini, jari jemari selalu benar menjadi pucat-pucat dan kebiruan.
Iya ianya menyakitkan.
Bila jadi macam tu, saya tak boleh nak memegang pensil untuk menulis, mahupun menaip.

Sebenarnya, saya tak suka nak cerita kat orang tentang sakit-sakit ni.
Macam duk minta simpati.
Tapi saya kena cerita juga, supaya orang tak terburuk sangka dengan saya yang lambat nak balas mesej mahupun emel.

Bila cuaca menyejuk, saya akan mengerekot dalam selimut untuk memerangkap haba supaya tak rasa sejuk sangat.
Bila sejuk sangat, selain tidak mampu berbuat apa-apa, saya tak akan bisa tidur.
Selalunya akan end-up dengan pengaliran air mata berjurai-jurai sebab rasa useless tak boleh berbuat apa-apa.

Oh yaaa... untuk anda-anda yang selalu mengatakan jari-jemari saya comel sebab bulat-bulat, ketahuilah bahawa ia adalah hasil daripada penyakit yang saya alami.
Jari jemari saya membengkak, jadi macam gemuk-gemuk dan kelihatan macam bengkak. Eh, memang bengkak pun. Comel ke? Kehkeh... bukan jari jemari je, satu badan saya jadi bengkak gitu. Kalau cuba pegang dan picit, boleh rasa macam tengah pegang dan picit belon. Err... over ke bagi contoh gitu?

---

Kebelakangan ini, selalu rasa macam nak rebah, dan rasa sangat badan panas. Tapi saya malas nak sukat suhu. Saya malas nak layan. Meneruskan hidup seperti biasa. Tak mahu masuk hospital lagi. Kalau saya masuk hospital lagi, yabaiiiissss.... Hari tu, doktor dah offer steroid dah. Waktu tu memang saya tak rasa apa, mungkin sebab dah buat kokoro junbi (persediaan emosi) untuk steroid tu. Tapi alhamdulillah, miracle happened, dan saya tak perlu ambil steroid, dan alhamdulillah dapat keluar hospital lebih awal daripada yang dijangka. Akak-akak nurse pakat terkejut bila melihatkan saya boleh keluar hospital awal.

Sekarang ini, saya berusaha untuk tidak jatuh sakit buat kesekian kalinya. Mungkin yang saya rasa nak rebah-rebah ni, sebab duk berbaito (buat part-time job) kot. Pagi-pagi, merempit pergi baito, beberapa jam sebelum pergi ke lab buat research. Dah lah sekarang ni cuaca makin menyejuk (musim luruh menghala ke musim sejuk), pagi-pagi pulak tu. Naik motor, bawak laju-laju, angin sejuk tu kot yang membuatkan saya macam demam-demam sikit. Baito pulak, tak boleh duduk. Kena berdiri sambil buat kerja, angkat barang berat-berat ke hulu ke hilir. Tak karat. Seriously saya rasa tak larat. Tengok makcik-makcik di tempat baito yang mungkin sebaya dengan nenek saya yang boleh lari-lari angkat barang, seriously membuatkan saya rasa makin down. Kehkeh....macam loser gitu.

Sekarang, saya dah berhenti baito.


---

Seronoknya merasai kasih sayang Tuhan dalam setiap kejadian yang mampir menjengah muka.


Mari menikmati hidup ini dengan menyebarkan nikmat.

Ok bai.

Monday, 5 November 2012

Puisi : Tenang

Pabila hati tiada tenang,
pergilah hanya kepada Tuhan.
Buatlah apa sahaja,
asalkan kamu berasa tenang,
kerana itu tanda bahagia.

Tuhan sudah berjanji,
lama dahulu dalam kalam.
Bahawa tenang itu hanya ada,
pada jiwa yang mengingati Dia.

Lalu mengapa manusia ini,
kerap lagi bermain sandiwara.
Berbuat itu ini,
padahal tenangnya tiada.

Rapati diri dengan mereka yang soleh,
mereka akan membantu kamu.
Tempias keimanannya akan terkena pada mu.
Tenang nya hati mereka itu,
akan membantu menghilangkan resahmu.
Percayalah,
hati-hati manusia yang selalu akrab dengan Tuhan,
di situ ada tenang.
Rajinkan menghadiri majlis ilmu,
di situ berkumpulnya hati-hati yang mahu maju.
Andai saja kamu nampak kehadiran malaikat,
yang menebarkan sayapnya menaungi sekalian pengunjung majlis ilmu,
pasti kau tak mahu langsung pun berangkat dari majlis.

Ilmu tentang Tuhan itu adalah cahaya,
yang menerangi hati-hati yang gelita dek pekatnya dosa.
Iman itu penerang jiwa,
membantu manusia memilih jalan di dunia.

Logika nya mudah.

Manakan bisa,
manusia itu mahukan gula,
andai tak tahu tentang kemanisannya?

Manakan bisa, 
seseorang itu memilih sesuatu jalan itu,
tanpa menyuluhnya terlebih dahulu?

Manakan bisa,
kamu berasa mahukan Syurga,
tanpa mengetahui nikmat yang ada di dalamnya,
terlebih dahulu?
Makanya kamu perlukan ilmu.
Ilmu yang membawa kamu kepada tempat yang dituju.
Tempat yang pasti.

Biar mata terpejam,
kamu akan bisa terus memilih yang benar.
Kerana hati mu sudah diterangi cahaya yang bernama iman.

Seronok bukan?
Andai segala apa yang kita buat di tika dan masa ini,
membawa ketenangan pada hati yang selalu resah dek dosa.
Hati yang sudah hitam pekat dek dosa yang hina.

Tenang.

Bahagianya andai bisa berasa tenang ketika apa sahaja ujian datang menjengah muka,
setenangnya Bilal yang dihempap batu besar di tengah padang pasir yang panas.

Walaupun ada yang berkata , "Gila!" .

Gembiranya andai bisa terus tenang ketika dikejar musibah yang bertimpa-timpa,
setenangnya Muhammad yang masih bisa menasihati Abu Bakar ketika dikejar musuh dalam peristiwa hijrah.

Walaupun ada yang berasa hairan.

Innallaha ma'ana.
Sesungguhnya Allah bersama kita.

Tenang,
ia hadir pada jiwa yang yakin.
Hanya yakin,
bahawa Tuhan itu ada bersama.

-gjada-
Di suatu sudut bangunan usang,
Universiti Yamanashi.
05.11.12

*******

Ada orang beritahu saya, yang dia macam tak percaya yang kata-kata puitis(kata dia) yang sesekali muncul di status mukabuku, juga blog usang ini, adalah ditulis oleh saya.

Haha.

Maaf, tergelak pulak.

Masih, masih, dan masih cuba bernafas segirangnya.
Doakan lagi.

Friday, 2 November 2012

Berubah

"Saya mahu berubah, saya nak jadi baik, tapi tak tahu cara..."

Luah seorang teman saya.

Saya menatap wajahnya, cuba memandang matanya.

Terasa sayu.

"Dulu saya tak pernah rasa macam ni. Ada je kakak tu ajak saya untuk keluar pergi usrah segala, tapi saya direct je cakap yang saya taknak... "

Saya diam.

"Tapi entah kenapa, sekarang saya rasa yang saya mahukan sesuatu... daripada usrah..."

Belum sempat saya memberi respon, dia terlebih dahulu cakap straight to the point.
Dia mahukan sesuatu... Daripada usrah.

Saya tatap wajahnya lagi.

Telus.

"Kenapa?" Satu soalan pelik yang saya ajukan pada dia.

"Saya mahu berubah... tapi tak tahu cara..." Dia memberitahu.

Okeh saya lupa. Dia dah cakap tadi yang dia mahu berubah.

Berubah.

Nak jadi baik.

Bukan teman saya yang ini sahaja, saya dah berjumpa raaaaamai lagi manusia yang memberitahu perkara yang serupa.

 "Saya nak jadi baik..."

"Saya tak mahu lagi hidup macam ni. Macam kosong je hidup. Siang hari pergi kelas, malam tunggang terbalik study. Still solat, puasa... Tapi macam ada something yang tak cukup." 


"Saya mahu berbuat sesuatu, untuk islam..."





Berubah? Perlahan-lahan pun boleh je. Islam tak pernah paksa untuk kita berubah secara drastik. [Kredit]

Sebagai manusia normal, memang kita akan rasa naaaaaak sangat menjadi orang baik. Walaupun pelbagai pemikiran dan 'hasutan' jahat yang selalunya bermain-main di hati.

"Aku tak layak..."

"Aku tak mampu..."

"Logam? Hmm... aku tak ada apa-apa..."

"Orang lain bolehlah... aku ni, dah memang macam ni... memang dah tak boleh buat apa dah."

Ayat macam lain-lain jenis, tapi intipatinya sama.

Tak percaya diri.

Asyik fikir yang diri tak mampu lah, tak layak lah, tak boleh lah, belum sampai masa lah, apa lah...

Kalau asyik fikir gitu, sampai ke sudah lah tak boleh nak buat apa-apa.

Last sekali, bertepuk tangan lah sekalian syaitan iblis sebab berjaya melalaikan hamba manusia dengan asyik memikirkan kekurangan dan ketidakmampuan diri. Pendek kata, syaitan iblis tu tak perlu pun nak bekerja keras untuk menjatuhkan manusia, sebab manusia tu tak cuba pun nak naik.