Friday, 8 April 2011

Hati.


...hati, jangan dibiar sepi...


Pabila diri dah mula mengimpikan keseronokan melebihi keperluan,
renungilah hati.

Pabila nafsu seakan mengawal keinginan,
tegurlah hati.

Pabila tubuh melengah malas bekerja,
jentiklah hati.

Pabila ibadah wajib dilaksanakan secara ala kadar,
beleklah hati.

Pabila ibadah sunat dilakukan tak seghairah dulu,
tanyalah hati.

Pabila bacaan Al-Quran sudah tak serancak dulu,
ketuklah hati.

Hati itu ibarat raja, 
dipersetujui oleh kebanyakan kita.

Hati itu umpama cermin, 
diakui oleh ramainya kita.

Hati itu mudah berbolak-balik,
disepakati oleh majoriti kita.

***

Hati!!!!

Di mana kamu?

Hadirlah memaknai rasa.

Himmah ini perlukan kamu.
Nafas ini mahukan kamu.

Datanglah memenuhi jiwa.

Lompang dakwah yang sepi tak bisa dibiar.
Kawah tarbiyah yang resah tak rela ditarah.

Wahai hati...
aku perlukan kamu.

Duhai hati...
aku menyeru kamu.

***

Hati.

Hati-hati.

Aku risau kamu yang tiada hati.

5 comments:

mamawana said...

Bila dah kurang ngaji,
kurang solat sunat, kurang bertahajjud
I hate myself
Help me plsss...Ya Rabbi.

syafiqah.rahmat said...

huk :'(

semoga 'hati' ini masih ada deria rasa untuk merasakan kewujudan Ilahi.

jzkk kheir.sangaaaattt puitiss :) <3 it!

may Allah bless :)

...teratai biru... said...

mamawana:

-moga dipermudahkan segalanya. doakan bersama...

syafiqah:

-alhamdulillah. terima kasih. ilham dari Dia. idoooookle puitis manenyeee.. eceh.

mizamulan said...

jija ni amy! himmah tuh ape?

...teratai biru... said...

amyyyy!!! lama x jumpa kamu... himmah=semangat