Thursday 9 February 2012

Baito




Tak sampai seminggu pun lagi, tapi sudah hampir nak tercabut kaki.
Berjam-jam lamanya tercangak sambil tangan laju-laju digerakkan untuk membungkus biskut, men'seal'kan bungkusan biskut, mengangkat kotak biskut. Seriously saya tak sangka yang saya mampu angkat kotak-kotak tersebut yang agak berat (pada saya, ianya berat) berulang kali, ke sana ke mari. Agak teruja. Heh.

Dan...
Amat kagum dengan makcik-makcik tua yang amat bertenaga mengangkat kotak-kotak tersebut, dan amat laju membungkus biskut. Alaaa... saya bukan veteran macam makcik sekalian yang confirm banyak pengalaman.  Agak down bila saya melihat tangan sendiri yang agak terketar-ketar membungkus biskut. Tangan sejuk memutih yang dipaksa bergerak laju-laju. Kebas, tapi digagahkan juga. Tarbiyyah apa yang Allah mahu hantar kepada saya? (=


Dan...
Disebabkan saya ini adalah spesies yang mudah jemu buat kerja yang sama berulang kali, makanya, untuk mengelakkan saya mengamuk kejemuan, jadi, setiap kali saya menyusun biskut-biskut ke dalam plastik, saya akan membayangkan bahawa saya sedang memasukkan butir-butir peluru ke dalam kelongsong peluru, yang mana peluru-peluru tersebut bakal digunakan oleh para mujahid di medan perang. Kompem celik biji mata.Tambah bersemangat letak peluru (sebenarnya biskut) laju-laju apabila paparan video hasil kekejaman Bashar Al-Asaad di Syria, masih jelas bermain di tubir mata. Kalau saya terlambat letak peluru walau sesaat, makanya nanti akan memberi efek kepada para mujahid di medan perang. Kalau saya silap letak peluru, makanya nanti saya akan menyusahkan para mujahid. Begitu bayangan saya. Terpulang kepada kalian mahu menafsir apa.

Ohhh sudah lewat malam. Mahu beransur dahulu, esok perlu keluar awal, supaya Hamzah tak perlu memecut laju. Kasihan Hamzah, beliau tak mampu terlalu memecut, kerana ia mempunyai had 30km/j sahaja. Saya semakin sayangkan Hamzah yang sanggup meredah angin, memecut sehingga 50km/j, sesekali menghampiri 60km/j untuk membuktikan kasihnya pada saya. Lagipun, kalau Hamzah terlalu memecut laju, saya akan kesejukan. Ohhh~




***



      Kata mereka, "orang yang berbaito adalah orang kaya".  Kata saya, " kalau kaya, saya tak berbaito". [kredit]




Segar dari ladang kicau milik peribadi:




1) Bila kita rasa 'sengsara' utk dapatkan sekeping duit, maka kita akan lebih menghargai nilai duit itu. 


2) Bila kita 'nampak' mcm mana duit itu boleh berada di tgn,kita akn lbh rs x sampai hati utk biarkannya mengalir keluar dgn laju.






Ada beberapa tujuan saya berbaito. 
Salah satu nya :


Lebih menghargai nilai Duit.


Terima kasih, sekian.





Tuhan, seandainya aku ikhlas, maka mudahkanlah...





Kosa kata : 

Baito = part time job

No comments: