Thursday 12 April 2012

random #2

Dalam dunia yang dipanggil dakwah dan tarbiyyah ini...

Boleh jumpa di mana-mana.

Senyum sepanjang masa.
Pandangan mata seolah menyinari segala.
Kata-kata manis memujuk jiwa.

Kita tak pernah lupa untuk menjalinkan ukhwah yang amat baik sweet banget dengan adik-adik.
Kita juga pulun sehabis baik untuk berakhlak mulia di hadapan adik-adik.
Kita sudahpun bersedia bergolok gadai demi kemudahan pentarbiyyahan adik-adik.
Kita sentiasa tak kisah untuk 'membenarkan' kesalahan adik-adik, dengan alasan, mereka masih baru, dalam proses pembelajaran lagi.

Tapi...

Dengan sesama akhwat sendiri...

Senyum pun malas.
Lirikan mata seolah menghantar isyarat benci.
Kata-kata umpama menghidupkan sengketa lama.

Bersangka buruk.

Tak mahu membantu akhwat yang kelihatan terhuyung-hayang dalam penyakit futur.
Mengharapkan yang sempurna daripada akhwat, tak boleh salah langsung.
Terlupa barangkali, bahawa akhwat itu juga bersifat manusiawi.

Kata nya, mahu sehidup semati.
Tapi lagaknya seolah boleh kemudi dakwah ini dengan sendiri.

Ohhhhh...
Solat pun sendiri-sendiri.
Patutlah...


noted : Iya post ini agak tergantung. Takpe... biarkan ianya tergantung sebegitu.


***



Dan manusia itu selalu benar menzalimi diri mereka sendiri.
Masih menggeletar dengan bicara Tuhan dalam As-Saff, bait-bait menyentak rasa di ayat 2 dan 3.
Moga diberi kekuatan dan kemudahan.




“Segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. Penghuni neraka lalu bertanya: ‘Bagaimana kalian bisa masuk ke syurga?”. Penghuni syurga menjawab: “Tidaklah kami masuk syurga kecuali dengan apa yang pernah kami pelajari dari kalian.” Mendengar jawapan itu penghuni neraka berkata: “Kami memang mengatakannya namun tidak melaksanakannya.” 
(HR Thabrani)


























2 comments:

925silver said...

i agree with you Thanks to sharing This ...

925silver said...

Thanks to sharing I agree with you...
Indian Silver Jewellery