Wednesday, 4 July 2012

Mari tukar gear

Ramadan.

Kurang lima belas hari lagi.

Taknak jadi orang yang rugi.

Taknak hanya menanti.

Malam seribu bulan.

Ohhh amat bererti.

Dup dap dup dap.

Mari tukar gear.

Yang duk gear satu, ayuh masuk gear dua.

Yang duk gear dua, sila lah ke gear tiga.

Yang duk gear tiga, masuk lah ke gear empat.

Yang duk gear empat, nak masuk gear lima sesiap pun boleh. Lancar gitu.

Yang tak start pun enjin lagi, anda masih belum terlewat.

Better late than never okais~

For sure, kurang separuh purnama lagi, kita sepatutnya sudah mampu merempit laju di bulan ramadan.

Kena ada strategi.   ----- sila klik

Silap percaturan, kang enjin mati tengah jalan.

Ooohh amat rugi.

Bulan penuh barakah.

Ditaburi rahmat menggunung.

Dibanjiri pengampunan meluas.

Dijanjikan pembebasan daripada api neraka.

Kalau bebas daripada neraka, makanya menginjak ke Syurga lah kan?

Wahwah, siapa yang tidak teruja?

\(^^)/





Nah, ayat chenta.

Andaikan umatku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”(Ibnu Khuzaimah)


Nah lagi.

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(mengharap), maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah berlalu. Hadith Sohih Riwayat Bukhari dan Muslim.


***

Dan malam ini, pintu langit dibuka seluas-luasnya.

Langit senja tadi... 
Subhanallah...
(Tak sempat nak snap gambar lelawa... dah try snap, tapi snap sambil berjalan balik rumah, ayun kaki laju-laju sebab dah nak maghrib, jadi gambar tak chantek. So tak dapat nak share kat sini.Uhuk)

2 comments:

mujahidah1413h said...

jom2 tukar gear .. (= tapi macam berat je, )= ni nak kene mujahadah lebih ni ^^

p/s: jazakillahukhairan jaza' tok ingatan sis , barakillahufik,,
<3

mamawana said...

Ya lah kena speed up gear. Kalu biasa sedekah singgit next day kena sedekah lebih, kalu biasa baca satu surah sehari, kena baca lebih surah panjang setiap hari, kalu kurang solat sunat kena tambah gitu... yuk. Kalu nyampah nengok seorg teman yg kaki ngumpat terimalah seadanya, berdoa semoga dia bertaubat dan diberi hidayah. Yuk tambahin amal. Insya allah.