Teruskanlah membaca tanpa prasangka.
Saya pernah menghantar mesej sebegini kepada akhwat-akhwat di Jepun, berkongsi sebuah rasa hati.
***
[Mesej saya]
A : ehh... nape tgn B nmpk mcm bengkak?
B : eh ye ke? xnaklah.. xnak jd mcm tgn gja..
gja : apa salahnya jd mcm tgn gja... (sambil pikirkan tgn sndri yg besor buruk dan mungkin hodoh di mata org lain)
B : xnaklah..
gja : kan seronok jd manusia pilihan Tuhan.. (nada mcm tetiba sebak, n terus pndg bwh, n terus paksa otak pk mende lain)
---
kisah benar.
---
oyasumi...
---
mohon doa.
---
saya makin cuba menghadam, tak mudah untuk menjadi manusia pilihan Tuhan.
---
saje nk share.
---
oyaaasss~~
***
Hati masih bergetar.
Mata terasa berkaca.
Sementara menanti respon mesej daripada akhwat...
Entah kenapa saya amat terasa hati dengan peristiwa itu, sehinggakan update berikut turut dibuat di laman wall LINE, disedut ke laman Instagram, kemudian ditayang di laman mukabuku. Haha. Segala jenis medium mahu diguna.
Saksi sebuah sifat manusiawi yang minta disantuni. |
Tak lama, saya menerima beberapa respon tentang mesej saya itu daripada beberapa akhwat, saya kongsikan di sini beberapa sahaja ya... :
[Respon 1]
Gja...:))
oyasumi..Manusia adelah ujian kpd kte..
Jika Allah memilih kte..
Allah mahukan mahar kesabaran kte..
Dlm Al-Quran Allah ckp tentang sir lebih drpd 33kali..nak Kate..sabar itu tiada noktah..
Syg Gja!
[Respon 2]
Syukur ya Allah kite ade tgn. Ade jari. Ade tapak tgn.
Mari brsyukur gja syg. Dan mari brsyukur dgn adany dugaan sprti itu. Mari brsyukur sbb Allah hantar org2 sperti itu pd gja~~~~~~~~ tiap sesuatu yg Allah buat kt gja kerana trpilih ny gja.. Mcm gja ckp tu kan. Maka, teruslah merasakn diri gja telah trpilih Allah.
Teruslah merasakn kasih syg Allah. Manusia tiada apa.. Setakat kata manusia yg mnyakitkn tu nk buat hati kite sedih!? 22:73 kana ayat psl manusia ni lemah. Even lalat pon xleh nk tngkap. Ce tgk.
No one can make u cry except Allah! No one can have your heart except Allah! No one. Ni kwn egyptian akk ckp kt akk one day ms akk tgh down berat. So rs sgt3 trpukul.
Kami kt sini sume suka gja. Suka tgn gja. Bile sejuk, kami akn panaskn. So dont worry. Dont be sad. Kami brsyukur adany gja. Kami brsyukur ada ny gja yg xbpe sehat. Dgn itu, kami blh doa. Kami blh dekatkn diri pd Nya. Kami juga dpt pahala.
Cntik islam tu.
***
Menggugah jiwa dan memujuk rasa.
Pesanan : Sila baca sekali lagi ayat-ayat yang berhighlight merah.
Apa lagi yang dimahukan selain nasihat yang membawa kita kepada Allah?
Kembalikan segalanya kepada Dia.
Semuanya.
Sepenuhnya.
Ini adalah salah satu sebab, mengapa saya menyukai akhwat.
Mereka selalu mengingatkan antara satu sama lain.
Saling menguatkan.
Mendoakan.
*senyum*
Tuhan sedang mengajarkan sesuatu.
Nota : Antara hak muslim kepada muslim yang lain ialah, memberi nasihat apabila diminta. Sila manfaatkan google untuk maklumat lanjut.
---
Mungkin tajuk tak ada kena-mengena dengan isi post.
Maafkan saya.
---
Notakaki 1: Segala mesej di atas adalah hasil copypaste, tanpa sebarang aksi edit-mengedit (termasuklah segala typo yang ada) malas nak repair demi menjaga keaslian mesej.
Notakaki 2 : Suhu sekitar yang merendah, sedikit menyukarkan pergerakan. Amat tidak berproduk (Baca: less productivity). Bila jemari mengeras, cucuk kerongsang ke tudung susah, nak menaip payah, nak pegang pensel tak lepas, nak tidur pun sedikit sukar. Nak pasang heater memanjang, risau bil melambung.
Notakaki 3 : Bukan nak tarik simpati, tapi nak tolak prasangka. Manusia, nak kena cerita segala, baru boleh angguk kepala.
Notakaki 4 : Kita tak tahu, dan tak pula mahu bertanya. Manusia.
Notakaki 5 : I'm okay. Percayalah.
(';
4 comments:
dan benar bila bersama akhowat. walau yang jauh terasa dekat. Subhanallah.
suka dengan kata2 yang ini "No one can make u cry except Allah! No one can have your heart except Allah! No one"
benarlah. Allah itu segalanya. apa lagi kita mahu kan? pasti bahagia yang lain tetap hadir. Alhamdulillah.
bertabahlah.
dan saya tahu. kenapa saya sayang akhowat " (=
kpd aku-bukan-robot :
fuuhhh.. dik, ini macam stalker dah ni.. byk post yg awk komen first. hehe.. anyway, saya pun bukan robot. heheh..
hahah. stalker ? kih2. saya mmg suka stalk blog akak dan yang lain2. hehhe. :P
saya amat suka baca. sungguh. (=
Akak Jija hadiah Allah bagi saya~~~~ =D
Post a Comment