---
Isu #listen .
Ianya tentang adab.
Juga akhlak.
Dan mentaliti.
---
Bukan yang mengalihkan mikrofon (Tanpa menidakkan ketidaksepatutnya tindakan ini).
Bukan pula yang melontar pendapat di luar masa Q&A.
---
Tapi kepada kita yang memberi gerak balas.
Keyboard warrior?
Olahan video sana-sini.
Foto yang digubah seenaknya.
Page mukabuku yang mencanak tumbuh.
Lalu dijadikan medan untuk bergelak tawa,
tentang kesilapan seorang manusia,
yang berpakejkan sifat tak-pernah-sempurna.
Sukanya menjenakakan manusia.
Sakan pula mempermainkan manusia.
Semua nak dibuat bahan.
---
Ini bukan fenomena rilek-rilek-sudeyh~
Ini bukan aksi enjoy-lah-woi~
---
Hairan.
---
Terhibur barangkali,
apabila ada jenaka semasa.
Kreatif lah kononnya.
---
Lupa barangkali.
Manusia.
Ianya Ahsani Taqwim (rujuk At-Tin 95:4).
Tak pernah layak untuk menjadi jenaka.
---
Hentikan.
Segala jenaka ini dan itu.
---
Malaikat kiri kanan tak pernah alpa.
Setiap tindakan ada sahamnya.
Walau (mungkin) seremeh menekan butang 'like' .
---
Silakan mengisi ruang komen.
Jika perlu.
---
Saya sedia.
---
Nota 1 : Adab adalah hasil daripada kondisi HATI.
Nota 2 : HATI itu, isinya iman.
---
Diserap masuk dari dinding mukabuku milik peribadi.
Untuk tatapan di hari muka.
Dan buat sesiapa yang bertuah.
Moga bermanfaat.
1 comment:
yang kita anggap kecil. takde apa2 tapi itu yang bakal mendakwa! )'= Allah.
astaghfirullahalazim.
p/s: jazakillahu khairan jaza' akak untuk ingatkan btw, upss. terstalk lagi. hehe.
Post a Comment