Wednesday, 24 April 2013

Serba tak kena?

Pabila nasihat datang bertamu,
kita menutup daun pintu.
Mungkin kita yang tak tahu,
bahawa HATI sedang beku,

Solat sekadar sahaja,
Kerap juga lewat masa.
Tanpa rasa.
Tak ubah seperti robot bernyawa.

Tuhan Yang Maha Pengasih.
Itulah Allah.

Dia Yang Maha Kaya.
Punya banyak cara,
untuk memanggil kita.

Kita manusia lemah,
punya fitrah.
Pabila susah,
dan dilanda masalah,
baru teringat yang kita punya Allah.


Akan ada suatu masa,
kita seakan hilang punca.
Serba tak kena.
HATI tiada tenangnya.


Itu tanda,
Dia memanggil hambaNya.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. "
[Al-Baqarah 2 : 186]


---
Moga tetap bertahan,
dan terus kuat.

Walau apa pun yang datang menerpa.
Walau kita seakan tak punya siapa.
Walau dunia seolah membenci kita.

Percayalah,
Dia tetap ada!

---
Kamu, kamu dan kamu.
Tuhan bersama kamu.

Jangan pernah hilang harapan,
kerna kamu masih punya Tuhan.


----

1) Perubahan suasana dan aktiviti harian. Menuntut segala kesabaran.  
2) Sireh bakal pulang ke gagang. Masanya hampir tiba. 

Saturday, 20 April 2013

Diari Training #6 : Jumaat の力!

On the way menuju ke sebuah HINO Plant di Gunma.

Membaca Al-Kahfi di dalam bas.
Kawan (Japanese) lihat mulut saya yang terkumat kamit, lalu bertanya, 

"Awak buat apa? Baca doa?" 

"Aah... saya baca chapter 18 daripada Quran. Kalau baca perabih satu chapter ni hari ni, selama seminggu kita akan dilindungi." 

Saya teruja bercerita, (mata bling-bling gitu~) sambil tangan duk scroll ex-iphone (kini sudah berstatus ipod), menayangkan apps alquran yang ada.

"えええ。。さっすがFriday の力!"
(woowwss hebatnya kuasa Friday!)

balas beliau sambil angguk-angguk tersenyum.



[Gambar ihsan FB]


---




Jom baca Al-Kahfi.
Muka bercahaya, lapan hari lamanya.

(;

Diari Training #5 : Impression

Kelihatan seorang senpai (senior) company yang sedang memberi talk tentang negara-negara luar yang mempunyai company yang sama (global lah senang kata).

Di suatu sudut, kelihatan seorang rakyat Malaysia yang sedang memicit-micit kepalanya, mungkin migrain hadir menyinggah seketika.

Beliau yang berkaca mata, membuka kacamatanya untuk mengurangkan pening.

Disebabkan beliau tidak memakai kacamata, makanya penglihatan menjadi kabur, lantas beliau buat-buat nampak je apa yang sedang tertera di slideshow di hadapan.
(Bagi memudahkan cerita, kita panggil beliau sebagai A)

Senpai menerangkan satu-persatu negara-negara yang terlibat dengan HINO.

Tibalah masanya Malaysia disebut sebagai negara yang mempunyai HINO.

Senpai : Malaysia... haaa... makanan kat sini sedap tau...

Kelihatan A mendongakkan kepalanya, lalu memicingkan telinganya untuk lebih fokus mendengar. Teruja okeh, bila orang sebut tentang Malaysia.

Senpai : Makanan yang sedap di Malaysia... yang paling sedap ialah... yang ada 'pork' .

Senpai bercerita selamba. Teruja benar wajahnya bercerita mengenai makanan sedap.

Beberapa orang teman (Japanese) mengalihkan wajah, memandang A sambil tersengih.

Kawan 1 : Ehhh... awak kan tak makan pork?

Kelihatan A agak terpinga-pinga. Dia sebenarnya kurang fokus bila tak pakai kacamata.
Pantas, A memakai kacamatanya, lalu bertanya kepada kawan 1.

A : Err... senpai ni cakap pork tu ialah makanan paling sedap kat Malaysia?

Kawan 1 : Yes.

A diam.

"Err... setakat ni, ramai je manusia yang puji makanan Malaysia ni sedap hingga menjilat jari, tapi tak makan pork pun. Mungkin senpai ni tak makan yang lagi sedap punya... kehkeh... " monolog A, dalam hati.

Kepalanya berdenyut lagi.



---


Teringin untuk mendengar impession tentang Malaysia seperti rakyat-bersopan-santun , atau sistem-pentadbiran-yang-adil , atau budaya-hormat-menghormati. 

Am i too ambitious?

Diari Training #4 : Nak tumbang

Baru training 2 minggu di Jepun.
Persediaan menjadi syakaijin.
Benar-benar memakan tenaga, masa dan jiwa.

Pagi-pagi, kena terpacak tunggu bas.
Di saat mentari sudah merangkak merentasi horizon senja, 
baru melangkah pulang.
(**Setiap hari dapat melihat keindahan langit senja, terima kasih Allah. Saya memang suka langit senja!)

Memang rasa nak tumbang je.
Jujurnya, penat.

Fizikal, mahupun mental yang penat, 
mungkin bisa dibantu dengan suplemen.

Tapi jiwa yang penat, hanya hubungan yang akrab dengan Tuhan sahaja lah yang bisa melapangkan kesesakan dan kesempitan dada.

Lebih menuntut mujahadah,
untuk konsisten (baca : istiqomah) dalam perihal menjaga amalan sunat,
supaya jiwa bisa terubat.

---
Ada tarbiyah,
dalam segala perkara.

---
最後までガンバレ!

---
Notakaki : Bukan post berkeluh kesah. Ini post bercerita kisah, tentang segalanya punya tarbiyah.

Notakakilagi : Maafkan saya, atas segala keterlewatan merespon segala emel dan mesej yang ada. Maafkan saya. Iya, maafkan saya. Maaf.

---


Cuba bernafas,
semula.

Diari Training #3 : Malaysia yang selamat

Tadi siang, saya bersembang dengan seorang kawan (Japanese) yang pernah datang melawat Malaysia tak lama dahulu.

"Apa tanggapan awak terhadap Malaysia?" tanya saya.

"Malaysia maju melebihi jangkaan saya." jawab dia.

"Hmm, selain tu?" saya tanya lagi, sebab bosan asyik dengar jawapan serupa (orang Jepun ramai yang anggap Malaysia ni tak maju-maju.

"Hmm, Malaysia juga selamat." Jawab dia.

"Haaa?" saya terlopong ala-ala terkejut.

Lalu, saya tercerita kepadanya tentang kes ragut yang tak bertimbang rasa, juga kes curi yang seolah sudah lali di telinga.

"Ehh... ye ke? Haaa betul-betul. Saya dah ingat, waktu saya pergi Malaysia dulu, handphone yang saya letak dalam beg pun hilang." Dia bercerita.

"Alaaa... tu letak dalam beg. Kita tengah bersembang dekat phone ke, tengah bermesej ke, pun ada je dicuri orang. " Saya menambah perisa cerita.

"Err... banyak ke mende gitu berlaku?" dia tanya dengan muka yang ala-ala tak percaya.

"Banyak je," saya jawab spontan, sebelum menelan air liur.

Tak semena-mena, saya jadi diam seribu bahasa.

Saya rasa saya terlalu jujur tadi.

Maaf.


---
Saya jadi konpius,
nak cerita yang baik-baik je ke, atau ....



---

Mengimpikan suasana yang selamat, dan yang menyelamatkan. 
Sebagai perempuan, memang rasa tak selamat bila berjalan di Malaysia.
Saya lebih rasa selamat apabila berjalan di tengah malam, di Jepun.

Diari Training #2 : Goggle Mabuk

Ini adalah goggle yang disimulasi. 
Dapat rasa pengalaman mabuk.



Goggle atas untuk rasa mabuk waktu malam, yang goggle bawah untuk yang waktu siang. 

Saya cuba pakai yang goggle atas...
Fuuuuhhh...
terhuyung hayang terus bila berjalan.
Bila cuba lalui palang yang ada, memang langgar jugak, padahal dah try balance kan badan.

Lepas tanggalkan goggle, still rasa pening2.

---
"Orang Malaysia tak minum arak kan?" Tanya seorang supervisor.

"Idokle gitunya, bukan orang Malaysia, tapi orang islam." Saya jawab selamba.

---
Dapat pengalaman mabuk, tanpa minum arak.

Thanks to the technology!

---


1) Juga dapat pengalaman test-drive lori medium-size. Teruja! kehkeh...

Diari Training #1 : Vegetarian

Latar Masa : Lunch Hour
Latar Tempat : Kantin


Kelihatan saya sedang berbual-bual dengan seorang ahli group, sambil makan mi udon.

Beliau makan Kare-Udon (mi udon berperisa kari), saya makan  Kake-Udon ditambah kitsune (mi udon biasa la senang kata).

Beliau : Ehhhh... boleh pulak awak makan udon. Ingat tak boleh.

Saya : Boleh je.. yang tak boleh tu kalau makan Kare-Udon macam awak.. (Nota : Dalam Kare-Udon, ada ayam )

Beliau : Oh ye? Saya fikir awak tak boleh makan babi je.

Saya : Babi tu memang langsung tak boleh makan. Kalau ayam ke, daging ke, boleh je kalau nak makan, tapi kena special sikit, tak boleh makan sebarang ayam dan daging.

Beliau : Saya dah ingat! Awak kena sembelih dulu ayam tu kan?

Saya : Yezza...

Beliau : Waktu saya internship kat Bangladesh dulu, ada la dengar cerita. Member saya pergi tengok 'upacara' penyembelihan lembu, semasa perayaan Eid Adha. Lepas tu, dia terus jadi vegetarian.

Saya : Vegetarian?

Beliau : Aah. Kasihan kat binatang tu, katanya...

Saya :  ....



---


Nota : Tetiba rasa gedik nak buat diari training. Seperti biasa, saya akan tulis sesuatu yang saya rasa bermanfaat (insyaAllah). Sila selidik dan cari setiap ibrah (manfaat) tersembunyi, dalam setiap cerita.

*senyum*


1) Saya sedang menjalani training sebagai jurutera, di salah sebuah syarikat Jepun. 
2) Bakal pulang berbakti di tanah air, pada awal bulan Julai.
3) Mohon doa.

Sunday, 14 April 2013

Pendidikan Percuma


[Pendidikan Percuma]

Nota awal : Sedangkan nyawa, nikmat islam dan iman yang percuma pun dibuat-tak-kesah je, inikan pula...

--- 

Saya lebih nampak pendidikan percuma ini dapat bantu dari segi ekonomi pelajar SAHAJA. 

Ia memang tak boleh mengubah pelajar malas kepada rajin lagi hebat hanya kerana 'menghargai pendidikan percuma' (memang tak logik pun manusia berubah hanya kerana itu. ) 


Nota 1 : Ini bukan medan-silap-mata, 'TIIING~' tup tup jadi manusia rajin lagi berilmiah.

Kalau bab nak ubah pemikiran pelajar,
untuk fikir lebih matang,
yakni menjadikan pelajar itu menjadi lebih baik dalam bab pendidikan mahupun sahsiah,
yang perlu diusahakan ialah (antaranya) :

Sistem pendidikan di sekolah, bentuk program kokurikulum, jenis drama dan movie di televisyen, program masa lapang dsb. 

Nota 2 : Kita memanglah belajar subjek-subjek di sekolah, tapi percayalah yang kita juga belajar menjadi manusia melalui jenis rancangan televisyen, dan program masa lapang juga (tak keterlaluan kalau saya kata apa yang kita belajar di sekolah, tak digunakan sepenuhnya sewaktu alam bekerja dan berkeluarga).

My point is, persekitaran lah yang membentuk seseorang itu untuk fikir lebih kritis lagi matang, sekaligus meningkatkan jumlah manusia bermanfaat.

Kata Kunci : Bermanfaat

"Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia."
- Mustafa Sadiq ar-Rifai'e -
(seorang Fuqaha')

Kalau belajar tinggi-tinggi pun,
tapi bila bekerja masih fikir nak kaut untung ke dalam tekak dan perut sendiri,
akhlak entah ke mana,
sia-sia je lah.

Kalau belajar tak berapa nak tinggi pun,
tapi bila bekerja, 
dialah dengan penuh amanahnya membuat kerja sendiri bersunguh-sungguh,
sentiasa menyantuni manusia sekeliling dengan baik-baik,
oooh indahnya dunia!

Nota 3 : Belajar tinggi atau tidak, ada sijil atau tidak, itu hanya nilaian manusia. Manusia yang tentukan 'kedudukan dan keberjayaaan' seseorang manusia itu, melalui jenis aliran, jenis sekolah, jumlah sijil dsb. Sadis kan?


Kembali kepada topik asal, saya memandang pendidikan percuma dalam aspek ekonomi sahaja.



Pandangan picisan,
seorang student obesi,
yang dapat belas ihsan kerajaan untuk menerima biasiswa.



Nota akhir : Saya membesar dalam keluarga yang tidak mewah. Hakikatnya, duit biasiswa saya banyak digunakan untuk membantu keluarga di tanah air. 

---
Melihat dunia dari kacamata berbeza.

Thursday, 11 April 2013

Dia #1 : Dadanya sesak

Dia cuba bersabar.
Menahan rasa yang kian membuak di dada.
Kian berombak.

Istighfar,
hanya itu yang mampu dilakukannya.
Tiada siapa yang sudi menadah telinga,
buat mendengar luahan hati yang terpendam lama.

Mujur,
dia masih mempercayai kebesaran,
juga kehadiran Tuhan.

Dia benci perasaan itu.
Setiap kali menelefon ke rumah,
dadanya terasa sesak.
Seakan sempit.
Sakit.

Dia mahu berbakti terhadap kedua orang tuanya.
Mahu menjejak Syurga,
bersama mereka.
Mahu memperoleh keredhaan Tuhan,
melalui keredhaan kedua orang tuanya.
Itu cita-citanya.

Tapi,
dadanya yang terasa sesak setiap kali menelefon ke rumah,
seakan memberi petanda buruk.
Apakah hidupnya tak diredhai?
Begitu 'bahaya' pemikirannya.
Ohhh pasti syaitan sedang bersorak gembira,
dek melihat aksi seorang manusia yang goyah imannya.

---
Tuhan,
pelihara dia.