Thursday, 11 April 2013

Dia #1 : Dadanya sesak

Dia cuba bersabar.
Menahan rasa yang kian membuak di dada.
Kian berombak.

Istighfar,
hanya itu yang mampu dilakukannya.
Tiada siapa yang sudi menadah telinga,
buat mendengar luahan hati yang terpendam lama.

Mujur,
dia masih mempercayai kebesaran,
juga kehadiran Tuhan.

Dia benci perasaan itu.
Setiap kali menelefon ke rumah,
dadanya terasa sesak.
Seakan sempit.
Sakit.

Dia mahu berbakti terhadap kedua orang tuanya.
Mahu menjejak Syurga,
bersama mereka.
Mahu memperoleh keredhaan Tuhan,
melalui keredhaan kedua orang tuanya.
Itu cita-citanya.

Tapi,
dadanya yang terasa sesak setiap kali menelefon ke rumah,
seakan memberi petanda buruk.
Apakah hidupnya tak diredhai?
Begitu 'bahaya' pemikirannya.
Ohhh pasti syaitan sedang bersorak gembira,
dek melihat aksi seorang manusia yang goyah imannya.

---
Tuhan,
pelihara dia.


No comments: