Saturday 5 March 2011

Fail exam? Nasib ah...


Belajar setiap detik, selagi terdaya. [sumberfoto]


Ada seorang manusia, yang saya kenal. Bagi memudahkan penceritaan, kita namakan dia sebagai si A.
Mengikut kronologi normal bagi penuntut ilmu engineering di bumi sakura ini, sepatutnya, si A sudah tamat belajar dan perlu pulang ke tanah air untuk memasuki alam pekerjaan.

Tetapi, ketetapan Sang Pengatur mendahului segalanya. Menurut seorang sumber iaitu si B, si A ini telah gagal untuk lulus dalam satu subjek wajib bagi kursus nya. Menurut sumber ini lagi, si A telah pun mengambil subjek itu sebanyak 2 kali, tapi masih tak lepas juga.
Sebagai konsikuensinya, si A perlu melanjutkan lagi tempoh keberadaannya di bumi sakura ini untuk mengambil lagi sekali subjek ini. Bahasa mudahnya, 'repeat paper'.

Berada lebih lama di oversea?

Itu bukanlah suatu fenomena yang menarik, pabila jawapan konkrit yang ada (jika ditanya), hanyalah

" Aku kena repeat paper, sebab tu tak balik tanah air lagi..."

Walaupun sememangnya jawapan abstrak, seperti

" Ini semua Allah dah plan sejak dulu. Pasti Dia mengatur sesuatu yang lebih baik untuk aku..."

tetap wujud sebagai pengubat hati, ianya pasti merupakan suatu yang sukar untuk dihadapi oleh si penghadapnya. Bak kata orang-orang 'beragama', di situ nilainya mujahadah.



Lulus atau gagal, itu aturan Dia, panjang huraiannya.[sumberfoto]


Baiklah, tentang jawapan abstrak itu, kita letak dalam bab lain. Panjang dan amat mendalam juga untuk diceritakan. Tentang ketentuan Allah, tentang qadar, tentang mujahadah segala tu, pun letak dalam bab lain dulu. Kang kalau cerita jugak, boleh berasap jadinya.

Sila percaya.

Kembali kepada fokus asal catatan ini ditulis, di sini, sebagai entri.

Tentang reaksi kepada jawapan konkrit.

" Aku kena repeat paper, sebab tu tak balik tanah air lagi..."
Baiklah. Itu jawapan normal yang selalunya insan-insan seperti si A akan jawab (jika ditanya).

Saya percaya, ungkapan sebegitu bukanlah suatu yang mudah untuk disebut.

Ketika mengetahui cerita ini daripada si sumber iaitu si B, saya hanya terkedu menelan air liur. Terbayangkan sekiranya saya yang berada di tempat si A.

"Kesiannya..." lafaz itu hanya di hati.

Saya berusaha untuk tidak meluahkannya dalam bentuk kata-kata. Sebagai seorang yang mengaku beriman kepada qadar, saya mahu lebih percayakan jawapan abstrak. Jadi perasaan kasihan tak sepatutnya wujud.

"Mesti dia kuat kan..." terpacul juga ayat itu dari mulut saya. Spontan.

"Nasib ahh..." balas si sumber iaitu si B, sambil disusuli oleh ketawa kecil si B. Reaksi spontan.

Saya terkedu sekali lagi. Kali ini anak mata saya dikecilkan sedikit. Sedikit geram.

NASIB AHH...?

"Apakah perasaan si A jika mendengar ayat si B itu?" tanya saya dalam hati.

"What do you mean?" kata saya, masih dalam hati.

"How can you, how dare you say like that?" kata saya, juga dalam hati.

Entah. Saya secara peribadinya tak berkenan dengan reaksi balas si B. Walau si B langsung tak berniat mentertawakan kegagalan si A. Tak sepatutnya si B menjawab sebegitu, ditambah dengan ketawa kecilnya itu. Agak menyakitkan hati.

Jawapannya seolah-olah merendahkan si A yang gagal. Sepertinya kegagalan si A itu adalah memang patut. Sepertinya si A langsung tak berusaha untuk meluluskan diri dalam subjek itu.

Memandang serong terhadap kegagalan orang lain.


Ini point nya.

Sepanjang bernafas di muka bumi ini, sudah banyak orang yang saya temui, yang punyai sikap (baca : perangai) seperti si B.

Memandang serong terhadap kegagalan orang lain. Selalunya sikap ini dipunyai oleh mereka-mereka yang selalu berasa senang dalam hidup secara amnya, mendapat keputusan yang agak bagus dalam peperiksaan secara khususnya.

Ataukah ini merupakan simptom-simptom virus elitisma?



Virus perasan bagus yang kian menular di kebanyakan kita.[sumberfoto]

Err... faham kah?

Bahasa mudahnya, elitisma ini ialah perasaan rasa esklusif seseorang hasil daripada kehidupan elit lagi selesa bagi dirinya. Perasan baguih orang elit la senang kata.

Bagi sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut mengenai virus elitisma ini, sila manfaatkan abang google. Sila ambil tahu tentang apa yang kita tak tahu, tapi diberitahu.

Ini contoh elitisma.

Nak cerita banyak-banyak kang, takut tak faham.

Saya tak nyatakan yang si B mempunyai simptom elitisma. Perkataan ini hanyalah tanggapan spontan saya, hasil pernerjahan saya di alam maya, tentang sikap (baca : perangai) suka memandang rendah akan orang lain.

Untuk memudahkan penghadaman, fahamkan saja entri ini adalah berkaitan sikap memandang rendah akan kegagalan orang lain.

Saya ada seorang lagi kenalan, si C. Menurut si C, dia selalu mendapat keputusan yang agak baik dalam subjek ehem-ehem, dalam peperiksaan, ketika di sekolah rendah. Katanya lagi, dia tak dapat nak faham, mengapa ramai di antara kawan-kawannya yang lain tidak dapat menguasai subjek ehem-ehem itu. Menurutnya lagi, subjek itu mudah sahaja, jadi sepatutnya semua orang boleh skor lah. Itu katanya.

Saya yang mendengar hanya mengangguk, menghantar respon. Walau hati membentak-bentak tak menyetujui pandangan menariknya itu.

Walaupun saya tidak satu sekolah rendah bersama si C, tetapi saya sentap juga. Apa yang dikatakannya itu seolah-olah memang ditujukan kepada saya. Kerana saya juga amat terkial-kial dalam subjek ehem-ehem itu ketika di sekolah rendah. Bayangkan, sepangjang 6 tahun di sekolah rendah, saya tak pernah mendapat A dalam subjek itu kecuali 2 kali. Sekali ketika peperiksaan trial UPSR, itupun 80%, cukup makan sahaja la orang kata. Sekali lagi ketika peperiksaan UPSR. Untuk itu, alhamdulillah dipermudahkanNya. Saya amat faham kesusahan untuk skor dalam subjek itu, ianya amat sukar.

Sememangnya wujud insan-insan yang tak berapa perlu struggle sangat dalam study, tapi keputusan peperiksaannya elok lagi bagus.

Dan wujud jua insan-insan yang amat struggle study, mengharapkan result yang baik, tetapi masih tak berapa bagus juga keputusan peperiksaannya.


Ilmu hidup tak pernah dibuku. Ianya subjektif. [sumberfoto]


Sewaktu si C menceritakan kepada saya tentang perasaannya yang seolah-olah tak suka dengan orang-orang yang bertanya kepadanya pabila tak faham itu, amat mengguris hati saya.

"Oh, macam ni rupanya perasaan orang-orang yang pandai, bila mengajar kita-kita yang tak tahu..." ngomel saya dalam hati.

Terasa sebenarnya.

Cuba menghadam realiti sikap sesetengah manusia.

Sikap.

Lagi-lagi soal sikap.

Belajar sampai ke menara gading, mencium puncak angkasa, pun tetap ada masalah dengan persepsi terhadap orang-orang yang 'kurang berjaya' daripadanya.

Iya.
Persepsi yang betul terhadap sekeliling takkan dipelajari melalui pembelajaran di sekolah, mahupun kuliah-kuliah di univerisiti.

Sila setuju.

Ianya ada pada pemerhatian dan pembelajaran kita terhadap kehidupan, pada realiti pelbagai jenis tahapan pemikiran manusia.

Allah Maha Kaya, menjadikan manusia ini dengan pelbagai tahapan pemahamannya, tahap kecepatannya 'mendapat' sesuatu melalui pembelajaran dalam kelas, dalam kuliah.

Jadi, banyakkan memerhati, dan belajar daripada kehidupan seharian. Elakkan membuat seseorang berasa 'down' dengan kata-kata kita.

Belajarlah untuk tidak memperlekehkan orang lain.

Hari ini mungkin kita terjulang ke atas, mana tahu esok lusa kita tersungkur ke bawah. Hidup ini umpama roda, kata kebanyakan kita.

Bersyukur.
Sila praktik.

7 comments:

Maira Anjami said...

setuju~^^

Unknown said...

hihihi

senyum sendiri..

atau dalam kata lainnya EGO.

keegoan yang hanya akan tunduk bila hati itu faham tentang hakikat islam. tentang adanya satu kuasa yang PALING besar.

p/s: x semua yg mengajar punya perasaan begitu, masih ad org yg benar2 ikhlas.. :)

KaY 17 said...

Salam..

Amat tertarik dgn entri neh..
Yes, amat tertarik sebab memang faham sangat keadaan neh..

Hidup ini umpama roda, kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah..
Ye idok?
=)

For me, dah rasa kedua2 dah..

Dulu selalu excellent kat sekolah.. Memang kadang2 tak faham kenapa budak2 neh susah sangat nak hadam segala menda yg ada kat depan diorg tuh.. Sebab time tue kita kat atas. Kita rasa superior..

Tapi,

Allah itu maha hebat..maha adil..

DIA kasik peluang untuk aku faham macam mana perasaan budak2 yang dulu aku penah looked down to them..

Sekarang aku plak kat bawah.. Sampai jadik kes si A tuh.. Baru faham macam mana perasaan si A dan pada masa yang sama penah jadik si B dan si C..

Dan amat ramai sebenarnya kawan2 yg perangai macam si B neh.. Depan kita, siap tanya "ko ok ke?", "macam mana study?".. Belakang??? "hah, tu la.. Lecture malas nak pegi", "dulu tak nak study betol2"
and macam2 lagi la..

Tapi..

kadang2, orang yg nak cakap tue kena la evaluate dulu..
sebab tak semua orang fail sebab malas..
ada yg fail sebab sakit..
ada yg fail sebab family..
ada yg fail sebab duit..
ada yg fail sebab memang tak reti bahasa.. asik nak main game saja, study malas.. rasakan la..

mungkin ini ujian dari Allah utk kitorang yg kurang berjaya neh..
mungkin juga ini kifarah dosa..
mungkin juga ini balasan dunia..

Sekadar berkongsi fikiran..
Nak link kat blog leh?
Suka your style of writing..
Like this post so much!!

http://khairisyafiqnan.blogspot.com

Teratai Biru said...

to maira :

-seb baik setuju. kalau tak, mungkin nnt aku wat entri khas utk 'serang balas' . hehe... ^^



to hikari :

-ego tak bertempat. mungkin itu lebih tepat. kehadiran islam yg dibawa Rasulullah tak pernah menidakkan ego melangit si Umar. bahkan, melalui islam, Rasulullah mendidik ego melangit si Umar, supaya ego melangit itu digunakan untuk kemaslahatan islam. byk hasilnya, sbg contoh, penduduk islam mekah berani utk solat secara terang-terangan di hdpn kaabah, slps pengislaman pemilik ego melangit, si Umar. wah, hebat sungguh islam mendidik ego manusia.

menarik juga untuk ditulis perihal ego ini, nntlah kalau diberi kesempatanNya, akan ditulis. terima kasih atas ilham. ^^

p/s : ada, tapi x ramai.



to kay17 :

-agak panjang, boleh buat satu entri nih. nak ckp 'aku-kau' ke, 'saya-awak' ? hehe. terima kasih atas perkongsian fikiran. kalau si A, si B, dan si C membaca komen sedara, menarik gak kan. silakan link, terima kasih.


to all :

-tarik yang baik, tolak yang buruk.

KaY 17 said...

Salam.. =)

thanks for da approval.. dah link kat blog dah.. (komen pun dah jadik entri terbaru kat blog).

Aku-kau ke, saya-awak ke, teman- kome ke, ana-anta/enti ke, semua boleh.. Terpulang la, selesa nak guna apa.. universal.. hehe

Maaf la, my blog tak la sehebat blog neh dalam nak sampaikan buah fikiran tapi this is one of the top blogs that i followed yang banyak buat berfikir..

am said...

tp ade yg x g klas , tido tyme klas dll ..... obviously x de usehe , pastu mintak org ajar ..... org yg dh penat2 dengar dlm klas , penat2 thn ngantok tyme klas biasenye mmg x nk ajr sbb nnt org tu x sedr kesilapan sendiri .... kite x de kuase nk halang dye tido dlm klas , tp kene kasi org2 cm tu sedr gak kdg2 .....

Cik tikah said...

wah, bahasa kak ct sgt superb!