Friday 14 October 2011

Berubah

Berubah.

Mudah ke untuk berubah?

Kebelakangan ini, kehidupan saya dihadirkan dengan manusia yang berubah serta-merta.

Ada yang berubah daripada segi penampilannya, daripada melepaskan berterbangan mahkota di atas kepala, kepada bertudung litup. Penuh sopan, lagi menusuk jiwa saya yang melihat.

Ada juga yang berubah daripada bertudung biasa-biasa kepada yang lebih teduh di pandangan mata. Pakaian juga sudah mula lebar-lebar, labuh lagi menyejuk mata.

Allahu...



Calon bidadari syurga. Yang dalam akan terpancar ke luar, meskipun yang luaran tak melambangkan yang dalaman. [kredit]


Ada juga yang berubah dari segi semangat terhadap dakwah dan tarbiyyah. Ini dapat dilihat jelas pada wajah, tutur kata, juga tindak laku adik-adik yang baru sahaja menjalani program ketika cuti musim panas yang lalu, juga rentetan daripada pelbagai program santai tapi penuh ruhi seperti rehlah di hujung minggu serta penglibatan di Ageo World Fair (sejenis program seperti ekspo yang melibatkan 30++ buah negara yang turut serta) yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Semangat yang menjulang ke angkasa sehingga menggerunkan mata saya yang melihat.

Ada juga yang dahulunya sekadar ikut-ikut orang sahaja berada atas medan ini, kepada keseriusan yang benar-benar serius. Hampir setiap masa yang ada digunakan untuk dakwah. Segala kejadian yang berlaku dalam hidup diterjemahkannya sebagai tarbiyah.

Subhanallah...

Ada lagi. Tak tersenarai di sini.

Berubah.

Segalanya berubah. Terkedip-kedip mata saya menyaksikan semua ini di hadapan mata.

Tak tersangka, teman yang dahulunya ber'huha'-'huha' tak kena masa, kini lantang bersuara di pentas dakwah.

Tak terjangka, adik yang dahulu berwajah innocent asyik ternganga, kini butir bicaranya terkandung hikmah.

Tak termimpi, teman yang dahulu berkeras suara tak mahu menyertai sebarang program tarbiyyah, kini seakan sendu memohon kekuatan untuk turut berlari memecahkan dinding yang dibina sendiri.


(Minta maaf kalian, mungkin saya yang underestimate T______T)

Allahu akbar.

Dia lah yang memegang hati-hati ini. Hati saya juga.

Moga hati-hati ini takkan terpaling lagi ke belakang selepas tersentuh oleh cahaya Ilahi.

Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur berhadapan dengan semua ini.

Kagum dengan jiwa-jiwa terpilih ini, yang mahu berubah kepada yang lebih baik. Graf semangat mereka sedang menjulang naik. (noted : Detakan jantung yang seirama sepanjang masa itu mengundang futur. Awas wahai daie.)

Bersyukur dengan rahmat Allah buat jiwa-jiwa ini. Allah masih sayangkan mereka. Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menghadap secara serius kepadaNya.

Risau dengan perubahan yang tiba-tiba. Sungguh, saya risau. Apabila kita terlalu drastik dalam berubah, tak mustahil hati kta juga akan cepat berpaling kembali kepada diri (baca : jahiliyah) kita yang dahulu.

Iya.
Iman - Yazid wa yankus. Naik dan turun tak kira masa. Iman seseorang boleh naik dan turun sesuka hati. Tak siapa pun yang mahu imannya turun menyembah bumi. Tapi rencana Dia, siapa yang tahu? Sesekali Dia menurunkan graf keimanan kita, untuk memanggil kita yang seakan jauh itu , untuk menghadap kepadaNya.

Saya amat mengharapkan agar jiwa-jiwa yang berubah ini, untuk terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan. Harapan pada diri sendiri juga, untuk terus tsabat atas jalan yang dipilih.

Ada seorang teman yang bercerita kepada saya, perihal dirinya yang mahu berubah. Katanya, dia tak terasa hidupnya terisi selama ini. Terasa kosong. Katanya lagi, dia berasa mahu sekali mengikut jejak langkah teman-teman yang lain yang terlebih dahulu melakukan perubahan dalam merapatkan diri dengan Rabb. (noted : Bukan sedikit orang yang terkejut dengan perubahan teman-teman sendiri. Lebih obvious kepada perempuan, kerana lebih menyerlah dari segi penampilan yang lebih ketara di pandangan mata. Saiz tudung, kelabuhan pakaian etc.)



Berubah? Inilah masanya. [kredit]



Perlahan-lahanlah dalam melakukan perubahan. Itu pesan saya yang tak sebaik mana.

Carilah teman untuk berada di sisi. Itu nasihat saya yang kerdil ini.

Bukan sebarang teman, tapi teman yang kita percaya mampu (baca : mahu) membantu kita dalam kembara kembali kepada Pencipta. Kerana dalam keadaan sebegini, kita akan lebih cenderung untuk terjatuh menyembah bumi. Dalam keadaan sebegini, hati masih berbelah bahagi, kaki masih tak kuat berdiri. Teman yang berada di sisi itulah yang akan membantu kita untuk bangkit kembali andai terjatuh. Si teman itu jugalah yang akan memapah kita untuk terus melangkah menuju Dia.

Percayalah, pada situasi sebegini, kita berkeadaan lemah. Goyah.

Pabila seseorang manusia itu mula serius dalam kembara mencari Tuhan, si syaitan dan kuncu-kuncunya akan benar-benar serius dan lebih bersungguh dalam mengendalikan kita.

Perlu sangat untuk mohon bantuan Allah.

Oh... i really mean it.

Bukan tiada manusia yang saya kenali, yang seakan mahu lari dari medan ini. Tak larat katanya. Sayu.

Bukan sedikit manusia yang saya kenali, yang berpaling daripada cahaya yang sudah di hadapan mata. Sebak.

Mengalir air mata melihat teman yang dahulunya bertudung litup, kini mem'bebas'kan mahkota, seakan bangga (?). Terasa teruknya diri ini, yang tak mampu membantu si teman itu untuk kembali bersungguh menuju Dia. Iya, teman yang baik itu adalah yang mampu berkata benar terhadap kita. Bukannya yang membenarkan segala kata-kata kita. Tak mampunya saya untuk menjadi teman yang baik. (noted : Sehingga saat saya menulis ini, teman itu masih bertudung litup ketika berhadapan dengan saya. Saya hanya pernah melihat foto 'bebas' nya sahaja. Sedangkan di hadapan teman-teman yang lain, si dia telah pun dengan beraninya menayang mahkota di kepala. Tak tahulah mengapa, di mana silapnya. Allahu... mari doakan dia.)


Sungguh, hati manusia itu, Dia yang pegang.

Moga Allah pegang hati kita kuat-kuat.

Moga keinginan kita untuk berubah kepada kebaikan itu, benar-benar direalisasikan kepada perbuatan, juga diiringi doa yang laju menerjah ke langit.

Mari, kita ulang-ulang doa ini :




[kredit]

Maksudnya :


(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi=Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.




Sedihnya andai kita menghentikan larian kita seketika, hanya kerana keletihan di tengah jalan, sedang garisan penamat sudah hampir tiba, cuma tak kelihatan di mata.

Berubah itu bukanlah mudah. Kuncinya adalah mujahadah.

Keletihan bermujahadah berpunca daripada titik mula yang goyah. [Jzkk kepada yang memberitahu ini]




Menuju ke puncak, bukanlah mudah. [kredit]




Sama-sama berlari menuju Dia.

Sama-sama melangkah ke syurga Dia.

Jom???????

No comments: