Friday 20 January 2012

Pintu Hati

Tuhan
Nadi ini berdenyut lagi
Nafas ini dihela lagi
Tapi jiwa seakan mati
Aku seolah tiada Hati


Tuhan
Sekian lama aku seakan buta
Teraba-raba dalam terang cahaya
Ke bumi orang aku langkahkan kaki
Cuba mengenal dunia dari lensa sendiri


Tuhan
Aku melihat dunia yang makin menggila
Seolah rahmat tak lagi mewarnai rasa
Di sana sini umat kecelaruan
Terpekik terlolong memohon bantuan
Yang di bawah terus ditindas
Makin tercungap mencari nafas
Yang di atas makin tiada belas
Barangkali enak berlaku culas


Gila!


Tapi aku tak mampu bersuara
Hanya kaku menonton sketsa dunia
Sedang si zalim ligat bermain dusta
Aku masih sekadar bersahaja


Tuhan
Cita-cita aku kecil sekali
Sekadar berfikir untuk diri sendiri
Hidup mulia tak terlintas di Hati
Mengimpi Syahid jauh sekali


Tuhan
Sedang aku sibuk tercari-cari
ke arah mana yang patut dijejaki
Hati yang kosong semakin sepi
Aku nekad melangkahkan kaki


Lalu Kau Maha Mengerti
Aku terpana tika Kau ketuk pintu Hati
Dan aku seolah sudah menghala ke Syurga
Tapi Kau Maha Menguji
Payah rupanya untuk menapakkan kaki




Terataibiru,
Kampung Tarbiyyah of Zao Liza,
[31 Disember 2011]



----------------------



nota 1 : Puisi (jika layak digelar puisi) ini telah dipersembahkan pada acara penutup Kampung Tarbiyyah World Wide 2011.

nota 2 : Puisi ini adalah tergantung. Saya ambil part intro je. Kesinambungannya diambil alih oleh cik Chah. Jazakillah khair. Tasukatta! (=

nota 3 : Teringat ada part dalam borang muhasabah program yang diedar, ada feedback daripada seorang penduduk kampung yang bunyinya lebih kurang begini ...






"Sebenarnya saya tak berapa suka bila ada orang yang baca sajak sambil baca teks. Tak feel."




Kehkeh~

Chomey je...

Adek sayang... A Samad Said pun baca sajak sambil pegang buku!




 Saya sentiasa respek manusia yang gilakan buku. #iniserius       [kredit]



(=

Ok.

Tata.





Jumaat tiba lagi.
Yeay yeay!!! 
(Maaf maaf maaf. Saya tak dapat mengawal keterujaan menyambut ketibaan Jumaat setiap minggu)




1 comment:

Anonymous said...

adakah dunia ditakdir sedemikian rupa?
atau semua ini tiada kaitan dengan takdir?
manusia apa aku tanpa pancaindera?
bagus sajak nim