Friday 7 December 2012

Keajaiban tanpa logika

Antara masalah orang-orang kita, adalah suka dan kerap mengharapkan keajaiban datang depan muka, tanpa membuat sesuatu yang logik selayaknya manusia normal yang berakal.

Teringat dulu-dulu, waktu tahun pertama di Jepun, saya dan teman-teman satu batch yang perempuan, kami buat satu blog istimewa untuk bercerita tentang tarbiyah dan kongsi cerita sesama kami. Saya ada menulis satu kisah yang agak tidak logik, dan tiada siapa yang mempersoalkan.
Jemput baca kisah itu di sini  : [link] 

 Dalam kisah itu, cuba lihat pada ayat ini :  


bisikan dari langit menjawab persoalan.
fatimah memejamkan mata.
"hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

fatimah masih memejamkan mata.

"kau baca Al-Quran.
yes.
memang kau baca.
TAPI...
ade ke kau ingat Allah sewaktu kau baca ayat2 Al-Quran itu?
kau sekadar baca je.
sebab kau dah jadikan itu rutin kau.
kau x masukkan jiwa kau skali waktu kau baca ayat2 tu.
kau baca Al-Quran.
bagus.
paling kurang kau baca.
kau nak tenang kan?
ingatlah Allah.
bukan sekadar baca.


ego!!!
kau memang ego.
kau ego untuk memasukkan jiwa kau ketika kau baca Al-Quran.
kau baca sebab kau anggap itu rutin.

cis!!!

ingatlah Allah.
baca Al-Quran akan menyucikan hati yg kotor.
kalau kau baca sekadar baca, mmg ayat2 Al-Quran itu akan menyucikan hati kau.
tapi sifat ego kau akan membawa kotoran2 baru pada hati okeh.

sebab tu kau tak tenang.
jiwa kacau.
paham enggak?"


Err...  bisikan dari langit kot... tak pelik ke? Macam dalam cerita Harry Potter pula. Ada suara ghaib yang tiba-tiba muncul bila kita tengah keliru atau dalam kesusahan.

=.='

Tu hanya suatu contoh kepelikan orang yang tak berapa nak logik. (Saya lah tu.) Saya pun tak tahu macam mana saya boleh buat cerita macam tu. Haha. Lawak oh lawak. Ayat-ayat dalam post itu pun nampak sangat ketidakmatangan di situ. Tu cerita zaman kanak-kanak lagi. Malu pula bila baca balik. Tapi tak apalah, boleh jadi bahan kenangan di zaman tua. 

Kita ini manusia. Diturunkan ke dunia, berfitrahkan sifat manusiawi. Apa-apa yang jadi di sekeliling kita pun, terjadi berdasarkan hukum alam (and yes, dengan izin Allah). Kalau kita bakar kertas dengan api, maka kertas akan terbakar. Kalau kita potong buah dengan pisau, maka buah itu akan terpotong. Semestinya semua tu terjadi dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin, kita potongl;ah buah tu dengan pisau terbaik di dunia, ia tetap takkan terpotong. Sila percaya.

Same goes to hidayah, as known as  petunjuk.
Kalau kita tak berusaha untuk cari dan dapatkan hidayah tu, memang kita takkan dapat lah.

Entah... saya tak pernah lagi mendengar cerita tentang orang yang duduk saja diam-diam dalam rumah, kemudian tiba-tiba tup-tup bertukar menjadi seorang yang amat baik dalam ibadah dan hebat dakwahnya. 

Penampilan berubah serta-merta. Cara hidup juga semestinya.

Daripada bertudung berselempang atas daripada dada kepada bertudung litup penuh sopan santun, manis semestinya, 

Daripada seorang yang solat sekadar cukup-cukup, tu pun lewat waktu kepada seorang yang amat mementingkan waktu solat. Solat sunat jangan cerita, kalau terlepas solat subuh pun, dia boleh meraung bagai orang gila dek rasa sesal dan rasa penuh dosa.

Daripada seorang yang hidup seharian tak ubah seperti nihonjin (Japanese), bangun pagi terus lari-lari pergi kelas, study bagai nak rak, malam cukup masa masuklah tidur, esok bangun pagi, meneruskan hidup seperti biasa. Yang membezakan antara dia dan orang nihonjin, hanyalah dia ini solat dan err... penampilan lah yang berbeza... sikit (pakai tudung), kepada seorang yang mula memikirkan tentang tujuan hidup dan berusaha melaksanakan amanah yang sudah diamanahkan. Merasai bersalah yang amat sangat setiap kali menjejakkan kaki ke kelas dek melihat ramainya nihonjin yang masih tak kenal siapa Tuhan mereka. Bimbang sungguh nanti kakinya diheret sekali menjejak ke neraka, atas sebab tiadak bercerita tentang kenikmatan islam kepada mereka.

Atau bahasa mudahnya, berubah menjadi seorang manusia yang amat faham akan tujuan penciptaanya, DAN berusaha menyempurnakannya.

Semua orang yang telah berubah yang telah saya jumpa, kesemua mereka adalah orang yang bukan duduk-duduk saja menanti kehadiran petunjuk Allah.

Mereka CUBA keluar menuju ke majlis ilmu.

Mereka CUBA membaca bahan-bahan berilmiah. (Kalau tak baca buku pun, koman-koman baca blog-blog yang baik isinya.)

Mereka CUBA berkawan dan mengenali orang-orang soleh,

Pokok pangkalnya, mereka cuba berbuat sesuatu untuk mendapatkan petunjuk, sekaligus mendapatkan rasa 'bernilainya hidup ini'.

Kisah Tufail Bin Amru, yang menyumbatkan kapas ke telinga ketika mendengar dakwah Rasulullah  pun adalah orang yang berusaha untuk mengetahui sesuatu. Mula-mula je dia sumbat telinga, kemudian dia buka sumbatan lalu mendengar kehebatan ayat alquran yang dibaca Rasulullah. Sebagai penyair hebat, Tufail dapat mengesan bahwa yang ddibicarakan Rasulullah itu bukanlah syair biasa. Tufail tahu bahawa manusia takkan mampu untukl mencipta ayat ynang sebegitu indah. Akhirnya, dia memeluk islam. 

Kisah Abu Zaar, yang sanggup meninggalkan jualannya untuk pergi mencari seorang manusia yang dipanggil Muhammad, hanya untuk mencari kesahihan berita yang didengarinya. Akhirnya beliau rela dibelasah teruk dek mengakui keislamannya di hadapan penduduk musyrikin.

Kedua mereka berusaha keluar dari pada tempat 'diam' mereka, untuk mencari sesuatu kebenaran.

Kita?

Nak duduk saja, tapi nak jadi baik. Nak goyang kaki dalam rumah, tengok drama, tapi nak masuk Syurga. Err... 

Ada juga sesetengah manusia pelik, yang sudah tahu tentang tujuan penciptaan, tapi tak mahu buat apa-apa. Mungkin berasa selesa, tapi entah sampai bila.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, niscaya diberi petunjuk oleh Tuhan karena keimanannya. Mereka di dalam surga yang penuh kenikmatan, mengalir di bawahnya sungai-sungai.
[Yunus 10:9]

Allah janji dalam al-quran, bahawa Dia memberi petunjuk kepada seseorang kerana iman nya. Bila orang tu beriman, baru Dia bagi petunjuk. Bukannya orang itu diberi petunjuk, kemudian baru dia beriman.

Nak lagi?

Nah...

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-Ankabut 29:69]

Jihad maksudnya bersungguh-sungguh.

Jadi, ayat itu akan jadi begini,

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keridaan) Kami, ...


Kalau kita betul-betul nak rasa hidup penuh kalapangan dada dek merasai kebersamaan Allah dalam setiap masa, maka Allah akan bagi kita rasa lapang itu.

Mintalah.

Mohon pada Allah untuk ditunjukkan jalan yang benar dan sebenar.

Miracle will never happen, unless your heart is opened. Macam mana nak buka hati, kalau kita hidup hanya untuk diri sendiri je. Hati kecil. Tidak berjiwa besar.

Hidayah Allah takkan datang pada hati yang tak dibuka jendelanya.


*senyum*

Kalau kita memang nak rasa yang islam itu indah dan hebat, maka Allah akan bagi kita rasa itu. Dengan syarat, kita yang kena berusaha untuk merasai nya.

Sedangkan untuk makan nasi pun, kita perlu membuka mulut. 
Inikan pula untuk memasukkan hidayah ke dalam hati, lagi lah kena buka hati.

Simple.

Buka hati, lazimi majlis ilmu, rapati orang yang soleh. 

Tiada keajaiban tanpa usaha yang logik.



------------------


1) Saya suka ayat ke-69 daripada surah Al-Ankabut itu. Ayat inilah yang membuka mata saya tentang kehidupan akhirat kita adalah dipengaruhi oleh kehidupan dunia. Ayat ini jugalah yang membuatkan saya 'GILA' lagi 'OBSES' dengan perkataan 'INFINITI. Nak juga bercerita tentang ini, tapi lain kali insyaAllah. Cerita itu akan jadi panjang sekali. Err... nak tahu ke?

2)  Terharu dengan mesej-mesej sebegini :

Elok-elok jaga tangan tu, sejuk-sejuk begini. Asyik bengkak je...
Dan 
I wonder apa jadi dengan jemari u semalam... lambat reply mesej... jari u kan jadi macam mengeras sikit waktu sejuk.

Thank you.
Arigatou.
Tak sangka pula ada orang concern juga dengan jemari saya. Hehe.

Oh ya... jangan risau, saya dah biasa. Kalau nak memikirkan soal ni, memang takleh nak buat kerja. Jadi saya selalu malas nak layan jemari ni. 


3) Seronok juga sesekali ambil gambar jemari yang memutih, kebiruan, dan makin comel-comel sekarang. Buat tatapan anak cucu nanti. 

4) Walaupun tajuk post seolah sedikit lari daripada isinya, moga bermanfaat. Banyak cerita-ceriti yang terbengkalai sebagai draf dan tak kurang juga yang berstatus idea dalam kepala. Uhuk uhuk.

5) Tolong doakan saya.

No comments: