Mana mungkin ia menerima manusia kotor?
Itu tempat yang disimbahi cahaya.
Wajah-wajah penghuninya saja dipenuhi biasan cahaya.
Mana mungkin wujud wajah yang suram bergelap?
Itu tempat yang penuh haruman.
Kewangiannya sungguh memukau.
Mana mungkin tersalah masuk manusia yang hapak?
Itu SYURGA.
Tempat yang ingin dijejak oleh segala manusia.
Yang sibuk mengejar pahala,
mahupun yang enak ditimbuni dosa.
Syurga.
Tidak menerima sebarang kotoran.
Tiada kegelapan.
Bebas bauan hapak.
Yang kotor, gelap dan hapak itu namanya DOSA.
Tuhan Yang Maha Penyayang,
amat mahukan kita untuk menjejak ke Syurga.
Dengan rahmat kasih sayangNya,
disediakan empat terminal buat menghapus dosa,
selama hambaNya itu berada di dunia.
Tapi manusia yang bersifat pelupa,
kerap menafsir apa yang terjadi secara gila.
---
Istimewa buat anda-anda yang tak suka ayat pusing-pusing, tapi masih setia membaca, mari saya mudahkan ayat untuk anda.
*senyum*
Allah menghapuskan dosa kita melalui 4 cara:
1) Taubat
Bila kita bertaubat, maksudnya kita sedang menyucikan diri. Bila dah suci, barulah Syurga akan menerima kita. Simple.
Biasakanlah diri untuk melakukan solat sunat taubat. Kalau dah rasa macam dah banyak doa sakan, solat hajat bagai nak rak, tapi masih tak dapat apa yang dihajati, apa kata anda cuba buat dan lazimi solat taubat?
Bila nak exam, selalunya orang akan buat majlis solat sunat hajat, mungkin lepas ni boleh tukar. Setiap kali nak exam, kita pakat-pakat buat majlis solat sunat taubat.
Gelas yang sedia kotor, kita malas basuh, tapi kita isi dengan air yang sedap. Air yang baru diisi itu tetap takkan sedap, sebab masih ada sisa kotoran dalam gelas tu. Err.. kita pun tak berapa nak minum. Kalau gelas yang tak berbasuh bertahun-tahun, kita pun geli nak minum pakai gelas tu. Rasa basi kot... Make sense.
2) Istighfar
Sebagai manusia normal, kita semua adalah pendosa. Ada dosa yang kita sedar, ada yang kita tak sedar pun ia berstatus dosa. Bahaya! Ada dosa yang kita sengaja buat. Ada dosa yang kita tak sengaja pun, tapi teeeerrrbuat. Kasihan...
Istighfar lah di mana-mana, bila-bila sahaja. Nabi Muhammad SAW pun istighfar paling kurang 100kali sehari, kita ni?
"Barangsiapa yang membiasakan diri istighfar, Allah berikan penyelesaian bagi semua masalahnya."" [HR Abud Dawud]
Chill ... (^^)/
Hanya dengan beristighfar, masalah setel, dosa terhapus, pahala pun dapat.
Allah baik kan?
3) Kebaikan
Kalau rasa berat untuk solat sunat taubat, nak istighfar pun tak berapa rajin, ini dia offer daripada Tuhan yang Kaya-Raya itu untuk kita:
Buat baik. Bermanis muka pun satu kebaikan. Bagi salam pun satu kebaikan. Mendoakan orang lain pun satu kebaikan. Tanya khabar orang lain pun satu kebaikan. Alih duri di jalan pun satu kebaikan. (Hoi !! Duri kottt... macam tak perlu alihkan pun takpe je... kecik kot... tapi itu dikira satu kebaikan.)
"...Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk..."[Hud : 114]
Pemurahnya Tuhan kita...
4) Musibah yang menghapuskan dosa
Memang dasar manusia... Suruh bertaubat, rasa macam tak perlu lagi... Suruh istighfar, asyik lupa... Suruh buat baik, malas...
Maka, ditimpakan musibah kepada manusia, sebagai sesi penghapusan dosa. Allah sedang menyucikan kita dengan musibah. Allah sedang menyediakan kita untuk layak mencium haruman Syurga.
Oh yaaa... Musibah ni ada dua jenis. Ada musibah yang bermaksud 'sesi penghapusan dosa'. Yang lagi satu, membawa maksud 'sesi bala bencana, atau padan muka'.
Macam mana nak kenal pasti status musibah yang kita dapat tu?
Mudah je.
Kalau dengan musibah itu, kita makin mengingati Allah, kita makin dekat dengan Allah, maka itu namanya hadiah daripada Allah untuk kita. Dosa terhapus, insyaAllah.
Kalau dengan musibah itu, kita makin jauh dari Allah, makin bersangka buruk dengan Allah, itulah namanya musibah berstatus bala.
Sekian melaporkan 4 Terminal Penghapusan Dosa, yang telah diadaptasi dari helaian 225 hingga 227 daripada buku hebat 'Hati Sebening Mata Air' , hasil tulisan penuh kebasahan oleh Amru Khalid.
Inilah buku hebat tersebut. Bukan saya punya, pinjam dari cik housemate. Tapi ini gambar milik Google. |
---
Nota-nota :
1) Akhir kata, melangkahlah dengan zikrullah, hiduplah dengan doa.
(';
2) Mencuri masa dengan membaca novel 'Sunan Musafir' karya Ramlee Awang Murshid yang baru dibuka plastiknya beberapa hari yang lalu. Beli dah lama, baru sempat nak baca, Waktu-waktu dilanda huru-hara dengan perihal research, inilah masanya untuk mengada-ngada baca novel beliau. Kaaaannnn... Untuk 50 helaian pertama, ianya sudah menggugah jiwa.
3) Secawan Caffe Latte panas yang sedap telah disediakan oleh akak chantek yang kerja di kaunter kafe dalam perpustakaan kecil di tepi Koufu-eki. Sesiapa yang nak saya belanja Caffe Latte sedap ni, jemput datang ke rumah saya yang di tepi sekolah.
4) Mari saling mendoakan.
1 comment:
Assalam,
Gud Sharing.
Buku itu spt ada dlm diri
yg kelam, resah bergelap
Syurga dan Dosa
Membasuh jiwa neraka
Dgn rahmat dan kasih sayang
Taubat dan istigfar
Sebening mata Air
dan sehening airmata
yg terus mengalir dari lubuk HATI
Post a Comment