[Tamu yang berlalu]
Fitrah.
Ia yang datang,
pasti akan pergi.
Ia yang sakan dirai,
kini keharuan ditangisi.
Ramadhan yang pernah bertamu,
kini sudah pun berlalu.
-gjada-
***
Hari
ini sudah masuk hari ke-25 purnama Ramadan mampir menjengah penduduk Kampung
Biru.
Hari
ini panas terik. Sang Suria yang terpacak di atas kepala, galak memancar
sinarnya, membahangkan udara bumi.
Wira
melangkah perlahan. Hari ini dia berasa begitu letih. Dia tak bangun bersahur
pada pagi tadi. Akibatnya, dia terasa amat lapar pada hari ini.
Walaupun
dia pernah beberapa kali tidak bersahur, tetapi hari ini dirasakannya amat
lemah.
Sesekali
Wira mengelap dahinya yang berpeluh dengan belakang tapak tangannya.
Wira
menghentikan langkah. Dia memutuskan untuk berehat seketika, menghilangkan lelah
di bawah sebatang pohon yang rendang.
Sekilas
lalu, Wira mengerling ke arah langit, cuba mengintai Sang Suria yang terik
membahang.
Terpalit
rasa kagum seketika dengan setianya Sang Suria.
Sang
Suria masih tega membahang udara bumi, walau manusia selalu merungut kepanasan.
Sang
Suria tetap setia memancar terik, biarpun manusia kerap mengeluh tak tahan
dengan kehangatannya.
Terselit
rasa kagum pada kepatuhan Sang Suria pada titah Pemilik Cakerawala, walau
dikecam manusia dek bahang kepanasannya.
Sejenak,
otot mulut Wira naik ke atas, mengguris segaris senyum hambar.
Wira
mengenangkan dirinya yang tak mampu menjadi sepatuh Sang Suria terhadap titah
Pemilik Cakerawala.
Wira
rasa kerdil.
Lantas,
satu keluhan berat dilepaskannya.
Tiba-tiba,
kedengaran suatu bunyi dari balik semak, tidak jauh daripada tempat perteduhan
Wira.
Wira
dilanda hairan. Angin tiada, mengapa pula semak-samun itu bergerak-gerak?
Atas
rasa ingin tahu yang meninggi, Wira cuba mendekati semak-samun itu.
Perlahan,
Wira mengatur langkah.
Makin
dekat Wira menghampiri kawasan semak, makin kuat bau makanan menusuk hidung.
Perut Wira makin berlagu riang.
Rasa
ingin tahu Wira makin memuncak.
Tiba
sahaja di situ, Wira menghendap penuh hati-hati.
Kelihatan
tiga kelibat manusia sedang membuat satu bulatan. Makanan di tengah-tengah.
Kening
Wira terjungkit sedikit.
Wira
cuba mengenalpasti kesemua empunya badan itu.
Matanya
membuntang.
Wira
kenal akan ketiga-tiga manusia itu. Amat kenal.
“Ini
kerja kau orang ya.” Wira berbisik sendiri.
Lantas,
seguris senyum sumbing terukir di bibirnya.
Wira
merancang sesuatu.
Akal
mudanya bekerja nakal.
***
Allahu
Akbar. Allahu Akbar.
Takbir
bergema memenuhi ruang angkasa.
Tiga
puluh hari sudah berlalu.
Purnama
Ramadan pergi meninggalkan penduduk Kampung Biru.
Hari
ini purnama Syawal tiba menggantikan purnama Ramadan.
Pagi
ini, musolla meriah sekali.
Pagi-pagi
lagi, musolla dipenuhi oleh para jemaah. Pak Lebai telah mengimamkan solat
tambahan dua rakaat sempena hari pertama purnama Syawal.
Wira
berasa gembira sepanjang pagi itu. Lama sudah dia menantikan ketibaan purnama
Syawal itu. Baris giginya yang teratur kemas itu asyik terpamer dek sengihnya
yang tak sudah-sudah.
Dari
jauh, Wira melihat satu susuk tubuh yang dikerumuni oleh ramai penduduk Kampung
Biru. Susuk tubuh itu berpakaian kuning. Lambang pakaian diraja.
Kelihatan
sultan sedang bersalaman dengan penduduk Kampung Biru. Wajahnya kelihatan cukup
mesra. Wira senang dengan hal itu.
Selepas
itu, para jemaah musolla bersurai meninggalkan musolla, mula menziarahi rumah
antara satu sama lain. Kata Pak Lebai, saling mengunjungi rumah sesama kita
pada purnama Syawal adalah suatu perbuatan mulia.
Wira
membuang pandang ke arah satu sudut lain, di sebelah musolla. Ada satu tanah
perkuburan di situ.
Di
situ, kelihatan juga beberapa penduduk Kampung Biru yang sedang duduk berteleku
membaca surah Yassin, juga meratib doa buat mereka yang telah pergi mendahului
kita, selangkah ke hadapan dalam perjalanan menemui Pemilik Cakerawala.
Wira
melilaukan matanya meneliti keadaan sekitar tanah perkuburan itu.
Bersih
dan kemas kelihatan.
Ketawanya
pecah serta-merta. Geli hati.
Jenaka
di pagi raya. Kahkahkah…
Tidak
dipedulinya orang ramai yang sedang lalu lalang di situ. Wira terasa lucu
sendiri.
Kenangan
sejak lima hari yang lalu menerpa ke ingatan.
Lima
hari yang lalu, Wira menyaksikan kelibat tiga orang yang sedang membuat satu
bulatan, dengan makanan di tengah, dalam purnama Ramadan.
Wira
telah meninggalkan tempat itu senyap-senyap, dan pergi melaporkan kejadian itu
kepada Pak Kasman, selaku pemimpin warga Tua.
Pak
Kasman menuruti bersama-sama Pak Jaya dan Pak Selamat ke tempat semak-samun itu.
Itupun setelah puas diajak Wira.
Pak
Kasman yang melihat peristiwa curi-curi makan oleh tiga orang warga Muda itu,
telah mengenakan hukuman kepada ketiga-tiga mereka. Ketiga mereka dikenakan
hukuman membersihkan kawasan perkuburan selama lima hari berturut-turut,
bermula daripada hari itu hingga ke hari akhir purnama Ramadan.
Ketawa
Wira pecah lagi. Terbayang di tubir matanya, melihat tiga orang warga Muda,
Kudin, Mamat dan teman rapat mereka iaitu Salim, berpenat lelah membersihkan
kawasan tanah perkuburan itu, di bawah terik Sang Suria.
Wira
berasa bangga kerana ‘berjasa’.
Terketek-ketek
Wira ketawa. Geli hatinya mengenangkan samseng kampungnya terbongkok-bongkok
menebas semak-samun di situ.
“Hoi.”
Satu suara parau datang menyergah telinga Wira.
Kenangan
lima hari lalu yang sedang ‘dinikmatinya’ hilang serta-merta.
Wira
berpaling ke belakang, yakni ke arah datangnya suara parau itu.
Kelihatan
Kudin, Mamat dan Salim sedang berdiri gagah di belakangnya. Masing-masing
kelihatan merah mukanya.
Wira
tergamam tanpa kata. Rasa lucunya tadi hilang entah ke mana.
“Kau
ingat kami tak tahu ke yang ini semua engkau yang punya angkara?” Kudin
bersuara. Nada suaranya meninggi.
“Kau
yang lapor hal kami makan pada purnama Ramadan tempoh hari kan?” Kali ini Salim
pula melontar kata.
Mamat
hanya diam, merenung tajam ke kornea mata Wira. Mahu sahaja diterkamnya Wira
itu.
“Cakap
banyak tak guna, mari aku ajar orang yang suka menyibuk hal orang lain.” Kudin
melaung kata, sambil tangan kanannya diayun pantas menuju muka Wira.
Belum
sempat tangannya menjamu muka Wira, tangannya terlebih dahulu ditepis tangkas
dari sisi kanannya.
Kelihatan
Pak Kasman sedang berdiri tegak di sisinya. Mata Pak Kasman membuntang. Tanda
Pak Kasman sedang marah akan peristiwa yang sedang berlaku di hadapan matanya.
Melihatkan
hal itu, Kudin berundur beberapa tapak ke belakang. Langkahnya dituruti dua
sahabatnya. Menghormati kehadiran Pak Kasman selaku pemimpin warga Tua di situ.
Nyata
didikan semenjak kecil iaitu menghormati warga Tua yang disemat utuh dalam jiwa
mereka, masih menebal.
Pak
Kasman membuang pandang ke arah wajah Wira pula.
“Wira,
cepat minta maaf kepada ketiga mereka.” Pak Kasman bersuara tegas.
“Eh?”
Wira yang ketakukan sebentar tadi kehairanan.
“Bukan
meminta maaf kerana kau yang melaporkan, tetapi kerana kau ketawakan mereka.
Tak sepatutnya kau mentertawakan mereka. “ Seakan mengerti apa yang sedang
bermain di jiwa Wira, Pak Kasman bersuara memberikan penjelasan.
Kemudian,
Pak Kasman memalingkan mukanya ke arah tiga sekawan bergilir-gilir, iaitu Kudin, Mamat dan Salim pula.
“Kalian
juga sama, sila minta maaf kepada Wira.” Nada suara Pak Kasman masih kedengaran
tegas, walau ianya disebut secara mendatar.
“Hah?”
Kudin,
Mamat dan Salim yang baru sahaja mahu tersenyum bangga kerana menyangkakan Pak
Kasman menyebelahi mereka, dilanda kehairanan pula.
“Semua
minta maaf.” Pak Kasman berkata lagi.
“Cepat!”
Kali ini Pak Kasman meninggikan suaranya.
Pantas,
kesemua mereka saling meminta maaf antara satu sama lain.
Hairan,
tapi masih patuh.
Geram,
tapi terpaksa akur.
Pagi
1 Syawal itu, mereka bersalam-salaman dengan penuh rasa dalam dada. Gejolak
jiwa muda tiga sekawan yang mahu menyelesaikan hal mereka dengan Wira
menggunakan tangan dan kaki, terpaksa dilupakan begitu sahaja.
Ini
semua penangan didikan murni semenjak kecil, iaitu menghormati warga Tua.
Biadap itu suatu kehinaan.
Pak
Lebai yang memerhati dari jauh, tersenyum penuh makna.
***
“Bapak,
mengapa ya, Wira itu masih begitu?” Satu suara lembut menerjah gegendang
telinga Pak Lebai.
“Maksud
kau?”
“Wira
masih tak menampakkan kematangannya. Boleh pula dia mentertawakan tiga sekawan
itu.” Laila Sari, anak kepada Pak Lebai bersuara lagi.
Laila
Sari, menyatakan rasa tak puas hatinya tentang telatah Wira.
“Jadi,
apa yang kau mahu Wira lakukan sebenarnya?” Pak Lebai mudah meneka telatah anak
gadisnya yang menaruh hati pada Wira.
“Err…”
Laila Sari seolah kehilangan kata.
“Sepatutnya,
Wira bersikap matang. Dia seharusnya memaknakan purnama Ramadan yang lalu. Dia
tak menghayati kata-kata bapa tentang takwa kepadanya suatu ketika dahulu.”
Bertubi-tubi hujah dikeluarkan oleh Laila Sari. Tak tentu buah bicaranya. Ada
nada goyah dalam suaranya.
“Oh,
nampaknya kau mencuri dengar perbualan antara bapa dengan Wira pada malam itu.”
Laila
Sari tersenyum sumbing. Memang benar dia mencuri dengar perbualan mereka pada
malam itu.
“Anakku
Laila Sari, cukuplah bait-bait kata dari kitab Al-Furqan ini yang menjawab
segala persoalan kau itu. Ianya ada pada baris ke-56, surah Al-Qasas.”
‘Sesungguhnya
kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi
Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki.’
“Sehebat
mana pun seruan kita mengenai ajaran Pemilik Cakerawala ini kepada seseorang,
selagi mana hatinya tidak dipilih olehNya untuk menerima hidayah, yakni untuk
benar-benar memahami ajaran ini, kita takkan mampu berbuat apa-apa.”
“Seperti
kebanyakan warga Muda yang masih diracuni sihir hedonisma itukah bapak?”
“Pemilik
Cakerawala akan memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ajaran ini
dengan sebaiknya, dan akan membiarkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk terus
sesat.” Pak Lebai meneruskan kata-katanya tanpa menjawab soalan anaknya, Laila Sari.
Pak
Lebai jeda seketika. Menelan air liur.
Pandangan
sarat dengan makna tersirat.
Ada
sejuta rasa di sebalik kata-katanya itu.
--TAMAT--
--TAMAT--
.
1720pm
23 Sya’ban
1432H.
Untuk yang belum baca.
Bahagian 1 : http://gjada-iniaku.blogspot.com/2013/05/cerpen-khabar-dari-langit-bahagian-i.html
Bahagian 2 : http://gjada-iniaku.blogspot.com/2013/06/cerpen-khabar-dari-langit-bahagian-2.html
---
1) Sudah seminggu Syawal menjengah muka, baru kini saya dapat post ending cerpen ini. Maaf ya. Tak sempat post sebelum Raya. Hihi.
2) Mencari ruang buat bernafas semula. Doakan ya?
(=
Untuk yang belum baca.
Bahagian 1 : http://gjada-iniaku.blogspot.com/2013/05/cerpen-khabar-dari-langit-bahagian-i.html
Bahagian 2 : http://gjada-iniaku.blogspot.com/2013/06/cerpen-khabar-dari-langit-bahagian-2.html
---
1) Sudah seminggu Syawal menjengah muka, baru kini saya dapat post ending cerpen ini. Maaf ya. Tak sempat post sebelum Raya. Hihi.
2) Mencari ruang buat bernafas semula. Doakan ya?
(=
1 comment:
salam. saya suka ini....
“Sebagai penganut ajaran bawaan Si Utusan Cakerawala, segala arahan yang diberikan perlu dipatuhi tanpa banyak bicara. Kerana kita yakin, Pemilik Cakerawala tahu apa yang terbaik buat kita.”
“Tapi ini bukanlah bermakna kita langsung tak boleh bertanya mahupun mempersoalkan tentang arahan itu, cumanya niat kita perlulah dibetulkan. Maksudnya, ketika kita bertanya, niat kita itu mestilah untuk lebih memahami ajaran Cakerawala, bukannya mahu berdebat semata-mata.”
### mungkin, apa yang Pak Lebai sampaikan bakal jadi asbab buat Wira untuk terbuka hatinya satu masa nanti insyaAllah. Benarlah hidayah itu bukan Pak Lebai yang beri, tapi Allah-lah Pemiliknya yang akan beri hidayah pada siapa dan bila yang dikehendakiNya^^
jazakillah khair kak jijaaa <3 masyaAllah, suka cerpen ini,...
Post a Comment