Wednesday, 14 December 2011

Serah Hati


Kehuru-haraan perilaku diri, ditambah kecelaruan rasa di jiwa, membuatkan hati hilang tenangnya.

Dahi ditunduk sujud ke bumi, helaian quran diselak berkali-kali, dialun syahdu kalimah Ilahi, namun tiada tenang menghampiri hati.

Allahu Allah.

Ada something wrong di situ.

Recheck amal.

Refresh niat.

Rasai lah apa yang sepatutnya kita rasa, wahai jiwa yang mengaku hamba.


***

Anda berkebolehan berbahasa Inggeris?

Nah, terjah aja video ini.

Sebak jangan cerita. 
Allahu Allah...

Menyengat rasa pada minit ke 17:38-18:32 video. Jemput tonton kepada yang teruja.^^







Mengharung jiwa yang menggila, ibarat dihempuk berkali-kali, ditumbuk bertubi-tubi, pada ayat-ayat chenta Dia, pabila menjatuhkan pandang pada mukasurat 67 naskhah al-quran milik peribadi.




[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; 




[137]
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 




[138]
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa


[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 

[140]
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. 



pssstt... jangan tanya kenapa.

***


noted : Terima kasih buat jiwa-jiwa yang mencadangkan video ini kepada saya.

also noted : Saya ada banyak sangat cerita untuk dikongsi bersama, beberapa daripadanya sedang berstatus 'draf terbengkalai' di ruangan draf. Haih~~ Minta maaf blog, saya sedang berusaha. Ayuh doakan saya,

and noted : Makin membuak rasa mahu menerjah ke bumi nusantara, apabila menonton video trailer ini. Waduh-waddduuuuhhhhh.............. XD


Wednesday, 30 November 2011

Our Home Is So Bright Now!






Rumah kami sudah terang.
Bergemerlapan lagi.
Lip lap lip lap.

:D

Terbeliak mata saya menonton video sepanjang 2 minit 15 saat ini.
Penduduk Satio Maligaya, di ceruk bumi Filipina,
yang bergelap dalam rumah sendiri sekian lama,
kini sudah mampu tersenyum juga tersengih riang gumbira
dengan kehadiran botol berisi air pili bertapis (filtered?) yang dicampur cecair peluntur (bleach?) yang ditampal di atas atap rumah.
Saya tak tahu bagaimana filtered water yang bercampur bleach itu berfungsi,
tapi yang pasti,
ianya telah membenarkan cahaya matahari menembusinya, lalu menghantar sedikit sinaran mentari ke dalam rumah penduduk di situ.
Saya rasa macam mahu buat lampu sebegitu di atap rumah sewa sendiri ini.
Alang-alang praktik ilmu kejuruteraan di dipelajari.
Mesti boleh jimat bil elektrik.
(Habislah saya kalau cik hosmet baca ini. hehe..) 

Subhanallah!
Hebatnya pakcik 'Solar Demi' itu.
Hebat lagi Sang Pencipta saya dan kamu.
(noted : Sila tonton video hebat di atas untuk pemahaman lanjut, siapakah 'Solar Demi')

Tiba-tiba saya terbayangkan
bahawa sekiranya di setiap kampung yang bergelap,
hadir lah seorang 'Solar Demi' yang kreatif  'membawa' cahaya,
pastinya tiada lagi kampung yang bergelap kan?

Kemudian,
orang yang belajar cara-cara membuat 'lampu'
daripada Si 'Solar Demi' itu pula pergi menerjah ke perkampungan gelap lain,
untuk 'membawa' cahaya yang sama,
pasti akan lebih banyak sinaran cahaya yang menerangi di seluruh pelusuk buana kan?

Lepas itu,
penduduk kampung gelap yang belajar cara-cara membuat 'lampu' daripada si pembawa 'lampu' yang belajar daripada si 'Solar Demi' tadi,
pergi menjenguk ke serata dunia, pergi menerangi kampung-kampung gelap lain,
pastinya tiada lagi kegelapan di dunia fana ini kan?

Setelah itu,
insan-insan yang sudah tahu membuat lampu daripada pembuat-pembuat lampu sebelum ini,
menambah lagi jumlah lampu yang sedia ada pada tempat yang sudah ada lampu,
pastinya kampung yang terang itu akan lebih terang bersinar lip lap lip lap kan?

***

Kalau dapat menghantar CAHAYA kepada orang lain,
seronok kan?
Lip lap lip lap.
:D


Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



***

Cermin yang berdebu,
takkan dapat memantulkan dengan baik sebarang cahaya yang tersuluh padanya.
Walau seterang mana pun cahaya itu.
Sedangkan cermin yang berkilau lagi berkilat,
akan memantulkan cahaya yang hadir padanya dengan amat baik lagi cantik.


Ingat lagi fizik waktu sekolah menengah dulu?
sudut tuju = sudut pantulan   [kredit]


Hati kita ibarat cermin.
Lalu kebenaran itu ibarat cahaya.

Hati yang berdebu lagi kotor,
takkan dapat menghantar kebenaran yang sampai kepadanya itu kepada orang lain pula.
Mungkin ada lah sikit-sikit kebenaran yang terhantar, tapi tak sepenuhnya laa...
Sedang hati yang bersih tak berdebu,
pastinya dapat memantulkan kembali kebenaran yang hadir, kepada orang lain pula,
tak ubah seperti cahaya yan mula-mula hadir kepadanya.

Andai hati kita berkilat lip lap lip lap,
Seronok kan?


Antara cara untuk mengenal hati sendiri :

1) Solat kita apa ceghita?
2) Lihatlah sejauh mana antara kita dengan Al-Quran.
3) Nilailah refleks badan kita apabila terdengar laungan azan. Terus bangun atau still rilek2...
4) Pandanglah kembali teman-teman yang ada di sisi. Teringat Allah atau tidak ketika memandang wajah mereka?
5) Renunglah seketika reaksi kita ketika bermasalah, mahupun diduga. Setenang mana kita? Seteguh mana pengharapan pada Dia? Sebaik mana sangkaan kita pada Dia?



Andai kita sendiri bergelap gulita,
macam mana lah dapat kita memantulkan cahaya kepada orang lain?


Mari membersihkan hati.

Huuuuuuuuuuuuuuuuu....

T____________T


Noted : Post ini lebih kepada memuhasabah diri sendiri.

Noted lagi : Hari saya bakal meriah pada esok hari, dengan kehadiran rehearsal presentation dan midterm exam. Doakan saya ya... =)









Wednesday, 23 November 2011

Lagi mukabuku


Mukabuku lah penghubung antara aku dan kamu (?)  [kredit]



1) Percaya atau tidak, hanya kerana sesi 'like' menge'like' di mukabuku, ada yang terburuk sangka, ada yang bermasam muka, bermuram durja, tersilap kata. 

2) Sedar atau tidak, hanya kerana post yang dilontar ke dinding mukabuku, berjuta manusia di luar sana yang dapat 'baca' siapa kita.

3) Perasan atau tidak, hanya kerana wujud manusia yang aktif lagi ligat meng'updet' status berbaur islamik, juga rajin share link-link bermanfaat di mukabuku,  wujud juga lah manusia yang ter'kesan' lalu berusaha mencari Tuhan. Iyalah kan, dakwah ini umpama menembak di padang sasar. Tembak aja merata-rata, takdir Allah taala, akan ada jiwa-jiwa yang terkena peluru sesat tadi (bi iznillah). 
.
.
.

noted : Ada orang pernah beritahu saya, beliau akan mengalami sesak dada, pabila window komputer memaparkan laman mukabuku. (Bahasa mudahnya : Sesak dada bila bukak fesbuk.)

Wednesday, 16 November 2011

1, 2, 3, sayang sampai infiniti~

(1)
Hujung minggu itu, kami ada acara cari chenta untuk adek-adek. Sabtu dan ahad. Pagi ahad itu, sebelum acara cari chenta bermula, saya telah diajak keluar dari dewan oleh seorang teman , untuk menyelesaikan sedikit hal seketika. Sekembalinya saya ke dewan, dendangan lagu Thousand Miles bergema memenuh ruang, bersama iringan muzik dari piano yang menggugah jiwa! Mendengarkan bait-bait lirik lagu, membawa fikiran saya melayang-layang menerjah angkasa, membayangkan alangkah bahagianya orang yang menerima dedikasi lagu ini. Melihatkan 2 orang adek daripada bulatan chenta saya yang sedang beraksi di hadapan piano, bersama mikrofon di tangan, membuatkan saya tersenyum. "Waaaah berbakatnya mereka ini, boleh menyumbang kepada islam melalui hiburan yang mendidik jiwa lah ..." begitu lintasan hati saya ketika itu.

Sejujurnya pada ketika itu, saya hanya menganggap mereka sedang membuat persembahan 'percuma' kepada peserta-peserta acara cari chenta yang lain. (Saya memang tahu yang mereka memang berbakat bermain piano). Kemudian, ada seseorang yang berbisik kepada saya, " Ini adalah hadiah birthday gja..."  Saya hanya ketawa kecil menyambut kata-kata itu. (Memang hari itu adalah hari lahir saya). Iyalah kan, memang mula-mula, saya anggap itu hanyalah persembahan 'percuma', sementara menanti slot bermula. Langsung tak menyedari apa-apa 'kelainan' daripada senyum simpul majoriti manusia yang saya jumpa pada pagi itu, sebelum itu. Hinggalah ke bait ayat berikut di akhir lagu :



"If I could fall into the sky
Do you think time would pass me by?
Cus you know I'd walk a thousand miles
If I could just see you
If I could just hold you..."

disambung dengan frasa ini :

"Kak gja..."


Eeeeehhhhhh... tergamam lagi terkesima. Lagu itu untuk saya! Allah... Macam mana boleh tak perasan ni. Aiseh aiseh aiseh... 'Menyesal' pula melangkah ke hadapan dewan ketika mendengar lagu itu. Kalau saya tahu dari awal-awal lagi, pasti kaki saya akan statik tak bergerak di belakang dewan, dek tak tahu nak bagi respon apa. Takdelah tersengih-sengih kat depan bila tahu hal sebenar. Kemudian,  mereka telah meminta segala audiens yang ada,  untuk bersama-sama menyanyikan lagu  'Happy Birthday' buat saya. Allah... Muka dah hampir memerah tak tahu nak buat apa. Butir-butir air jernih ditahan segagah yang mungkin agar tak melimpah dari takungan mata. Bajet macho gitu. Huuuu.... seriously terharu. Langsung tak sangka bahawa lagu yang menggugah jiwa itu benar-benar didedikasi kan buat saya. Congratulations!! Well planned. Ramai juga rupanya manusia yang berkomplot dengan adek-adek bulatan chenta saya itu, untuk persembahan 'percuma' itu. Tahniah kerana kalian benar-benar berjaya menterkejutkan saya (walau lambat sikit daripada apa yang dirancang kalian... heeeeee....minta maaf, lambat pulak nak notice yang lagu itu untuk saya.)




  I
Seperti inilah lagu itu didendangkan bersama iringan piano. Tapi pastinya lebih hebat, kerana ianya didendangkan khas oleh adek-adek bulatan chenta.




(2)
Hujung minggu yang lain, ada acara cari chenta untuk saya dan teman-teman seperjuangan yang lain. Acara cari chenta itu memakan masa selama dua hari. Sabtu dan ahad. Usai daripada acara cari chenta itu, saya bergegas menuju ke rumah salah seorang adek bulatan chenta, untuk sesi membulat chenta bersama adek-adek lain yang sudah setia menunggu. Akibat aral yang melintang, saya terlewat daripada waktu yang dijanjikan. Sesampainya saya di lokasi, terus doa makan dibaca, dan hidangan yang super lazat dijamah bersama. Tak sempat salam pun. Uiiihhh... lapaq betui dah depa ni... Rasa bersalah juga lah kerana telah terlewat tiba, sehinggakan menyebabkan mereka kelaparan menanti saya. Allah... menyesal pula kerana tak pesan kepada mereka supaya makan terlebih dahulu tanpa saya. Sudahlah cuaca yang kian menyejuk sebegini, perut selalu mengada-ngada lapar dengan kekerapan yang amat pantas. Maafkan saya ye adek-adek chenta... T_______T   Kalian 'terseksa'... huuu...

Tak lama, hadir pula seorang teman mereka yang kebetulan datang berziarah ke rumah adek saya itu. Kemudian, tiba-tiba sebuah kotak misteri dikeluarkan daripada peti ais, sambil adek-adek itu berteriak

 "Happy Birthday!!!!!!!"

 Errrrkk...nasib baik tak terputus jantung saya dek terkejut. Lagu 'Allah selamatkan kamu' pun turut dinyanyikan secara riang gembira. Yang si teman adek yang datang berziarah itu pun rupanya turut 'diheret' masuk ke perkomplotan mereka pada malam itu, secara tak sengaja. Sekali lagi butir-butir jernih ditahan segagah mungkin agar tidak mencurah turun menceruni pipi. Allah...

Oh ya... sejambak bunga yang tak diketahui nama juga turut dihadiahkan kepada saya pada malam itu. Ah sudah. Bunga hidup tu...wangi lagi. Nampaknya saya perlu mempraktikkan skill bercucuk tanam, untuk menjaga kebajikan si bunga. Resah gelisah jugalah sikit-sikit. Risau andai nanti bunga itu mati... alangkah sedihnya saya nanti.


Rupa-rupanya adek-adek bulatan chenta saya, telah merancang untuk menyambut hari lahir saya. Dendangan lagu Thousand Miles beriringan piano itu tak cukup rupanya... Dilengkapi lagi oleh kek dan bunga. Mendengar kisah mereka yang struggle membeli bunga dengan menaiki basikal, juga sesi menjaga bunga itu agar terus mekar sehingga tarikh pertemuan bulatan chenta (bunga itu telah dibeli beberapa hari sebelum ianya selamat tiba kepada saya), cukup membuatkan saya terharu tahap petala ke-lapan. Allah...



(3)
Ada lagi... nantilah saya kongsi cerita di lain masa. Mereka banyak membuatkan saya tergamam (baca : terharu). Nanti berjela pula entri ini jadinya... cukuplah saya ceritakan kisah mereka struggle dalam meraikan ulangtahun kelahiran saya.


Terasa sangat yang Allah ini baeeeeeeeek sangat, kerana menghadirkan mereka kepada saya. Di saat manusia lain ramai yang lari dari membulat chenta, mereka hadir menadah jiwa. Allah... moga hak-hak mereka dapat saya tunaikan semoleknya...


1, 2, 3... sayang kalian sampai infiniti, insyaAllah... *tekup muka*

.
.
.


noted : Juga terima kaseh menjulang angkasa buat...


1. Cik 'Sy' yang tabah menyediakan kek coklat yang super sedap sempena birthday saya.


2. Teman-teman se'batch' yang sungguh berusaha dalam menguruskan sesi makan malam kita-kita, sempena sambutan birthday secara pukal. (=


3. Ahli Suffah atas 'kairo berjalan' yang istimewa.


3. Ahli bilik di acara cari chenta yang bersungguh menyorokkan kek coklat saya!  


4. Cik E dan Cik F atas keropok chenta penuh makna.


5. Cik G atas surat chenta yang sekerat tapi menyengat rasa.


6. Cik S atas selimut comel musim sejuk.


7. Cik K atas roti sedap tiada tara.


8. Dan kalian semua yang tak tersenarai di sini. Panjang senarainya nanti. 



Moga Allah menchentai kalian, melebihi yang aku chenta.

Bi iznillah...


Salam memuncak chenta,
saya gja. <3





Friday, 11 November 2011

Status Mukabuku


Khamis. 10 Oktober 2011. Sehari sebelum tarikh chantek 11.11.11.

Usai solat asar, saya menerjah masuk ke laman mukabuku, cuba menjenguk perkhabaran situasi sekeliling.
Terbaca satu status seorang teman yang berbunyi begini :


Saya dah serabut fikir masalah org sekeliling, masalah negara, masalah umat...Terlalu byk masalah sampai saya xmampu nak atasi semuanya....I need your help...me? yes, you...you whom reading my status update...nak tolong apa? Tolong 'share'kan status yg boleh memandu kawan2 Facebook kita kepada Allah di samping doakan diorang dapat hidayah...semoga anda bukan setakat tolong saya tapi tolong kawan2 anda serta dapat ganjaran dari Allah malah dapat melabur saham akhirat....siapa xnak untung atas angin(rujuk link kat page saya)...bila kawan2 kita amalkan, kita akan dapat 'komisen', bila kawan2 kita punya kawan amalkan, kita dapat lagi 'komisen'...dah macam ahli Tupperwear,Cosway (sekadar memetik nama) dah...TAPI3 ni lagi best sebab 'komisen' still masuk walaupun kita mati...keypoint:AMAL & SAMPAIKAN


ini pula video yang di'link'kan :







Walaupun saya telah mem'bold'kan dan me'red'kan beberapa patah perkatan daripada status asal, sebenarnya, perhatian saya lebih tertumpu kepada tiga patah kata pertama daripada status asal tersebut :

"Saya dah serabut..."

Iya. Membaca tiga patah kata pertama itulah yang telah menggerakkan saya untuk membaca status beliau sehingga ke noktah terakhir. Tapi saya tak tekan butang 'like' mahupun meninggalkan komen pada status tersebut. Saya ambil keputusan untuk memerhati, seramai mana yang 'like' status tersebut. Hehe. Takde keje sangat lah saya ni, nak buat perkara sebegitu.

Usai solat maghrib, saya tercatuk di hadapan skrin komputer, menghadap dinding laman mukabuku saya. Pantas, saya menghasilkan dua status 'segera' yang berbaur islamik, tapi bernada santai. Berikut adalah status tersebut:

[status satu]

Sabar.Sabar dengan diri sendiri.Sabar denga kerenah manusia. Sabar dengan kepayahan dugaan.Sabar dalam melakukan kebaikan.Sabar dalam menyeru kepada kebahagiaan.
Sabar adalah kunci bagi segala pintu yang tertutup. ^^

[status dua]

Mahu apa?Minta saja sama Allah...Dia kan Maha Mendengar, lagi Maha Kurnia?Tak payah sebut pun, DIA sudah tau.Baeknyaaaaaaaaaaaaaaa Allah.Tapi Dia lebih suka pada doa2 yang dilafaz, lebih 'romantik' (baca : bersungguh) ...


Tak cukup dengan itu, satu kicauan dilontar ke laman pengicau :

Niatkan segalanya kerana Allah. Pasti segalanya terasa mudah. Walau di mata manusia, kelihatan amat payah.


Tujuannya adalah sebagai bahan eksperimen. Iya. Bahan eksperimen.
Berikut adalah details tentang eksperimen segera itu :
 (Walaupun saya ada report eksperimen yakni assignment yang masih belum terlunas, report tentang eksperimen 'segera' ini lebih menarik minat saya, buat ketika ini. Minta maaf sensei.... T___T saya 'terpaksa' dahulukan report 'segera' yang ini, sebab tak perlu guna kalkulator... heee~ )







-----------------------------[Laporan eksperimen 'segera' bermula]---------------------------

Tujuan :
Melihat sejauh mana kebenaran hipotesis.

Hipotesis :
Ahli mukabuku dan pengicau lebih cenderung untuk mendapatkan 'kekuatan' , 'sokongan' , 'peringatan' , juga ilmu-ilmu berkaitan islam (potongan ayat al-quran, hadis, kata-kata ulama), menerusi STATUS di mukabuku, juga kicauan di pengicau.


Alatan Eksperimen :
Laman mukabuku, laman pengicau.


Langkah-langkah eksperimen :

1) Membuat status di mukabuku, berkicau di pengicau. (Rujuk status dan kicauan di atas)
2) Memerhati samaada status tersebut di'like' atau tidak. Juga memerhati keadaan kicauan yang telah dibuat. (noted : pemerhatian ini telah pun dibuat sejak kali pertama saya mendaftar sebagai ahli mukabuku, dan ahli pengicau, cuma baru sekarang gedik nak buat report segala. ^^)


Keputusan Eksperimen :

Status di mukabuku telah di'like' , dan kicauan di pengicau telah di'retweeted' . (Bahasa mudahnya : mendapat sambutan atau perhatian). Hipotesis diterima.

Kousatsu (Bahasa Melayu nya, apa ya? huuuuuuuu... Bahasa Ingggeris ialah 'study', 'inquiry' ) :

[noted : Kousatsu berikut langsung tiada kaitan dengan mereka-mereka yang telah 'like' status mukabuku saya, mahupun yang me'RT' kicauan saya, selama ini mahupun akan datang. Ini sekadar pendapat peribadi saya, berdasarkan pemerhatian saya, yang lemah lagi hina.]




1) Laman sosial seperti mukabuku dan pengicau mampu menjadi medan mengaut keuntungan sebagai dana di akhirat kelak. (baca : Medan kumpul saham.) (noted : Sila tonton video di atas, bagi pemahaman yang lebih chantek dan baek.)

"Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)." [Al-An'am 6:160]



2)  Laman sosial seperti mukabuku dan pengicau berkebarangkalian untuk menjadi saksi bagi usaha kita menyeru manusia menuju Allah. Orang lain itu terbuka hati atau tidak, itu bukan kerja kita. Serah saja pada Allah. Bukankah kita hanya pemberi peringatan?

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan," [Al-Ghasyiyah 88: 21]

"Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Anfal 8:17]


3) Laman sosial seperti mukabuku dan pengicau berpotesi untuk menjadi medium dakwah. Terutamanya kepada golongan berikut :

a. Jiwa-jiwa yang sentiasa mencari kebaikan.

b. Jiwa-jiwa yang lebih 'hidup' di alam maya. (baca:  acapkali mengadap laman sosial, lebih banyak berinteraksi di alam maya berbanding alam nyata).

c. Jiwa-jiwa yang kurang membaca bahan-bahan ilmu islamik secara direct (al-quran, hadis, buku islamik dll) akibat kekangan masa atau masalah peribadi yang lain.

d. Jiwa-jiwa yang agak liat untuk pergi keluar menyertai majlis ilmu, mungkin kerana kekangan masa, kewangan, emosi, mahupun konflik dalaman mahupun luaran yang hanya diketahui oleh jiwa-jiwa terbabit dan Allah sahaja.



4) We may choose. Mahu memberi, atau menerima, atau kedua-duanya sekali?





-------------------------------------[Laporan tamat]--------------------------------------------


Moga tiada yang tersalah anggap mahupun tersilap faham dengan post kali ini, juga segala apa yang telah (dan bakal) tercatit di dinding mukabuku saya, juga di laman pengicau saya.

Terima kasih kepada teman yang empunya status di atas, saya pinjam status awak (yang saya tulis di awal post) . Takpe kan? Status awak dah 'mendesak' saya untuk menulis post ini. Jazakillah khair, sayang...
Bukan setakat share sesuatu di status mukabuku, saya siap tulis satu post istimewa di belog, rentetan daripada status awak itu lah... Hehe...

Terima kasih kepada penghasil video sugoi di atas. May Allah bless.

Bagi tujuan peghadaman mesej-mesej di sebalik post ini, sila renungkan apa yang tertulis di bahagian kousatsu. Bi iznillah...

.
.
.

noted : Hanya dua status mukabuku saya, dan satu kicauan saya, yang bertujuan eksperimen (as mentioned above). Selainnya, tidak sebegitu. Semoga tiada yang berasa 'wakenabeb' .


noted lagi : Sudah Jumaat. Hari kegemaran saya tiba lagi. Alhamdulillah... Chanteknya tarikh hari ini (11.11.11) Andai ada sesuatu yang istimewa pada hari ini, alangkah seronoknya...(=

noted lagi lagi : Jangan lupa baca al-kahfi.










Friday, 28 October 2011

Sepuluh Minit

Bismillahi arrahman arrahim

0018

Ini cubaan saya untuk menulis secara spontan.

Dalam masa sepuluh minit, sebanyak mana, sekualiti mana yang bakal terhasil.

0019

Hidup ini luas sangat. Tapi manusia suka benar menyempitkannya, mengikut perspektif dunia. Ianya fana.

0020

Andai nanti tiada syurga mahupun neraka, apakah usaha dakwah dan tarbiyyah ini, masih tetap diteruskan, semata-mata demi CINTA kita kepada Dia?

0021

Sulit benar kehidupan ini. Sulit lagi penghadaman terhadap nilai sketsa-sketsa di pentas dunia.

0022

Oh... mata saya asyik-asyik duk mengerling kepada jam di desktop. Macam huru-hara nak menulihnya. Haih~

0023

Mana taknya, tiap seminit, duk jeling kat jam tu. Masa bergerak pantas. Makin terasa. Oh, ianya pergi jauh meninggalkan kita.

0024

Masa makin bergerak. Ada kurang lebih 4 minit lagi untuk menggenapkan ke minit yang ke-sepuluh.

0025

Makin hampir kepada minit itu. Mungkinkah ini ayat terakhir saya di sini? Tulisan yang bakal mempersoalkan saya di akhirat Sana. Oh... setiap tulisan kita pasti akan dipertanggungjawabkan.

0026

Lagi dua minit. Tiada sebarang edit-mengedit pada isi. Cuma pada typo yang terwujud sahaja.
Andai ini yang terakhir, moga adalah hitungan yang penuh keuntungan.

0027

Lagi seminit. Saya sayang pembaca tulisan saya. Tak kira siapa kalian. Pembaca di mukabuku, laman kicau, laman belog.

0028

Ok bai.
Salam.
Moga Allah chenta sama kalian.
.
.
.

noted : Post di atas ini telah ditulis dalam masa sepuluh minit. Tolong percaya. Okeh tipu. Boleh lah kira plus minus sepuluh minit. Hoh~ Sengaja mahu test tulisan sendiri. Merapu-rapu. Aiseh. Masa kian berlalu. 


noted lagi : Sudah jam 0030. Oh, sudah hari jumaat. Selamat datang hari kegemaran saya. Saya akan bergembira dengan kehadiran hari jumaat. 


noted lagi lagi : Jangan lupa al-kahfi.


Saturday, 22 October 2011

Jiwa Luruh



Rasa itu seakan kabur. Dedaunan keemasan itu mengering akur. Ia luruh melayangkan syukur, semoga. 



Aku 
merindui 
kita 
yang 
dahulu

Mungkinkah
masa
yang 
menjarakkan?

Atau
khilaf
sebagai
manusia
berperasaan?

Walau
apapun
alasannya
moga 
rasa
itu
akan
kembali
menyapa

Walau
seketika
cuma


-gja-
0135am
20111022
raudhatusssyakirin


#ireallymeanit

Wednesday, 19 October 2011

You put your arms around me

 


Nah.

Buat sesiapa yang sentiasa menghulurkan tangannya buat saya.

Lagu ini untuk kamu, kamu, dan kamu.

Iya.

Kalian lah.


.
.
.

Saya juga mahu sentiasa menghulurkan tangan buat sesiapa yang memerlukan huluran tangan saya.

Walau sesukar mana pun ia.

Huluran tangan saya pernah ditepis, ditolak, diabai.

Mungkin tangan saya masih tak cukup kuat barangkali.

T___T

.
.
.
Doakan agar saya takkan pernah berhenti daripada berusaha untuk menghulur tangan buat kalian.

Doakan juga agar saya takkan pernah berhenti daripada menyambut huluran tangan kalian.
.
.
.



Terima kasih kepada seorang teman yang mendedikasikan lagu ini kepada saya.


Sebenarnya saya yang perlu melakukan sebegitu.


#samasamakesyurga
 

Ke hadapan pengunjung dari Mesir

Salam wbt...

Ke hadapan pengunjung dari Mesir...
Moga dalam lindungan Allah hendaknya...

Kebelakangan ini, 
kerap benar bendera Mesir itu berkibar di ruangan feedjit saya tu. 

Teringin nak tahu, siapa kamu ?

Kamu tahu, saya amaaaaaat kepingin mahu menerjah ke bumi kinanah itu, 
 jadi, 
bendera Mesir yang berkibar di ruangan feedjit itu memang benar-benar menarik perhatian saya.

Ooooohhh~~~

Kamu tahu, awal tahun 2011 yang lalu, saya sudah pun punya rencana untuk ke sana.
Siap beli tiket segala.

Angan-angan memandang langit dari puncak Gunung Sinai usah dicerita.
Sampai termimpi-mimpi saya dibuatnya.

Mahu sekali saya menapaki bumi Si Musa dan Si Yusuf itu.

Teringin juga menyentuh air dari Laut Mediterranean.
Air yang juga menghantar ombak ke pantai di Palestin sana.
Ianya Gaza.

Tapi rencana Dia mengatasi segala.
Mesir berrevolusi menghantar impak dunia.

Segala rencana saya hanya tinggal rencana.
Saya terpaksa dalam rela.
Membatal hasrat untuk ke sana.
Pembatalan tiket terjadi akhirnya 

Tiada lagi rezeki untuk ke sana.
Mungkin di lain masa.
Dengan izin Dia, pastinya.


Kepada kamu  si pengunjung dari Mesir,
siapa kamu?

Tapi kalau tak mahu memunculkan diri, 
pun tak mengapalah... 

Nak wat guane kan...


Kepada pengunjung dari Mesir,
Kepada pengunjung yang bukan dari Mesir ,
iya kamu.
Doakanlah saya dapat menjejak kaki ke bumi itu, 
walau sedetik cuma.



#iniserius


.
.
.

Wahwah. Tetiba jadi warkah berlagu pilu. Kihkih~

Ataukah... feedjit saya tu tak berapa betul? 
Ataukah... feedjit saya itu pening-pening?

Tuesday, 18 October 2011

Rindu pada yang tak pernah ketemu






Law Kaana Bainana.

Peminat setia tv Al-Hijrah pasti tahu tentang rancangan ini.

Video-video berkaitan sudah lama di'upload' hebat di tiubkamu.

Bukan sedikit yang share mengenai rancangan, juga video nya, di laman mukabuku.

Yang tak pernah tahu, atau ala-ala lupa, sila lah terjah pergi menjejaki.

Selawat dan salam ke atas baginda.
.
.
.
noted : Rasulullah SAW merindui manusia-manusia (baca : kita), yang tak pernah dijumpainya, beribu tahun dahulu lagi.


.
.
.
#takpernahkutatapwajahmu

Monday, 17 October 2011

Terima kasih si pakcik eki


Pagi ini cuaca cerah. Secerah mentari pagi ini, saya berharap agar mood saya akan sebagus yang mungkin untuk melalui hari. Semalam, saya tiba di rumah ketika mentari sudah pun bersembunyi, lalu membiarkan sang rembulan keluar menampakkan diri. Biarpun sang rembulan itu cuma meminjam cahaya si mentari, namun si mentari masih bisa memberi ruang kepada sang rembulan untuk berbangga diri merasa dipuji, di malam hari.

Semalam, saya tiba di rumah dalam keadaan kepala berdenyut-denyut. Dahi berkerut menahan sakit. Saya sebenarnya baru sahaja pulang daripada berkaseh-sayang sesama chenta hati di satu ceruk tanah radiasi ini. Niat untuk menziarahi seorang teman yang kurang sihat, hingga menyebabkannya tidak mampu untuk menyertai kami berkaseh-sayang, terpaksa dibatalkan sahaja memandangkan kesakitan di kepala saya masih terasa menyucuk-nyucuk, walau sudah memakan ubat istimewa daripada incik doktor. Kifarah dosa mungkin. T____T

Teringat peristiwa di eki (stesen tren?) Hachioji. Di Jepun ini, untuk bergerak ke suatu tempat dengan tren, adalah mustahil untuk kita hanya menaiki sebuah tren semata-mata. Paling kurang kena tukar tren sebanyak sekali. Lagi murah bayaran tambang yang dimahukan, lagi banyak kena berlari tukar-tukar tren, selalunyalah. Di eki Hachioji, saya menanti ketibaan tren yang akan membawa saya pulang ke kampung halaman di tanah Yamanashi. Di eki, akibat tak tertahan kesakitan yang bermaharajalela, saya duduk memeluk lutut di atas tangga eki, sambil menundukkan kepala rapat ke lutut (alaaa... macam gaya orang baru putus chenta laaa...) Boleh bayang ke?  Orang ramai yang berpusu-pusu keluar masuk tren, berlarian naik turun tangga, diabaikan sahaja. Bukan tidak sedar ada mata yang memandang, bukan tidak terasa bersalah menyempitkan ruang di tangga, tapi kesakitan yang menggila mengatasi segala. Huuuu.... T_____T    Astaghfirullah...



Beginilah lebih kurang sibuk suasananya di kebanyakan eki di Jepang. [kredit]




Tak lama saya di situ, seorang pakcik eki (baca : petugas eki) datang menyapa. Mulanya saya menyangka bahawa saya akan dihalau pergi ditegur kerana mengganggu lalulintas di tangga itu. (noted : Hachioji adalah sebuah eki yang agak besar dan boleh dikira sibuk. Errr.... di Jepun ni, eki kecik pun selalu sesak je dengan manusia. hailarr...)

"Okyakusama (baca : cik customer), kamu ni tak sihat kah?" tanya si pakcik eki dengan wajah penuh risau.
(noted : okyakusama dikira sebagai  panggilan yang super tinggi lagi penuh hormat kepada seseorang)

"Eh? " Saya mempamerkan riak wajah terkejut.

"Kamu nak duduk di kerusi kah? Mari saya bantu kamu cari kerusi." Pakcik eki terus bertanyakan sama ada saya perlukan bantuan daripadanya ataupun tidak.

Langsung tak menyuarakan soal saya duduk di tempat yang tak sepatutnya hingga menggangu laluan orang ramai. (noted : Di Jepun, tak ada fenomena orang duduk lepak-lepak bersidai di tangga awam, seperti di tanah tumpah darah kita, Malaysia.)

Saya masih menayangkan wajah tergamam (baca :hairan).

"Tadi ada manusia yang beritahu pakcik, ada seorang manusia yang sedang duduk memeluk lutut di tangga, seakan dalam kesakitan yang amat. Dia risau. Jadi, dia minta pakcik datang tengok dan memberi bantuan sekiranya perlu." Panjang lebar si pakcik eki memberi penerangan kepada saya yang masih terkesima.

"Oooh... Eh takpe-takpe. Tren saya dah nak sampai dah ni pakcik. Sekejaaaaap je lagi." Saya mula bersuara normal.

"Tapi kalau kamu nak duduk di kerusi, marilah pakcik bawak kamu pergi ke kerusi. Di sebelah sana ada kerusi, di sebelah sinun pun ada kerusi. Kamu mahu kerusi yang mana?" Si pakcik eki terus menawarkan bantuan.

"Takpe... tren saya dah nak sampai (lebih kurang 15 minit lagi). " Kata saya sambil memberitahu jam berapa tren saya itu akan tiba.

"Ooo... haa okey-okey. Kalau begitu, tak mengapalah. Pakcik faham. Tapi kalau kamu nak duduk di kerusi,  pakcik boleh tolong kamu tau." Pakcik itu terus mengulangi ayat menawarkan bantuan kepada saya.

"Baiklah pakcik. Tapi saya duduk tunggu di sini sahajalah ye. Terima kasih pakcik. " Kata saya, cuba meyakinkan si pakcik bahawa saya benar-benar tak perlukan kerusi pada ketika itu. Tangga itu sudah mencukupi.

"Okey. Duduklah baik-baik di sini. Tren kamu dah nak sampai kan?" Tanya si pakcik.

"Aah dah nak sampai. Terima kasih pakcik." Jawab saya sambil cuba untuk tersenyum.

"Okey" Si pakcik mengalah.

Pakcik itu kemudiannya berlalu pergi meninggalkan saya, sambil bercakap sesuatu terhadap mikrofon di kolar baju (alaaa macam earfon wif mic yang biasa laa... yang kita selalu guna waktu drive ke, ape ke... handsfree gitu) sambil memandang ke arah saya. Mungkin sedang meng'updet' kejadian perbualannya dengan saya sebelum itu. Mungkin juga sedang memberitahu rakan setugasnya bahawa saya berada dalam keadaan yang bagus, takdelah sakit sangat sehingga perlukan bantuan nya. Kot lah...~

T___T

Tak terkata.

Saya sebenarnya waktu itu dah rasa bersalah sangat sebab salah sangka dengan kehadiran pakcik itu. Buruk sangka pulak tu. Si pakcik tak menyebut langsung perihal ketidakbolehan duduk di tangga, hingga mengganggu kelancaran laluan awam. Siap nak tolong lagi tu... Berulang kali si pakcik menawarkan bantuan.

Huuuuuuuuuuuuuuuuu... T____T

Terasa yang Allah nak tegur saya.

Terasa yang Allah nak ajar saya.

Bersangka baik.  Si pakcik tak marah pun saya. Kalau difikirkan dengan logik akal seorang manusia biasa, si pakcik itu boleh je nak marahkan saya yang duduk merata. Si pakcik ada kuasa dan hak untuk menegur kesalahan saya di eki itu. Tapi langsung tak marahnya.  Walau apa situasinya, sentiasalah bersangka baik dengan sesiapa pun. Pengajaran pertama.

Yang diulang-ulang hanyalah pertanyaan sama ada saya memerlukan bantuan ataupun tidak. Berkali-kali si pakcik menawarkan bantuan kepada saya yang sedang mengganggu kelancaran laluan awam. T__T Kita perlu menawarkan bantuan kita dengan penuh kesungguhan. Pengajaran kedua.

Walau apa situasinya, manusia lain adalah lebih utama berbanding diri kita. Saya tak sepatutnya duduk tersadai di tangga, hingga mengganggu kelancaran laluan orang ramai yang berlarian turun naik tangga itu. Mungkin saya telah menyukarkan pergerakan manusia lain yang sedang mengejar masa. Kalau tidak, masakan ramai sungguh manusia yang berlarian turun naik tangga itu. Iya, merea mengejar masa. Kalau nak duduk sangat, duduk aje lah di atas lantai yang ada, bukan di tempat laluan awam. Terasa saya mementingkan diri. Kita perlu sentiasa itsar (mengutamakan orang lain), walau bagaimanapun keadaan kita. Pengajaran ketiga.

Ada insan terpilih yang memberitahu si pakcik eki, yang saya kesakitan di tangga eki. Pakcik eki lantas diminta untuk pergi menjenguk kondisi saya sekiranya perlukan bantuan. Concern lah dengan keadaan orang lain. Kalau kita tak mampu, mintalah tolong orang lain pula untuk membantu orang yang kita mahu bantu itu. Pengajaran keempat.


Zaaaaaaaaaaaaaaaaassssss.

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssss.

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssss.


T___________T


Allah ni baeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek sangat.


Allah selalu menzahirkan CintaNya buat kita, dengan cara Dia. [kredit]


Allah telah menghantar si pakcik eki, untuk menegur dan mengajar saya tentang empat perkara tadi.


May Allah bless you, wahai si pakcik eki.
.
.
.

Tarbiyyah di mana-mana. Bergantung pada cara kita melihatnya. [Kredit]



#tarbiyyahdisetiaphelanafas


Itu kamu


Kamu lah yang telah memberitahuku tentang nikmat  syurga, suatu ketika dulu.  [kredit]


“Segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. Penghuni neraka lalu bertanya: ‘Bagaimana kalian bisa masuk ke syurga?”. Penghuni syurga menjawab: “Tidaklah kami masuk syurga kecuali dengan apa yang pernah kami pelajari dari kalian.” Mendengar jawapan itu penghuni neraka berkata: “Kami memang mengatakannya namun tidak melaksanakannya.” (HR Thabrani)
.
.
.
Okeh.

Moh kita capai tafsir Al-Quran,
tadabbur surah As-Saff 61: 2~3.

T________________T

Astaghfirullah al-azim.




noted : Baru try wajah baru blogspot. Amat koooooool~

Friday, 14 October 2011

Berubah

Berubah.

Mudah ke untuk berubah?

Kebelakangan ini, kehidupan saya dihadirkan dengan manusia yang berubah serta-merta.

Ada yang berubah daripada segi penampilannya, daripada melepaskan berterbangan mahkota di atas kepala, kepada bertudung litup. Penuh sopan, lagi menusuk jiwa saya yang melihat.

Ada juga yang berubah daripada bertudung biasa-biasa kepada yang lebih teduh di pandangan mata. Pakaian juga sudah mula lebar-lebar, labuh lagi menyejuk mata.

Allahu...



Calon bidadari syurga. Yang dalam akan terpancar ke luar, meskipun yang luaran tak melambangkan yang dalaman. [kredit]


Ada juga yang berubah dari segi semangat terhadap dakwah dan tarbiyyah. Ini dapat dilihat jelas pada wajah, tutur kata, juga tindak laku adik-adik yang baru sahaja menjalani program ketika cuti musim panas yang lalu, juga rentetan daripada pelbagai program santai tapi penuh ruhi seperti rehlah di hujung minggu serta penglibatan di Ageo World Fair (sejenis program seperti ekspo yang melibatkan 30++ buah negara yang turut serta) yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Semangat yang menjulang ke angkasa sehingga menggerunkan mata saya yang melihat.

Ada juga yang dahulunya sekadar ikut-ikut orang sahaja berada atas medan ini, kepada keseriusan yang benar-benar serius. Hampir setiap masa yang ada digunakan untuk dakwah. Segala kejadian yang berlaku dalam hidup diterjemahkannya sebagai tarbiyah.

Subhanallah...

Ada lagi. Tak tersenarai di sini.

Berubah.

Segalanya berubah. Terkedip-kedip mata saya menyaksikan semua ini di hadapan mata.

Tak tersangka, teman yang dahulunya ber'huha'-'huha' tak kena masa, kini lantang bersuara di pentas dakwah.

Tak terjangka, adik yang dahulu berwajah innocent asyik ternganga, kini butir bicaranya terkandung hikmah.

Tak termimpi, teman yang dahulu berkeras suara tak mahu menyertai sebarang program tarbiyyah, kini seakan sendu memohon kekuatan untuk turut berlari memecahkan dinding yang dibina sendiri.


(Minta maaf kalian, mungkin saya yang underestimate T______T)

Allahu akbar.

Dia lah yang memegang hati-hati ini. Hati saya juga.

Moga hati-hati ini takkan terpaling lagi ke belakang selepas tersentuh oleh cahaya Ilahi.

Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur berhadapan dengan semua ini.

Kagum dengan jiwa-jiwa terpilih ini, yang mahu berubah kepada yang lebih baik. Graf semangat mereka sedang menjulang naik. (noted : Detakan jantung yang seirama sepanjang masa itu mengundang futur. Awas wahai daie.)

Bersyukur dengan rahmat Allah buat jiwa-jiwa ini. Allah masih sayangkan mereka. Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menghadap secara serius kepadaNya.

Risau dengan perubahan yang tiba-tiba. Sungguh, saya risau. Apabila kita terlalu drastik dalam berubah, tak mustahil hati kta juga akan cepat berpaling kembali kepada diri (baca : jahiliyah) kita yang dahulu.

Iya.
Iman - Yazid wa yankus. Naik dan turun tak kira masa. Iman seseorang boleh naik dan turun sesuka hati. Tak siapa pun yang mahu imannya turun menyembah bumi. Tapi rencana Dia, siapa yang tahu? Sesekali Dia menurunkan graf keimanan kita, untuk memanggil kita yang seakan jauh itu , untuk menghadap kepadaNya.

Saya amat mengharapkan agar jiwa-jiwa yang berubah ini, untuk terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan. Harapan pada diri sendiri juga, untuk terus tsabat atas jalan yang dipilih.

Ada seorang teman yang bercerita kepada saya, perihal dirinya yang mahu berubah. Katanya, dia tak terasa hidupnya terisi selama ini. Terasa kosong. Katanya lagi, dia berasa mahu sekali mengikut jejak langkah teman-teman yang lain yang terlebih dahulu melakukan perubahan dalam merapatkan diri dengan Rabb. (noted : Bukan sedikit orang yang terkejut dengan perubahan teman-teman sendiri. Lebih obvious kepada perempuan, kerana lebih menyerlah dari segi penampilan yang lebih ketara di pandangan mata. Saiz tudung, kelabuhan pakaian etc.)



Berubah? Inilah masanya. [kredit]



Perlahan-lahanlah dalam melakukan perubahan. Itu pesan saya yang tak sebaik mana.

Carilah teman untuk berada di sisi. Itu nasihat saya yang kerdil ini.

Bukan sebarang teman, tapi teman yang kita percaya mampu (baca : mahu) membantu kita dalam kembara kembali kepada Pencipta. Kerana dalam keadaan sebegini, kita akan lebih cenderung untuk terjatuh menyembah bumi. Dalam keadaan sebegini, hati masih berbelah bahagi, kaki masih tak kuat berdiri. Teman yang berada di sisi itulah yang akan membantu kita untuk bangkit kembali andai terjatuh. Si teman itu jugalah yang akan memapah kita untuk terus melangkah menuju Dia.

Percayalah, pada situasi sebegini, kita berkeadaan lemah. Goyah.

Pabila seseorang manusia itu mula serius dalam kembara mencari Tuhan, si syaitan dan kuncu-kuncunya akan benar-benar serius dan lebih bersungguh dalam mengendalikan kita.

Perlu sangat untuk mohon bantuan Allah.

Oh... i really mean it.

Bukan tiada manusia yang saya kenali, yang seakan mahu lari dari medan ini. Tak larat katanya. Sayu.

Bukan sedikit manusia yang saya kenali, yang berpaling daripada cahaya yang sudah di hadapan mata. Sebak.

Mengalir air mata melihat teman yang dahulunya bertudung litup, kini mem'bebas'kan mahkota, seakan bangga (?). Terasa teruknya diri ini, yang tak mampu membantu si teman itu untuk kembali bersungguh menuju Dia. Iya, teman yang baik itu adalah yang mampu berkata benar terhadap kita. Bukannya yang membenarkan segala kata-kata kita. Tak mampunya saya untuk menjadi teman yang baik. (noted : Sehingga saat saya menulis ini, teman itu masih bertudung litup ketika berhadapan dengan saya. Saya hanya pernah melihat foto 'bebas' nya sahaja. Sedangkan di hadapan teman-teman yang lain, si dia telah pun dengan beraninya menayang mahkota di kepala. Tak tahulah mengapa, di mana silapnya. Allahu... mari doakan dia.)


Sungguh, hati manusia itu, Dia yang pegang.

Moga Allah pegang hati kita kuat-kuat.

Moga keinginan kita untuk berubah kepada kebaikan itu, benar-benar direalisasikan kepada perbuatan, juga diiringi doa yang laju menerjah ke langit.

Mari, kita ulang-ulang doa ini :




[kredit]

Maksudnya :


(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi=Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.




Sedihnya andai kita menghentikan larian kita seketika, hanya kerana keletihan di tengah jalan, sedang garisan penamat sudah hampir tiba, cuma tak kelihatan di mata.

Berubah itu bukanlah mudah. Kuncinya adalah mujahadah.

Keletihan bermujahadah berpunca daripada titik mula yang goyah. [Jzkk kepada yang memberitahu ini]




Menuju ke puncak, bukanlah mudah. [kredit]




Sama-sama berlari menuju Dia.

Sama-sama melangkah ke syurga Dia.

Jom???????

Thursday, 29 September 2011

Panas Sejuk - Syukur Tinggi-tinggi


Selamat datang bayu berhawa dingin.

[kredit kepada pemilik asal foto ini-lupa sumber]




Salam rindu-rinduan.

Eceh. 

Alhamdulillah 2011 ini sudah menghala ke saat-saat penghujungnya. Mengikut kiraan  Incik Pope Gregory XIII (baca: gregorian calendar) yang dipersetujui ramai, dengan izinNya, beberapa hari lagi, akan menghilanglah bulan september, menjelmalah pula purnama oktober. Bayu musim luruh yang sudah mula berhembus pun akan lebih mesra berpuput menemani luruhnya dedaunan kuning keemasan yang mengering di pepohonan.  

Iya. Musim luruh sudah mampir menjenguk muka. Kembali berkasih sayang bersama isi bumi selainnya di tanah radiasi ini, sebelum menyerahkan tugas memesrai alam ini kepada musim salju yang bakal menyaksikan butir-butir putih dingin yang akan turun membekukan bumi.

Sejuk.

Tanah radiasi ini akan mula menyejuk.

Tika ini, dialog-dialog klise akan terdengar lagi. Di mukabuku, di laman kicau, di alam maya mahupun di alam nyata. Di mana sahaja di ceruk bumi radiasi ini. 

"Sejuknyaaaaaaa... kalau panas kan best."

"Susahnya nak bergerak waktu sejuk-sejuk gini.Nak kena berbalut segala. Musim panas ugokiyasui (senang nak bergerak)."

"Kulit jadi mengering, kasar, gatal-gatal bila cuaca sejuk. Hidung pun kadang-kadang berdarah. Kalau natsu (musim panas) takdenye jadi gini."

"Rela tidur terlentang dalam kepanasan daripada tidur mengerekot dek kebekuan."

Sedangkan suatu masa dahulu, ayat-ayat begini pula yang selalu kedengaran:

"Panas sungguh alam ini. Garang benar mentari mencerlang. Kalau sejuk kan seronok."

"Panaihnya cuaca... membahang. Kena kipas-kipas sokmo. Kalau musim sejuk, idokle letih tangan mengipasnye..."

"Berpeluh sakan di musim summer begini. Andai musim winter, takde nya nak peluh gini."

"Tak boleh keluar sangat, uv memancar hebat di luar. Rosak kulit nanti. Kalau winter, langit teduh je rasanya."

***

Keliru.

Manusia itu berubah pendapat mengikut suasana, atau suka merungut tak kena masa?

Sejujurnya, saya juga kerap begitu. Astaghfirullah al azim... Seringkali mengeluh tak kena gaya, merungut tak berpada-pada. Walau selalu kesal dengan tingkah sendiri. Huuuuu...

Manusia itu diciptakan berfitrah oleh Allah. Mengeluh itu memang fitrah manusia. Atau bahasa mudahnya, manusia selalu tak puas hati terhadap banyak perkara. Iya, manusia itu sentiasa cenderung untuk merungut segala.




"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir," 

[surah al-ma'arij 70: 19-21]



Jemput  baca ayat 22-34 dalam surah yang sama, di tafsir al-quran milik kalian sendiri yaaa... 

Mari berpada-pada dalam meluah rasa, melontar bicara. Bimbang sekali ianya menjadi bukti ketidaksyukuran sebagai hamba.

Syukur.

Setinggi mana kesyukuran kita?

Manusia. 

Pabila susah, bukan main lagi meratap tangis, meluah hiba, memohon bantuan Pemilik Cakerawala. Sesudah dihulur bantu, seenaknya berbuat sesuka hati, seolah tak pernah ada sendu. Allahu...

Oh ya, di bawah ini saya sertakan sedikit pesanan ringkas daripada Pemilik Cakerawala, yang termaktub lama di kitab agung tiada tara. Jemput baca ya.


"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. "

[surah yunus 10:12]



noted: Menjulang syukur itu lebih payah daripada melapangkan sabar. 

Sila percaya.

Saturday, 17 September 2011

Erti Perilaku [part 1]


Erti perilaku, bahasanya seribu. [kredit]




Salam seribu kali sayang...^^

Istimewa buat sesiapa yang terjenguk ke blog ini, saya kongsikan sebuah puisi hasil tulisan penulis hebat, Shoji Miyazawa. Bagi sesiapa yang mahu tahu, puisi yang dihasilkan beliau ini telah diulang tayang berkali-kali di mana-mana sahaja ceruk Tanah Samurai ini, terutamanya selepas peristiwa gempa bumi bermagnitud 9.0M yang membawa ombak pelabuhan (baca:tsunami) berketinggian 10meter, juga yang telah mencetuskan huru-hara dengan kebakaran dan kebocoran beberapa loji nuklear di Fukushima Daiichi. Iya, pada tanggal 11 Mac 2011 itulah.

Err.. saya mengejar masa, tak sempat nak tolong menterjemah satu persatu maksud puisi ini ke dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. InsyaAllah, nanti saya akan berbuat demikian dalam entri susulan (part 2), bersama penerangan ringkas lagi berinformasi penuh bergaya . Eh? Doakan ya! Jadi, bagi sesiapa yang tak sabar-sabar mahu mengetahui maksud patah perkataan puisi ini, sila manfaatkan incik google yang menawarkan khidmat penterjemahan percuma.

Lagi satu, jemput baca entri ini, sebagai persediaan mental dan spiritual sebelum menerjah ke entri susulan tentang puisi ini(part 2) yang bakal keluar tak lama lagi. Iya, saya benar-benar memaksudkannya. Jemput baca. Jemput baca. Jemput baca.



行為の意味 [koui no imi]
宮澤章二 [Shoji Miyazawa]


ーあなたの(こころ)はどんな形ですか
[anata no (kokoro) wa donna katachi desuka]

と ひとに聞かれても答えようがない
[to hito ni kikarete mo kotaeyou ga nai]

自分にも他人にも(こころ)は見えない
[jibun ni mi tanin ni mo (kokoro) wa mienai]

けれど ほんとうに見えないのであろうか
[keredo hontouni mienai no dearouka]


確かに(こころ)はだれにも見えない
[tashikani (kokoro) wa darenimo mienai]

けれど (こころづかい)は見えるのだ
[keredo (kokorozukai) wa mieru no da]

それは 人に対する積極的な行為だから
[sore wa hito ni taisuru sekkyokuteki dakara]


同じように胸の中の(思い)は見えない
[onaji youni mune no naka no (omoi) wa mienai]

けれど (思いやり)はだれにでも見える
[keredo (omoiyari) wa dareni demo mieru]

それも人に対する積極的な行為なのだから
[sore mo hito ni taisuru sekkyoku teki na koui nano dakara]


あたたかい心が あたたかい行為になり
[atatakai kokoro ga atatakai koui ni nari]

やさしい思いが やさしい行為になるとき
[yasashii omoi ga yasashii koui ni naru toki]

(心)も(思い)も初めて美しく生きる
[(kokoro) mo (omoi) mo hajimete utsukushiku ikiru]

ーそれは 人が人として生きることだ
[sore wa hito ga hito toshite ikiru koto da]









Okai.

Jap ye, nak pergi berkasih sayang penuh kelasakan bersama para chenta hati.

Nak bermukhayyam.

Dalam usaha merealisasikan salah satu muwasofat tarbiyah, Qawwiyul Jismi.

Jom lah. =)

Tuesday, 13 September 2011

Nyawa

.
.
.

Ada detik yang berdetak.

Eh, aku masih hidup.

Ada nafas yang berdesah.

Oh, aku masih bernyawa.
.
.
.

Bertarung hidup mencagar nyawa,
Teratai Biru,
15 Syawal 1432H,
Di suatu sudut Tanah Radiasi.

Friday, 9 September 2011

Daie : perlu pandai berlakon?

Daie itu adalah seorang manusia yang menyeru manusia lain untuk menuju kepada Allah.

Daie itu adalah seorang manusia yang mengajak manusia lain agar sentiasa meletakkan pengharapan yang amat tinggi hanya pada Allah.

Daie itu ialah seorang manusia yang tak pernah memikirkan hal dirinya sendiri mendahului keperluan orang lain di sekelilingnya.

Susah.

Menjadi daie yang sebenar-benar daie adalah tidak mudah.

Kita tak boleh langsung pun nak fikir hal diri kita sendiri. Kita tak boleh langsung pun nak fikir masalah kita sendiri. Daie perlu mendahulukan orang lain. Dalam erti kata lain, daie itu sentiasa melaksanakan itsar(mendahulukan orang lain). Ya, bukan sekadar berlapang dada, malah sentiasa berusaha untuk itsar.

Pabila ada makanan, kita lah yang perlu menghulurkan makanan itu kepada orang lain dahulu, baru menyuap masuk makanan ke dalam mulut kita. Walau kita dalam keadaan amat lapar, manakala orang lain sedang kenyang. Perlu dipastikan bahawa riak muka kita mestilah seperti kita memang amat sangat mahu orang lain itu menyuap makanan dahulu sebelum kita, seolah-olah kalau kita tak dapat makan pun tak apa, asalkan orang lain itu terisi perutnya.



Daie tak boleh menjadi orang pertama yang terkam makanan yang ada di hadapan mata. [kredit]



Pabila kita berkecil hati dengan seseorang, kita lah yang perlu melupakan dan bersabar. Walau itu bukanlah kali pertama kita berkecil hati dengannya. Pendek kata, biarlah orang itu buat muka tak bersalah sekalipun seolah tak ada apa-apa, tetapi kita lah yang perlu senyum seindah suria pagi berlakon seolah kita langsung tak terasa hati dengan tingkah-lakunya itu.

Pabila kita bertengkar, kita lah yang pertama sekali perlu menghulurkan tangan memohon kemaafan. Walau punca pertengkaran itu bukan dimulakan oleh pihak kita. Walau orang itu ternyata berlebih-lebihan dalam bertengkar.

Bukan sekadar itu.

Ketika kita tidak sihat, demam atau sakit, dan pada masa yang sama, ada panggilan untuk kita melakukan sesuatu kerja, kita perlu pantas lagi laju melaksanakan kerja itu sambil membayangkan bahawa diri kita itu adalah amat sihat lagi bertenaga.

Ketika kita dilanda masalah kewangan sekalipun, dan pada masa itu ada orang lain yang membutuhkan huluran duit daripada kita, kita perlu meminjamkan duit kita kepadanya, sambil terseyum simpul penuh gula. Manis.

Jika kita mengaku bahawa diri kita ini seorang daie yang benar-benar menyerahkan hidup mati kita kepada Allah, dan kita benar-benar mahu memaknakan nilai-nilai islam yang syumul itu ke dalam kehidupan seharian kita, kita perlu menjadikan segala aktiviti hidup kita, percakapan yang terlontar, adalah yang menunjukkan bahawa kita benar-benar tenang dalam menjalani hidup seharian. Termasuklah segala status-status di mukabuku (fesbuk), kicauan (twitter), mahupun yahoo messenger, segala yang tertaip di situ mestilah sesuatu yang amat bermanfaat untuk semua, paling kurang pun, sesuatu yang tidak menunjukkan sesuatu kejelekan sebagai seorang daie.

Bahasa mudahnya, begini...

Jika manusia biasa yang sedang marah, akan memaki hamun di laman kicauan, kita yang mengaku daie ini tak boleh begitu. Kita perlu berkicau yang baik-baik sahaja, tanpa menghamburkan kemarahan kita itu, walau di laman maya.

Jika seorang manusia biasa itu sedang tidak berpuas hati akan sesuatu, akan mengeluh bermuram durja di status mukabuku nya, tetapi tidak bagi daie. Daie tak boleh merungut. Daie perlu redha. Perlu sabar.



Status-status daie di mukabuku mestilah tak menjengkelkan. [kredit]


Kihkihkih...

Daie-daie ini pandai sungguh berlakon?

Bukan berlakonlah, itulah namanya mujahadah.

Iya, itulah mujahadah. I bet you, untuk berlagak tenang dan bahagia di saat jiwa kita sengsara, bukanlah suatu perkara yang mudah. Susah okeh.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu berlagak tenang dan bahagia? Tak bolehkah kita menjadi diri sendiri? Tak bolehkah kita menzahirkan fitrah manusiawi kita selaku manusia normal yang juga punya rasa marah, tak puas hati, sedih, berkeluh-kesah, dan segala macam perasaan yang bercampur baur itu?

Iya, anda normal berfikiran begitu.

Mari kita fahamkan betul-betul, pekat-pekat dalam hati.

Jiwa-jiwa yang rapat dengan Rabb nya adalah jiwa-jiwa yang sentiasa redha akan segala kejadian yang telah berlaku dalam hidupnya, walau pahit untuk ditelan.

Jiwa-jiwa yang kasih akan Khaliq nya akan berusaha untuk tidak merungut apalagi mempertikaikan segala apa perbuatan jelek manusia lain padanya, yang adakalanya menjengkelkan. Kerana jiwa-jiwa ini sentiasa percaya bahawa sikap menusia di sekelilingnya yang adakala menjengkelkan itu adalah suatu bentuk teguran Khaliq nya kepadanya, yang dizahirkan dalam perlakuan manusia-manusia di sekelilingnya itu. Khaliqnya itu mahu mengajarkannya bersabar, itu yang selalu bermain di fikirannya.

Jiwa-jiwa ikhlas itu sentiasa menghantar syukurnya menjulang ke langit, malah, membenamkan egonya dalam ke bumi. Takdenya nak berlagak-lagak bajet hebat dengan Tuhan sendiri.

Dan lebih penting lagi, hanya jiwa-jiwa yang penuh penyerahan sahaja yang akan melangkah masuk ke syurga Dia. Jiwa-jiwa ini sentiasa rela akan aturan Tuhan nya. Usaha dilakukan semaksima mungkin, demi mencapai redha Dia. Bukan sebagai aras ukur suatu kejayaan sendiri.



Kalau cinta, katakan cinta. [kredit]



Allahu... jauhnya diri ini untuk mencapai syurga itu... sentap sentap sentap!

Mengenangkan kicauan-kicauan di laman kicau selama ini, yang adakala merungut tak tentu hala, mengeluh tak kena gaya, merapu tak berpada-pada. Perkara sebegini nampak seperti simple, tapi amatlah mempengaruhi 'harga' seorang manusia yang mengaku daie.

Iya. Saya benar-benar memaksudkannya.

Daie perlu sentiasa melakukan yang terbaik. Masyarakat di luar sana sentiasa mengharapkan yang baik-baik sahaja daripada kita. Tak keterlaluan saya katakan, mereka di luar sana sentiasa mengharapkan kita sebagai manusia yang amat sangat PERFECT!. Tak boleh silap sikit. Sekali sahaja kita melakukan kesalahan, akan terus di'blame'kan kita. Habis tercalar imej daie-daie lain secara tak langsung lah senang kata. Mereka seakan lupa bahawa kita ini juga manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Daie oh daie.

Kerja kita tak pernah, tidak, dan takkan mudah.

'Berlakon' pun 'berlakon' lah. (Baca : Tak ada cara lain, memang kena mujahadah.)

Susah.

Ianya payah.

Dan di situ nilainya mujahadah.


Noted : Adakalanya kita perlu berlakon kuat untuk tidak kelihatan lemah. Ada pula masanya kita tetap perlu mengaku bahawa diri kita ini sememangnya lemah, lalu kekuatan itu akan datang tak semena-mena..

Wednesday, 7 September 2011

Gelora gagah


Sesekali, gelora yang menggila itu lebih membuatkan aku bernafas, malahan. [kredit]



Sesekali aku mahu menjadi juragan gila, 


yang bisa mudik ke mana sahaja, 


walau tika lautan bergelora.


.
.
.
.
.
Si jiwa kepingin gagah,
Teratai Biru.
Di celahan pelusuk Bumi Tsunami.
09 Syawal 1432H.

Wednesday, 24 August 2011

Saya Hidup

Ramadan sudah tiba ke saat-saat penghujung. Ini adalah saat-saat yang amat menyakitkan bagi para pencari Cinta Ilahi. Tetapi merupakan saat-saat yang seolah membahagiakan bagi mereka yang sekadar endah tak endah terhadap hadirnya ramadan ini.

Saya masih menapak di bumi orang, sebuah bumi yang membanggakan kemajuan menggila yang tak berkesudahan. Sesekali terbayang juga memori-memori indah di bumi sendiri. Cukup menggamit jiwa. Iya, saya anak kelahiran bumi nusantara. Tak cukup betah tinggal di bumi orang.

***

InsyaAllah, tahun ini akan menjadi kali pertama saya beraya di perantauan. Ramai sungguh yang bertanyakan sebab mengapa saya tak pulang ke Malaysia sahaja, beraya bersama keluarga terchenta. Kihkih. Selalunya saya hanya ketawa apabila diajukan soalan-soalan berbaur sebegitu. Antara jawapan yang selalu keluar dari mulut saya ialah "Saja mahu meriahkan embesi", atau "Mahu merasa pengalaman beraya di rantauan", atau kadangkala saya hanya lontarkan soalan balas dengan tujuan mematikan pertanyaan awal seperti "You nak tolong sapot tiket i ke?" .

Entah. Sejujurnya, saya sendiri tak punya jawapan pasti untuk soalan sebegitu. Sehinggakan saya akhirnya memuntahkannya di laman kicauan milik saya, dengan ayat sebegini :

"Hatiku tertinggal di Bumi Bunga Raya, sedang langkahku di Bumi Sakura."


Okey tipu. Bukan tiada jawapan, cuma saya tak tahu bagaimana mahu menyatakan jawapannya ke dalam bahasa yang mudah difahami.

Begitulah selalunya, pabila saya kehilangan kata-kata normal untuk menyatakan sesuatu, secara separa sedar, dengan sendirinya aksara-aksara akan tersusun membentuk patah-patah kata yang kononnya seumpama madah pujangga (orang yang kata), sebagai wakil kepada perasaan yang tak stabil, sebenarnya. Sebagai contoh hakiki, situasi kegerunan terhadap exam diterjemah kepada entri ini, peristiwa perasaan yang down selepas harapan tak kesampaian diterjemah menjadi entri ini, adegan memujuk diri diterjemah kepada entri ini.


***

Sekerat pengalaman melakukan baito (part time job) sewaktu cuti ini, sedikit sebanyak banyak mengajar saya tentang kehidupan. Iya, lari sedikit daripada kehidupan sebagai seorang pelajar yang asyik menghadap buku 24 jam. Sememangnya saya suka untuk berfikir tentang perkara-perkara di luar dewan kuliah seperti ini. Merasai 'hidup sebenar' lah kononnya. Tak sabar sebenarnya melepasi hari graduasi, yang menyusulkan saya ke alam pekerjaan pula nanti. Yang paling terkesan di jiwa ialah tentang kesyukuran. Pabila kita kerja lalu dapat duit hasil titik peluh kita itu, kita akan lebih menghargai nilai duit itu. Sebab kita nampak dan rasa susah payah kita untuk dapatkan duit itu, walau tak sebanyak mana. Terima kasih ya Allah.


***

Kesakitan yang menerjah ke kepala, impak daripada cuaca yang panas berbahang, telah mengheret saya ke hospital. Situasi sakit kepala seperti ini bukanlah suatu yang janggal bagi diri saya, cuma apabila kesakitan masih tak hilang walau painkiller ditelan berkali-kali, setelah 3 hari, bahkan makin teruk, sehingga wajah saya memucat tiada seri, gelak ketawa tak kedengaran lagi, sebarang pekerjaan tak mampu dilaksana sepenuh hati, maka dengan jiwa rela dalam paksa, saya gagahkan diri ke hospital. Itupun setelah dipujuk seribu daya oleh seorang kakak yang baik hati. =)

Hari pertama ke hospital, ubat yang diberi oleh doktor ternyata tak memberi kesan positif kepada saya, kepala masih terasa berdenyut-denyut. Hari kedua ke hospital, atas nasihat doktor, saya bersetuju menjalani MRI. Pengalaman yang cukup berharga. Selalunya dapat tengok dalam tv aje mende-mende sebegini. Berdesing jugalah telinga apabila mendengar getaran-getaran gelombang yang terhasil ketika proses scanning itu dijalankan, walau sudah dipakai penyumbat khas di telinga. Nak telan air liur pun fikir banyak kali. Bayangkan, setiap kali kita menelan air liur, akan terhasil getaran yang mengeluarkan bunyi yang amat kuat di telinga. Alhamdulillah, tiada apa yang mencurigakan yang menghuni dalam kepala. Sekadar sakit kepala biasa sahaja. Tapi tetap menyebabkan saya menerima ubat susulan daripada doktor. Doktor dah tak bagi saya ambil painkiller biasa, sebaliknya hanya memakan ubat doktor. Hukhuk.

Rentetan daripada itu, apabila doktor mengetahui keadaan saya yang seolah 'membeku' ketika suhu merendah, saya dinasihati untuk menjalani pemeriksaan darah. Waduh-waduh, bulan puasa sebegini diambil darah, kejang jugalah terasa tangan saya ini.

***

Terasa sekali mahu menimang cahaya mata. Iya, menimang cahaya mata, atau bahasa mudahnya, mempunyai anak sendiri. Sungguh mengujakan perasaan sebegini. Kebelakangan ini, saya asyik berinteraksi secara tidak sengaja dengan ibu-ibu mengandung, juga anak-anak kecil yang comel-comel belaka. Makin meluap-luap pula perasaan kepingin menjadi bonda. Reminder : perasaan mahu menimang cahaya mata dan perasaan mahu menikah adalah dua perasaan yang amat jauh berbeza (dapat ayat ini daripada blog seorang sahabat). Sila mengerti. Jangan double meaning. Aisehla.


***

Ah, hidup ini selalu membutuhkan kita untuk menjadi lebih kuat daripada apa yang kita sendiri mampu sangkakan.

Dan ianya amat berkait rapat dengan semaksima mana kebergantungan kita pada Dia.

.
.
.

noted : Dengan sengaja, entri ini mempunyai ayat-ayat tergantung dalam kuantiti yang banyak, atas tujuan kerahsiaan, pemikiran, dan penghadaman terhadap nilai-nilai yang ada pada setiap penghujung ayat yang tergantung itu. Moga setiap patah kata yang tertulis ada hitungan yang penuh keuntungan.


Malam ke-24. Speed up! Speed up!